Thursday, June 21, 2012

Harini .. (21 Jun 2012)


Disebabkan aku tak tau nak letak tajuk apa, jadi makanyaa inilah tajuk yang aku letak, Harini... (21 Jun 2012).. Haha.. Mungkin tajuk ini yang sesuai kot. Ngeh3. Okay, aku nak cerita pasai life aku yang makin busy. Harini, kelas aku full dari pagi sampailah ke petang. Nak balik ke main campus, kena berebut bas sebab bas tak cukup. Itu memang sangat menguji dah kesabaran aku. Untuk kelas pagi tu, CTU 221, Sains Kesihatan dan Farmasi dalam Islam, kelas ada masalah pulak dengan aircond. Fuh, panas jugak lah masa aku sampai kelas tadi. Dan sebagai class rep a.k.a ketua kelas, makanya dah jadi kerja aku untuk cari kelas lain yang aircondnya okey dan kelas tu takde kos lain yang gunakan dua jam tu. Mula-mula aku ingatkan ustaz taknak tukar kelas, tapi lepas aku balik dari ambik remote control untuk LCD, tiba-tiba ustaz keluar dari kelas yang panas tu. Aku tanyalah, 'Ustaz, nak tukar kelas ke?. Ustaz cakap, ada kelas kosong ke? Aku katalah kalau dekat depan pintu takdak jadual, kelas tu memang akan kosong. Bincang sana-sini, bukak kelas-kelas yang ada, last sekali ustaz decide nak pindah kelas lain. Takut tak selesa nak belajar dalam keadaan panas-panas nanti. 

Habis CTU, ada gap sejam sebelum kelas BEL 311. Masa ni aku pi lepak-lepak dengan exco SOPHYS untuk buat sesi luahan perasaan. Haha. Luahan perasaan lah sangat kan. Sejam jugak la borak-borak, luah apa yang patut. Masuk kelas BEL 311, aku memang susah nak tiduq. Sebab Miss Nora, lecturer aku.. pandai gila control kelas kot. Kelas BEL yang terbaiklah yang pernah aku masuk sepanjang aku kat UiTM ni. Haha. Yang sebelum-sebelum ni okey je, cumanya tak seceria kelas sem ni. Dan BEL 311 ni, aku terpaksa buat-buat suka. Pasai pa? Sebab BEL sem ni kena banyak writing. Oh, benda paling aku tak suka masa belajaq English adalah writing. Bila sem ni kena writing, terpaksa menguatkan hati dan jiwa untuk bertahan. Hoho. Miss aku cakap, eventhough you don't like it, you have to face it. Never let your CGPA down just because you don't like this subject. Oh, my English ! Haha.

Dan kelas yang terakhir, PHC 215, first class in week 2. Pharmacotherapy of the Cardiovascular System and Respiratory System. Kelas ni memang aku dah agak banyak benda yang kena cover. 3 jam okey dalam dewan kuliah. Sakit punggung jugak la duduk lama-lama dalam tu. Haha. Input banyak sangat yang dapat harini. Habis semua benda disumbat oleh Madam Maryam. Malas nak cerita banyak pasal kelas ni, cumanyaa nak bagitau, PHC 215 ni adalah salah satu subjek yang aku paling takut sem ni. Sebab apa? Banyak membaca dan menghafal okeyy. Hafal nak ubat yang relate dengan penyakit. Dan yang bestnyaaa, next week dah ada quiz ! Sangat cepat bagi kami. :(

Okeylah, panjang lebaq gila aku taip. Semangat pegang keyboard balik. Lepas ni, aku dah jarang kot update pakai laptop. Jarang kot, kot ja lah. Haha. Jumpa lagi nanti, babai....

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

4 comments:

::CIK LYNN:: said...

gdluck study :)

maszull said...

assalamualaikum lynn...selamat berjaya yer...:)

Mimie said...

common problem to uitm students kot.. he3.. study leklok dear :)

zatie said...

rasanye BEL 311 snang nk skor..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA