Selasa, 12 Jun 2012

Semester Baru, Azam Baru. InsyaAllah. ^-^

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaa.

Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur pada hari ini. Okey, sekarang ni seperti semua yang sedia bahawa aku dah pun masuk belajar kembali dan hari ni merupakan hari kedua kuliah aku bermula. Macam mana kuliah? Boleh tahan lah, walaupun kami ada masalah dengan dewan kuliah. Masalah yang kami sendiri tidak menyangkakan langsung. Perlu ke aku bercerita? InsyaAllah, ada masa aku akan update dengan lebih lanjut.

Erm, kalini aku nak cakap pasal Azam Baru sempena Semester Baru aku nih. Mungkin ada yang pelik kenapa tiba2 aku nak bercakap pasal azam azam ni. Pagi tadi, semasa kelas Sir Nadzri, aku terasa seperti dapat motivasi diri bila Sir bercerita tentang rakan-rakan beliau yang tak pernah menyerah kalah untuk belajar walaupun mendapat pointer yang sederhana pada waktu belajar dulu, tapi sekarang dah berjaya dalam kerjayanyaa yg tersendiri. Banyak jugak la contoh2 yang Sir Nadzri bagi masa class tadi. Dan buat pertama kalinyaa, aku rasa kelas Sir Nadzri sangatlahhh best. Haha..

Ok, lepas tu masa perjumpaan group dengan PA pulak, Madam Wong. Madam bincang masalah masalah yang kitorang ada sem lepas dan cuba bagi nasihat yang terbaik untuk kami semua. Entah kenapa, aku rasa Madam dah bagi motivasi yang cukup baik untuk aku dan rakan rakan yang lain.

Oleh sebab tu, aku rasa aku perlu buat azam baru sempena semester baru aku yang baru je bukak tirai ni. Bukan apa, sekurang kurangnyaa aku tahu ke mana arah tuju aku sepanjang semester ini. Tidaklah main studyy je kan. Hehe. Dan rasanyaa takperlulah kot kan aku mention azam azam aku tuu. Haha. Maluu. >-<

So, sampai sini dululah ye. Maaf kalau ayat berterabur semacam je. Main taip je apa yang terlintas kat otak ni. Haha. Babaii. :')

p/s: harini aku rasa tenang bila dapat pakai pakaian yang aku ingin pakai selama ni. :)
Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM