Sunday, June 3, 2012


Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Korang mesti ada baca kan pasal entry Tak bermayaa. :'( ni kan. Hoho. Dukacita nak maklumkan yang aku masih lagi belum pulih sepenuhnyaa. Entahlah, aku sendiri pun taktau kenapa perut aku ni asyik nak sakit saja. Tiap kali nak buang air besar, keluarnyaa hanya sedikit tapi berulang kali. Waduh, penat jugaklah berulang alik ke tandas. Huhu. Cuma yang bezanya harini dengan semalam, ialah aku dapat menaip dengan baik jugak harini. Semalam tu, nak angkat tangan tekan keyboard pun jenuh paksa. Huhu. Jadi, mungkin boleh update macam biasa harini dan esok2. 

Ohya, berbalik kepada tajuk asal, ni hah aku nak tanya korang. Pernah tak bawak orang sakit pergi jalan2 or paling kurang tengok wayang? Err, mestilah ada kan? Perangai diorang macam mana? Banyak meragam atau senyaap saja. Haha. Umum mengetahui yang aku memang sakit perut sehari dua ni kan, family aku pun tau especially kakak aku lah kan. Memandangkan hari ini hari terakhir aku puasa dalam minggu ni, kiranya cukuplah seminggu aku puasa tak dak gap, aku pun teringinlah nak pi tengok wayang after almost 2months i did'nt get any chances because of work. So, plan awal2 lagi dari malam sebelum tu. Kakak aku tanya, takpa ka hang nak puasa tapi pi tengok wayang? Larat kah? Aku buat taktau ja, nak sangat kan tengok wayang . Bukan takleh pi esok lusa, tapi adik aku ada tuisyen, susah sikit. Takdak orang nak jaga dia satgi.

Planning punya planning, dapat jugak pi tadi. Haha. Pi tengok wayang ja pun kan nak planning bagai. Muehehe. Makanya, petang tadi dapatlah juga menebus rasa gian yang membuak2 nak tengok wayang. Haha. Aku bedallah cerita Man Sewel Datang KL hasil cadangan kakak aku tu. Hajat di hati nak tengok Hoore ! Hoore !. Sobsss. :(


Cerita ni bolehlah tahan. Layan jugaklah. Muehehe. Cumanya aku rasa pelik, perlu ke nak bersusah payah demi seorang perempuan? Sampai habis beribu-ribu tuu. Kalau sayang dan cinta sekalipun, takperlulah kot. Kan3? Tapi, biasalah.. Cerita kan, filem.. Kalau realiti, memang hampehlah kalau jumpa orang macamm ni. 

Okey, nak tau lebih lanjut, carilah kat blog lain, rasa macam malas nak review sebab takberapa nak ingat sangat. Nak tau kenapa? Al-maklumlah, dh namanya pun sakit kan, sakit perut pulak tu, tambah-tambah tengah puasa, memang makin pedih la perut aku ni. Duduk dalam hall wayang tu, asyik nak berkalih tempat duduk ja. Kejap ke kiri, kejap ke kanan, sampai adik dengan kakak aku pelik dengan aku. Haha. Sakit kot perut aku, tiba-tiba ja. Nak taknak, tahan ja. Malas nak keluar. Hehe. Jadi, fokus pada cerita ni dah lari sikit bila tak duduk senyap. Dan lepastu ja memang emosi aku terus tak stabil lah. Rasa moody ja. Haha. Nasiblah takdak orang cuba nak cari pasal, kalau tak memang kenyanglah makan amarah aku. Hehe.

Serius cakap, duduk dalam hall petang tadi tak tenteram kot. Dengan sakitnya, dengann orang belakang dok tendang2 kerusinyaa, adoi yaa. Memang nak maki dah, tapi time nak marah ja, dia berhenti sepak. Nasib baik gak. Haha. Aku ni bukanlah jenis pemarah sangat, cuma kadang2 bila emosi terganggu sikit, mulalah nk hangin ja memanjang. Kihkih. 

Err, macam dah makin panjang pulak ye aku menaip. Biasalah seronok dapat menaik kembali walaupun masih rasa sakit perut di bahagian belah kiri. So, aku nak rehat dulu. Babai..

p/s: gambar ehsan uncle Google. :)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA