Wednesday, July 4, 2012

Shopping Sendiri. Best ke?





Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Siapa yang pernah pergi shopping sendiri sendiri tanpa di temani sesiapa? Hah, aku pernah. Itu gambar kat atas tu bukti aku gi shopping sendiri. Rasa macam forever alone gila ooo masa duk pilih pilih barang tu. Act, gambar ni dah lama. Masa aku mula mula nak masuk semester baru nih. Takdak orang nak teman aku gi beli barang, so terpaksalah drive sendiri pergi Longwan untuk beli barang. Kahkah. Macam lawak pun ada bila fikir-fikirkan balik. Lagipun, bagi aku.. senang lagi kalau pi shopping atau beli barang sorang sorang sebab senang nak pilih barang. Betul, tak percaya pi try buat. Nak beli pun rasa aman gila lah, tenang ja nak buat pilihan. Haha. Jenis aku pulak yang berjimat sikit bila beli barang, makanya aku akan buat pengiraan dengan setiap apa yang aku beli. Siap buat calculation kot supaya tak lari bajet. Hikhik. Beli barang pun pilih yang murah-murah dan berkualiti. Cerewet jugaklah aku ni. Jadinya, aku rasa aku menghabiskan lebih kurang 2jam untuk pilih barang. Belinya takdelah banyak sangat. Haha. Memilih kan, biasalah tu.



Tapi aku ni jenis memilih barang ja, kalau bab bab lain, aku tak memilih sangat. Berkawan pun, aku berkawan dengan semua. Tak dak pilih2. :) So, pendapat korang apa pulak? Best ke kalau pi shopping sorang-sorang ni? Well, lain orang lain pendapat kan. Aku dengan pendapat aku sendiri. Korang pun mesti ada pendapat kan. :) Oklah, yang tu je nak update. Saja nak cerita pasal ni, kalau asyik pasal life aku kat kampus ni, kang ada yang nak termuntah baca. Haha. So, babai. ^__^

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

9 comments:

CINTA UNTUK KITA said...

akak lbih suka g sorang dr brtman.. klau tman, nti kompom ada yg akak lupa nk bli.. hehe :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

pnh tp jrg coz suka lg berteman..hihi.

♥ ROS ♥ said...

best shopping tp duit jer :P hahahaa

nanieybarnieylurviey said...

shopping sorg jimat masa. abis shopping terus balik :)

Misya Mialen said...

Hihi.sy pn mmg p shopping sorg2.biasa la perantau kn.ada kwn pn smua dah ada family.susa nak ajak jln.beat shopping sendiri ni.x pyh nak risau ada org tunggu.hahaha

..cik hana.. said...

hehehe...hana pun suka shopping sorang2 gak...kalau pergi berteman for sure over budget :P

Dayz J said...

tengoklah jenis barang yang mau dibeli. kalau barang peribadi, sorang je kot. tapi kalau groceries mesti ada teman, supaya ada tukang angkat. hehe

maszull said...

assalamualaikum Nurul...shopping sorang ni jimat masa sebenarnya sbb kena buat sendiri n tak ada kawan berbual..:)

AlyaaIBH said...

waaah, nampaknya ramai jugak yg lebih suka bersendiri bila shopping brg macam saya. hihi. bagus2. thanks semua. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA