Monday, June 4, 2012

First Doodle from Photoshop. :)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua !

Yeah, apa khabar harini? Aku alhamdulillah makin sihat selepas mendapat rehat yang panjang iaitu TIDUR ! Hehe. Semalam aku tidur awal kot, saja nak rehatkan diri yang letih dan sakit ni. Perut dah makin okayy cumanya rasa sakit2 tu masih ada lah. Huhu. Bila aku dah tidur terlampau awal, makanya aku akan bangun pun awallah. Haha. Itulah aku. Nak bangun awal, kena tidur awal. Hihi. So, aku bangun lebih kurang pukul 5.00 pagi tadi. *awalkan. hoho* lepastu, aku try install Adobe Photoshop ke dalam laptop aku nih. Fuh, gigih betui kot aku nak belajaq pakai Adobe Photoshop ni sampaikan dah banyak kali aku cuba download dan install. Masa nak download no problem, okey ja smooth jalan. Masa nak install masuk komputer, itu yang masalahnyaa. Sampaikan nak dekat tujuh kali download benda yang sama, last sekali boleh juga aku install masuk yang last sekali punya download. Seronok, gumbira tak terkatalah. Bersyukur sangat2lah. Dapatlah aku main2 dengan Adobe pulak lepas ni. Hehe.

Jadi, lepas godek sana sini, bukak tutorial yang sememangnyaa dah aku jumpa di http://alieff.com, makanyaa aku mencuba membuat doodle pertama aku dari photoshop. Lagipun, orang yang biasa datang blog aku mesti tahu kan yang sebelum ni aku hanya melukis doodle menggunakan Microsoft Excel 2007. Tapi kan, susah oo nak buat pakai Adobe Photoshop ni kalau tak pandai godek. Macam aku ni pun, bedal je lah apa yang aku tau. Asalkan nampak okay dan jadi sudahlah. So, doodle yang aku buat pertama kalinyaa menggunakan tutorial yang sedia ada itu amatlah berbeza sekali dengan apa yang diajarkan. Haha. Takpelah, first try aku kan buat doodle guna Adobe Photoshop ni. Hehe. Nak tengok? Meh nak tunjuk. Err, aku tau tarak cantik, jadi jangan gelak over sangat k. *Malu kot nak tunjuk*


Hahah. Amacam? Comment dialu2kan. Nak kritik pun tarak hal. Aku terima saja. Ermm. Lepas ni kalau aku ada masa lagi, aku ingat nak explore lebih lagi Adobe ni. InsyaAllah, nak try buat doodle macam2 lagi dari sini. Hehe. Oklah, aku nak pi buat kerja lain lagi ni. Barang tak packing lagi. Tinggal beberapa hari saja ooo mau duduk di rumah. Sangat lah tak sanggup mau masuk belajar kembali. Huhu. Errrr, babai. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

5 comments:

lynn kamarul said...

comel

eintan nurfuzie said...

percubaan yg baik..try lagi k...

maszull said...

assalamualaikum Nurul...comel belajar membuatnya yer...

rAIHan said...

comel. raihan tak pandai guna photoshop lg..

::CIK LYNN:: said...

comel...ok la klu bru try gna photoshop...=p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM