Saturday, June 16, 2012

Filem Aku Ada, Kau Ada..


Hai semua. Assalamualaikum dan selamat tengahari.. 

Hari ni hari Sabtu. Hujung minggu kan. Jadi, macam biasalah hujung minggu mesti nak berehat sajakan. So, hari ni aku lepak-lepak dalam bilik sahaja. Walaupun ramai member-member aku keluar jejalan sana sini, roomate dan housemate pun banyak yang takdak kat rumah, tapi aku buat relax saja. Malas kot nak kuar dengan cuaca yang panas ni. Haha. Tapi, tengoklah kot-kot sekejap lagi aku rajin nak kuaq ka macam mana. Tunggu redup sikit kot cuaca nih. 

Oh yeahh! Disebabkan hari ni hujung minggu.. So, aku rasa hari ini adalah hari yang terbaik untuk aku berblogwalking ke blog korang semuaa. Yipppi ! Seronok sebab dapat jugak nak tinggal jejak kat blog korang. Hehe. Tapi aku tak boleh nak bukak sekali 5, 6 blog sebabnyaa nak akan ada problem kat sini. So, step by steplah aku tinggal jejak kat blog korang ye.

Ok, macam dah panjang saja intro aku nih. Sebenaqnya, aku nak bagitau pasal Filem Aku Ada, Kau Ada ni. Aku tahu ramai yang dah tengok filem ni. Aku saja yang ketinggalan sikit. Almaklumlah, filem ni keluaq masa aku tengah cuti semester haritu, so memang tak dapek la nak jejak kaki ke panggung wayang kan. So, aku mencari inisiatif lain untuk tengok filem ni. Btw, aku dah lama kot nak tengok filem ni since aku update entry ...Begini Caranyaa... ^__^ tu. Jadi, aku godek sana sini, cari kat blog, Youtube dan sebagainyaa. Akhirnyaa dapat jugak aku tengok filem ni kat Youtube. Hikhik. Syok tak terkata lah. Nasib baiklah loading Youtube laju. Haha. Youtube loading lagi laju dari FB kot. Menyampah jugak rasa time nak bukak FB tu. Haha.

Sebenaqnya, masa aku taip entry ni, aku baru saja habis tengok filem ni. Dan sekarang ni tengah nak download sebabnya roomate mintak nak tengok. Macam mana filem ni? Boleh tahanlah. Aku tengok pun sebab ada Shaheizy Sam. Haha. Buruk benor perangai. Erm, takdelah sangat sebab Shaheizy Sam, tapi memang sebab aku nak tengok. Ngeh3. Jalan cerita agak menarik cumanyaa ending macam tak seronok sangat. Aku dok expect ending yang best-best. Hihi. Tapi, malangnyaa tak menarik sangat. 

So, korang semua dah tengok belum? Kalau tak tengok lagi, pi kat Youtube dan search lah nama filem ni. Yang dah tengok, meh la gitau kat aku pendapat korang tentang filem tuh. Haha. Btw, aku malas nak buat review keseluruhannya sebab aku bukanlah penreview yang baik. Hakhak.Okeylah, aku nak pergi memanjakan diri sat. Haha. :) Babai....

sumber gambar: Google



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 comments:

Axieana Yumi Life said...

azie pun dh tgk citer nie..
mula2 2 mmg best lah tp ending dia x best,,:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA