Tuesday, June 19, 2012

Hectic Day. =-=

Harini merupakan hari yang agak meletihkan. Oh ya, hari yang aku maksudkan adalah hari Isnin ye. Bila dah update blog dah masuk hari Selasa, so kenalah mention kan aku tengah cerita pasal hari apa nih. Err, apa yang menyebabkan aku letih adalah kerana jadual kelas kami utk harini yang memaksa kami untuk berada selama 5 jam dalam dewan kuliah. Fuh, penat tau duduk dalam dewan kuliah selama 5 jam tanpa bergerak ke mana mana. GMP, Disinfection, Nasal Preps, Capsules... Semuanyaa disumbat kepada kami dalam tempoh 5 jam tuu. Bayangkanlah keadaan kami untuk sejam yang terakhir tu. Semua pakat dah lentok kiri kanan depan belakang dah. Haha. Aku pun sama ja, terlelap juga kadang kadang tuu. Hikhik. Tapi most of the time aku ada ja fokus dekat lecturer tu. Bukan itu je, ada lagi pulak benda yang berlaku lepas tu. Bas yang ditempah sepatutnya datang pukul 2.30 petang, tapi bas tu datang awal pulak. So, macam kelam kabut sikit. Last last, aku tertinggal ke belakang dan terpaksa naik bas belakang sekali. Bila bas belakanh ni, paham paham jelah, nak bagi penuh 40 orang bukannya senang. Pakcik bas tu taknak jalan selagi tak cukup. Perghh. Ingat senang nak cari orang dari kos lain untuk join kami? Lama jugak lah tunggu. Kalau bas tu sejuk macam peti ais tak pa jugak, ni panas macam oven! Berpeluh habis baju sementara tunggu bas nak gerak. Yang xbestnya, dua buah bas depan kami yang dah nak sampai main campus, bas kami baru nak gerak dari Bertam. Stress aku.. Lepastu, sampai main campus pulak lambat. Aku yang bengang terus tertido bila sampai bilik sambil mulut dok berleter sorang2. Haha. Time baik punyaa aku dok beradu, tiba tiba kawan baik aku kejutkan kata ada orang call dia nak cakap dengan aku. Aku peliklah kenapa x call aku je. Rupa2nya, aku yang xsedar diorang call. Kemain sedap tidur kan. Haha. Bila dapat call, kena turun bawah pulak nak settlekan pasal lecture notes dan sebagainyaa. Aku takdan nak mandi kot, terus blah pergi jumpa classmates. Habis habis bincang, terus gerak balik kolej sebab lapaq gilaaa ar. Xmakan dari pagi. Masa tu dah pukui 5 lebih dah. Huhu. So, begitulah serba sedikit perkara yang berlaku harini hingga menyebabkan aku tersangatlah letih. Oklah, gerak dulu. Babai.....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 comments:

♥ ROS ♥ said...

Biasalah student, sabar yer :) hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA