Wednesday, May 23, 2012

Terima kasih untuk 660 !

Assalamualaikum dan selamat pagi !

Okey, mulamula sekali aku harap korang jangan ingat aku buat entry ni untuk show off ka apa ka. Entry ni saja2 dibuat oleh aku, tiada niat untuk menunjuk dan sebagainya. Sebenarnya apa yang aku nak taip ni macam lebih kurang ada kaitan dengan entry yang aku nak publish sebelum ni. Tapi, disebabkan entry tu tak terpublish lagi, so rasanya aku teruslah nak buat entry ni dan publishkan. 

Apa yang aku cuba nak sampaikan? Haha. Rilex-rilex. Sebelum tu, meh dengar aku nak cerita. Malam semalam around pukul 9 lebih kot, aku perasan la follower aku masih lagi 659 orang. Masa tu dalam hati aku terdetiklah, "Eh, bilalah no tu nak jadi cantik 660?'. Hah, begitulah aku. Aku taksuka sangat no2 ganjil ni, aku pun taktau kenapa. Rasa macam cacat je no tu jadi nanti. Haha. Macam hape lagi kan. Lepastu dalam pukul berapa tah, tiba2 no tu dah bertukar jadi 660. Aku pun seronoklah tapi aku tak tengok pun lagi sapa follow aku tu. Haha. Dah memang trend aku macam tu, tunggu tiga empat hari satgi baru tengok sebab biasanya mereka yang follow aku ni akan tinggalkan jejak kat shoutbox, jadi xlah susah2 aku nak pi tekan gambaq depa kan. Hehe. 

Dahtu, nak dijadikan cerita, aku pun turun bawah semalam sebab nak lepak tengok ada cerita menarik dak kat bawah. Bukak2 tv ada cerita best, so layanlah dulu kan. Disebabkan iklan lama kat tv tu, aku pun bukak la laptop kakak aku yang kat bawah tu sebab nak online sat kan. Mulamula bukak twitter, lepastu bukak Facebook, last sekali bukak blogger. Dipendekkan cerita, blogger dashboard ja kakak aku tak logout, jadinya aku malaslah nak login blog, cuma aku tekan ja url blog aku ni kot2 ada follower baru kan. Tiba2 mata aku tertacap pada gambar bawah ni:

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Perhatikan kotak berwarna hitam itu.
Perasan tak sesuatu kat gambar tu? Hah, itulah yang aku nak bagitaunya yang Ben Ashaari follow blog aku ! Ben Ashaari follower aku ke 660 !  Masa tu aku rasa macam tak percaya weh. Seriuslyy, berkelip2 mata aku tengok gambar tu, eh betul ke Ben Ashaari follow aku nih? Tak percayaaa ooo. Last2, aku lari naik atas dan tengok betul2 dekat dashboard aku. Err, betullah tu Ben Ashaari. Memang susah jugak nak percaya tapi lama2 aku rasa, err takpelah, rezeki aku Abg Ben nak follow aku. Bersyukur. Tapi kan aku rasa macam mehgong jugaklah takpergi check siapa yang follow aku tu awal2. Haha. So, aku pun terdetiklah nak taip entry ni pagi ni, iyelah nak berkongsi rasa kegembiraan tu. Hehe. 

Erm.. Sebenarnya aku takdelah rasa awesome sangat sebabnya sebelum ni aku dah pernah tweet dengan Abang Ben dekat twitter. Bila Abg Ben RT tweet aku dan balas tweet aku, masa tu memanglah rasa awsome, seronok sebab first time kan. Haha. Aku tweet yang biasa2 ja tambah bila startnya kempen Digi Awards tuu. Lepas tu pulak masa Abg Ben masuk dalam tv1 rancangan Generasi Y. Sajalah tweet mention kan, taksangka Abg Ben balas, lepastu ramai pulak yang RT tweet aku kat Abg Ben tu. Haha. Eh, takpercayalah tu? Nak aku tunjuk? Okey, aku takmau nak show off sangat, tengok yang ni dah laaa..


Okayy dah, aku rasa makin banyak aku taip nanti, makin banyak pulak benda yang aku nak tunjuk kat korang. Nanti kang, ada pulak yang kata aku ni memang nak show off. Oh noo.. Bukan2, aku buat entry bukan nak show off ye. Kalau nak show off aku dah lama buat kot sebabnya tengok tarikh tweet tu, 5 May kan. Itu je yang aku sempat jumpa, ada lagi tapi jenis aku takmau nak tunjuk habis kat semua. Sikit2 sudahh. Hehe.

Jadi. rasanya sampai sini dulu. Lagipun, aku ada hal kejap lagi kat luar. Nak jumpa member dan beli barang sikit. Terimakasih ya sudi baca entry yang tah pape ni. Hehe. Gerak dulu, babai. :))

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM