Saturday, May 26, 2012

Soal Jawab Mengenai UiTM Pulau Pinang !


Assalamualaikum dan selamat malam semua !

Okay, sepatutnyaa entry ni dah lama aku publish iaitu sejurus sahaja tawaran kemasukan pelajar baru ke UiTM Pulau Pinang ni. Tapi, malangnyaa aku sangatlah takdak masa untuk menaip entry yang panjang2. Jadi, disebabkan sekarang dah pun bermulanyaa cuti sekolah maka kerja aku dah berkurang sikit, so dapatlah menaip entry panjang2 dan menjawab segala persoalan yang sentiasa menghantui pelajar2 baru intake Jun-Nov 2012 ni. Sebelum tu, selamat datang aku ucapkan kepada bakal pelajar yang akan mendaftar di UiTM Pulau Pinang pada 2 dan 3 Jun 2012 nanti. Rasanya masih sempat untuk aku memaklumkan dan berkongsi serba sedikit yang aku tahu sepanjang aku berada di UiTM Pulau Pinang selama setahun ini. :)

Memandangkan aku bukanlah pelajar sastera mahupun penulis buku atau novel, jadi aku tak pandai sangat nak mengatur ayat bagai. Justeru, rasanya baik aku jawab soalan2 common yang selalu bakal2 pelajar baru ni tanya aku kat FB dalam bentuk point dan huraian bagi memudahkan mereka jugak untuk baca. Kalau buat macam karangan BM kang, ada pulak yang taknak baca. Haha. Jadi, mari kita teruskan segala soalan2 biasa yang aku dengar dari orang yang berlainan. Harapnyaa apa yang nak disampaikan nanti, dapat bantu korang serba sedikit. Student UiTM lain pun boleh je kalau nak tahu apa yang aku nak kongsikan ni. :)

1) Mengenai orientasi Minggu Destini Siswa (MDS) serta cara pemakaiannyaa.

Seperti kebiasaannya, korang memang akan melalui satu fasa sebelum disahkan menjadi mahasiswa/ mahasiwa baru UITM iaitu fasa orientasi ataupun terkenal dengan gelaran MDS. Sewaktu MDS ni, pelbagai perkara dan acara yang telah diaturkan oleh pihak UiTM untuk pelajar2 baru ni. Kebanyakan yang korang akan laluinya nanti adalah sesi taklimat bersama HEP, HEA, MPP , KOQ dan sebagainyaa. Jangan risau, ragging dan sebagainya tak wujud di UiTM Penang setakat ni. Kalau ada pun, setakat tidur lewat dan kena bangun awal. Itu saja. InsyaAllah, minggu MDS ni takdalah teruk sangat kalau korang kuat dan kental ! Haha. Lagi satu, make sure korang ada teman paling kurang seorang tau sebab nanti mostly korang kena beratur dalam dua barisan. Kot2lah rasa macam janggal lagi, better cari kawan awal2. Haha. Macam aku dulu, redah ja. Masuk baris buat taktau ja, satgi adalah orang kat sebelah aku tu. Ngeh3. Okay, rasa pasal MDS yang tu saja aku boleh kongsikan, yang lain tunggu dan lihat sendiri. Muehehe. Tak bestlah kalau dah cerita all out kan. Tak menarik nanti korang experience. 

Sekarang kita pergi bab pemakaian waktu MDS ni. Fuh, soalan ni memang glamour tambah2 bila dalam buku panduan tu ada state kena bawak baju putih untuk senam seni kot kalau taksilap aku. Err, sebenarnya kalau korang nak pakai baju warna warni pun boleh. Tak semestinyaa pakai baju warna putih saja. Tapi, apa2pun ikut arahan daripada PM (pemimpin mahasiswa) masa tu. Untuk perempuan, samada nak pakai tshirt ataupun baju kurung, ikut kesesuaian aktiviti. Tapi mostlyy baju kurung pakai waktu malam saja. Lelaki pun begitu, refer biro2 PM yang ada, supaya senang nanti. Ermm. Apa lagi ya? Oh, untuk perempuan, dinasihatkan baju yang korang bawak tu haruslah melebihi paras punggung ! Itu boleh dikatakan wajib untuk sepanjang tempoh 1 minggu ni. Manakala tudung pula berwarna putih jenis bawal dan dipin kebawah. Faham kan pin ke bawah tu macam mana? Tak paham sila tanya okey. Untung tau korang aku jujur cerita pasal baju dan tudung dan blabla ni sebabnya aku dulu masa masuk mana tau semua benda ni. Nasib bawak spare. Jenis aku pulak taksuka pakai baju sipi2 kat punggung. Selamat la jugak. Cuma tudung bawal putih tu la, sehelai ja bawak. Haha. Pakai sajalah seminggu tanpa basuh disertai dengan peluh2 yang ada. Err. Geli memang geli tapi tahan sudaaa. Untuk lelaki pulak, make sure rambut pendek, baju kena pakai baju berkolar, berkasut dan berseluar slack ! Jeans dilarang keras sepanjang minggu orientasi ni, lepas orientasi bolehlah nak pakai pun. Apa lagi hah korang nak tahu? Aku rasa yang ni ja yang aku nak bagitau, tapi kalau ada apa2 nak tanya, tanya kat comment bawah pun boleh, kat FB pun boleh, twitter pun okay. InsyaAllah, aku akan jawab dengan segera. :)

2) Pemakaian di Universiti (selepas minggu orientasi @MDS)

Soalan kedua ni pun boleh tahanlah orang tanya. Biasalah kan baru pertama kali nak menjejakkan kaki di universiti, so masih confius dan pening dengan pemakaian di universiti ni. Macam aku dululah. Haha. Tapi, bagi sesiapa yang biasa dengan kehidupan asrama, insyaAllah takada masalah nak uruskan diri di universiti nanti. Okay, selepas minggu orientasi, pemakaian adalah mengikut sahsiah rupa diri. Sahsiah rupa diri tu macam mana? Meh tengok gambar bawah ni.




Yehaa. Kat atas inilah yang dinamakan mengikut sahsiah rupa diri. Nampak sopann ja kan. Hehe. Kalau masa orientasi kena pakai tudung bawal putih pin kebawah saja, tapi masa nak kelas, ke tutorial, bengkel dan sebagainyaa, korang dah bebas untuk pakai apa saja, tudung pun sama. Syria ka shawl ka bawal ka arianni ka, semuanyaa dah boleh asalkan menutup aurat. :) Baju pun ikut sukalah nak pakai macam mana pun asalkan masih mengikut sahsiah rupa diri. Begitu juga dengan lelaki. Pakailah baju apa pun nak pakai asalkan berkolar dan juga nampak kemas. Iyelah, kita kan nak jadi mahasiswa UiTM, kenalah pakai sopan dan kemas, baru orang pandang tinggi sikit. Hehe. Oh ya, sebelum aku terlupa, dekat UiTM Penang malah di UiTM lain pun rasanya ada hari2 tertentu yang kena ikut pemakaian yang ditetapkan. Di UiTM Penang, hari Isnin adalah Hari Korporat. Jadi lelaki akan berpakaian formal dengan memakai kemeja, tie, berkasut, berstokin manakala perempuan pulak berbaju kurung. Hari Jumaat pun perempuan kena berbaju kurung, lelaki boleh berbaju Melayu namun tiada paksaan. :) Kalau siswi macam aku ni, bawak 3,4 helai baju kurung pun dah cukup. Itu pun kira okey dah la. Nak bawak lebih pun okay. Bergantung pada pemakaian koranglah ye. Macam aku, hari Isnin memang pakai baju kurung, hari Selasa pakai blaus dan seluar, hari Rabu pakai baju korporat Fakulti Farmasi, hari Khamis bergantung pada situasi. Hari Jumaat pakai baju kurung if takda aktiviti yang lasak. Errmm. Nak cerita apa lagi yaaa? Rasanyaa bab2 pemakaian ni ramai kot yang dah paham kan? Macam biasa, kalau nak tau apa2lgi, silalah tanyaa ye. 

3) Barangan Elektrik yang boleh dibawa

Err, kalau taksilap aku takdak lagi yang tanya mengenai ni, tapi takapalah aku bagitau lah sikit2 ye. Untuk barangan elektrik, korang hanya boleh bawak water heater sahaja. Rice cooker, toaster, dan hairdryer dan sewaktu dengannya adalah dilarang sama sekali. Begitu juga dengan extension. Tak dibenarkan. ! Aku mula2 tu bawak ja extension, sebab taktau kan boleh bawak ka dak. Tapi, lepas tu hantaq balik laa. Hehe. Ada sebab kenapa pihak pengurusan tak benarkan student bawak extension ni salah satunyaa boleh menyebabkan litar pintas nanti. Tak percaya, trylah buat. Terutama sekali dekat bahagian kolej lelaki. Selalu sangat berlakunyaa. Once dah jadi tu, memang kena samanlah dengan pihak kolej. Dah kena saman, sem seterusnyaa say goodbyelah to kolej ye. Cepat2 cari rumah sewa. Haha. Oh, lagi satu nak bagitau. Barang2 eletrik yang dibawa mestilah berdaftar dan dikenakan bayaran RM 10 untuk satu barang sepanjang semester. Kira murah okey. Itu pun ada yang complain mahai la apa lah. RM 10 tu bukan untuk sebulan tapi untuk 6 bulan. Itu pun nak berkira. Tak paham betui aku. Laptop, charger, printer, scanner dan aksesorinyaa dikira sebagai satu barang, handphone dan charger satu barang dan water heater satu barang. Jadi total hanya 3 barang sahaja yang dibenarkan. Nak bawak lebih boleh, tapi pandai2lah kongsi dengan roomate nanti. Daftar barang kita bawah nama orang lain pun boleh je asalkan barang tu terjaga dan berdaftar serta berbayar. Faham dak? Haha. Maaf lah kalau berbelit2 aku terangkan. Ngeh3.

4) Kolej/Asrama di UiTM Pulau Pinang


Okey, sebelum tu aku nak tegur sikit nuh, janganlah panggil asrama lagi. Rasa maca duduk kat sekolah saja. Huhu. Bila dah masuk UiTM mahupun uni lain, asrama korang biasanya akan dipanggil kolej. Di UiTM Pulau Pinang, untuk siswa ada 3 blok kolej iaitu kolej Nilam, kolej Zamrud dan kolej Baiduri manakala untuk siswi pula ada banyak blok iaitu Blok Kristal yang ada Kristal A dan Kristal B, Kolej Intan , Kolej Delima yang ada hampir 3 blok di dalamnyaa. Satu bilik ada empat orang, ada meja study, dan almari baju. Untuk siswi yang dapat Kolej Kristal dan Delima, kolejnya macam apartment. Satu apartment ada dua bilik. Satu bilik ada empat orang. Meja study di bahagian luar.

Ruang belajar di Kolej Kristal. Gambar dari pakcik google. :)

Bahagian tandas dalam rumah apartment :)

Rupa kolej Kristal dari luar. Ada 10 tingkat. :)

Kemudahan2 seperti cyber cafe, dobi mesin syiling, food court juga disediakan di sekitar Kolej Kristal ni. Haha. Mesti korang pelik kenapa aku asyik cerita pasal Kolej Kristal kan? Sebabnyaa nak dekat 3 sem dah aku duduk Kristal ni, kira dah terer la kawasan Kristal nih. Haha. Jangan risau siswa pun boleh berada di kawasan sini cuma tak boleh melebihi had yang ditetapkan lah. Kalau pergi foodcourt bawah tu masih dibenarkan, manalah tahu kot2 nak buat 'study group' kan. Hihi. Err, nak cerita apa lagi ya? Oh, mini market a.k.a koperasi pun ada. Macam2 benda yang dijual, tak keluar pun. Tak caya? Trylah pergi tengok. :) Rasanya dah menjawab serba sedikit, tapi kalau nak tau lagi, silalah tanya okey.? Ok, bagi siswa pulak mostly blok kolej mengikut bilik. Satu bilik ada 4 orang, meja study, katil dan almari semuanyaa ada. Cuma tandas saja di bahagian luar. Kolej Intan untuk siswi pun lebih kurang begini jugak. 

5) Jadual kelas mahupun aktiviti harian

Hah, jangan terkejut tau kalau ada yang tanya soalan macam ni kat aku. Ada yang tanya, "Kak, jadual kelas nanti macam mana?", "Aktiviti harian pulak bagaimana?, Petang buat apa, Malam pulak macam mana? ". Pergh, mulamula dengar pun macam lawak tau, tapi kemudian akan terfikir, mungkin diorang takde pengalaman lagi dalam ahli keluarga diorang. Jadi, taksalah kalau aku share dan kongsi apa yang aku tau. Untuk jadual kelas, jangan risau. Nanti akan diberikan untuk student sem 1 ni. Tapi bila dah masuk sem 2 dan ke atas, korang kena buat sendirilah jadual tu. Haha. Mana boleh asyik kena suap saja kan. Ngeh3. Untuk aktiviti harian pulak, ikut koranglah nak buat apa. Kita kan dah besar, dah nak jadi student Uni nanti, jadi tak ada orang nak kongkong aktiviti harian kita. Nak tidur, baring, kentut, keluar, pergi library ke semuanya ikut kita. Tapi pandai2lah korang jaga diri ye. Pengaruh di uni nanti banyak tau. Tetapkan iman, insyaAllah semuanyaa akan okey. Hehe. Untuk UiTM Penang, paling lewat pun kena berada di kampus sebelum pukul 11 malam. Kira okeylah tu, nak balik lambat2 buat apa, cari masalah saja nanti. Haha. Err. aku dah makin blur nak taip apa, macam besalah, kalau confius lagi, tanya balik nanti okey?

6) Cara belajar di UiTM

Ini pun ada yang tanya tau. Banyak benar diorang nak tahu. Haha. Ok, di UiTM mahupun di uni2 lain di Malaysia ni, akan ada course work iaitu melibatkan assignment, quiz, test, presentation, paper work dan sebagainyaa. Tutorial juga penting dalam course work. Mostly hampir 30% course work ni. Lagi 70% untuk paper final. Oh ya, ada juga yang tanya nanti kena guna buku tulis ka apa masa kat uni nanti. Aku jawap boleh ja nak guna buku tulis, kalau rasa2 susah nak simpan foolscap paper tuu. Haha. Ada ja kawan aku yang guna buku tuliss. Err, lagi satu untuk student engine, nanti korang akan banyak masuk bengkel, untuk student kesihatan iaitu farmasi dan sains kesihatan, banyak masuk makmal. So, kena pakai labcoat. If taksilap, student engine pun kena ada labcoat. Labcoat boleh beli di lab nanti. Harga lebih kurang RM 30 kalau xsalah la. Lupa pulak berapa harganyaa. Haha.

7) Kemudahan di UiTM Pulau Pinang dan sekitarnyaa

- Library


-Pusat Islam

-Cyber Cafe

-Mesin ATM 

-Food court

-Gelanggang Futsal

-Unit Kesihatan

-Dobi syiling dan dobi biasa

-Mini market

-Shopping complex [Jusco, Sunway Carnival, Pacific]

- Kedai makan pun ada dekat2 luar kampus

- Pasar malam pun ada.

-Tempat tunggu bas ada, bas Rapid memang selalu ja lalu area situ

-Bak kata Astro, macam2 ada. Haha.


Okay, rasanya entry ni dah makin panjang. Cukup kot apa yang aku kongsikan ni. Kalau ada yang kurang, silalah bertanya ya. Sesungguhnyaa aku hanyalah insan biasa yang sering melakukan kesilapan. InsyaAllah, sama2 kita betulkan nanti. Untuk Kampus Bertam, aku akan buat entry lain lepas ni. Tak boleh nak campur2 nanti pening sudaa. Apaapa pun, selamat datang sekali lagi aku ucapkan kepada pelajar baru yang akan mendaftar taklama lagi. Sekian...

p/s: lepas menaip, dah tak baca balik. haha. sorry kalau ada silap dan salah dalam proses buat ayat. hehe. :) harap membantu. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

143 comments:

Oh Rojak said...

saya x-student sini, budak engine, salam perkenalan..i follow

Anonymous said...

assalam..

sume dak laki duk 4 org ke sebilik??

AlyaaIBH said...

@Anonymous

waalaikumsalam. ye. lelaki duduk 4orang stu blik. :)

Anonymous said...

Nak tanya , how about iron ? Thank you :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous

iron boleh bawak. :)

Anonymous said...

salam sy nk tny. mesin atm tu ade semua bank mcm cimb, bank islam, bsn dn dll ke atau ade satu je?

AlyaaIBH said...

@Anonymous

waalaikumsalam. ada atm bank islam dan maybank sahaja. :)

Anonymous said...

Bile wktu yg dbenarkan utk kluar kampus?

Eisya Blossom said...

assalamualaikum . :) kalau untuk hari biasa masa sem satu , , boleh ke pakai seluar jeans dengan baju kemeja ? sebab mostly said that kena pakai baju kurung . . and kalau baju kemeja tu kne labuh sampai punggu jugak ke ? i'm just worried bout dreesing at there . .

AlyaaIBH said...

@Anonymous

waktu yg dibenarkan keluar kampus? boleh je bila2 masa pun asalkan balik sebelum pukul 11 malam. :)

AlyaaIBH said...

@Eisya Blossom

waalaikumsalam. boleh je pakai baju kemeja dengan jeans. seminggu pertama iaitu time mds (orientasi) je tak boleh pakai jeans. kena pakai baju kurung. kemeja boleh je taklepas punggung pun. jgn risau, boleh je semua tu lepas dah habis minggu orientasi. :)

Anonymous said...

minggu mds, girls kena pakai baju kurung putih n kain hitam ke? then tudung putih? with kasut sukan?

AlyaaIBH said...

@Anonymous

baju kurung putih dengan kain hitam tu pakai masa hari terakhir mds je sekali dengan tudung purple uitm bagi. hari2 lain time mds, baju kurung biasa pun boleh. kalau nak selesa pakai dengan kasut sukan, senang sikit, kaki x sakit sangat sb nanti time mds mmg mcm rushing sikit. :)

Anonymous said...

kne bwk laptop ke? for me yg bru nak msuk? kan xade mds? rse2 perlu bwk x?

Anonymous said...

mds buat apa je? ceramah kat dewan je ke?

AlyaaIBH said...

@Anonymous

utk pelajar baru, akan ada mds paling kurang 4,5 hari. laptop? bagi akak awal2 ni xpayah bawak lagi lah. bila dahh stay dlm 1,2 bulan baru bawak k. :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous

mds akan ada mcm2 aktiviti nanti. buat lawatan sana sini dlm kampus, senam seni dan juga taklimat. mostly akan ada taklimat dlm dewan lah. sb nak dedahkan pelajaar kepada mcm2 benda dlm uitm . :)

Anonymous said...

dewan ada aircond tak? haha

Anonymous said...

minggu mds mesti solat jemaah ye?

AlyaaIBH said...

@Anonymous

ya, dewan ada aircond. aircond dewan besar sangat sejuk tak terkata. haha

AlyaaIBH said...

@Anonymous

ya, berjemaah di pusat islam.

ezynie said...


perlu iron baju di bilik khas je ke atau boleh dlm bilik masing2 n water heater tu penting x.....cam mls nak bwk tp ada lak yg ckp bila dh masuk kolej masing2 kena bwk sendiri...ada geng2 yg x suka share2 mcm dok di hostel dulu...

AlyaaIBH said...

@ezynie

iron boleh bawak, dan dibenarkan iron di bilik sendiri. plug disediakan, jangan risau. :) water heater? buat permulaan, bawak je dulu. tp kalau malas mcm susah sikit sb yelah kan time mds tu perlukan banyak air juga sb sekarang kan musim panas. alternatif lain, beli air mineral satu kotak yg ada 24botol tu dulu. lepastu pandai2 lah bincang2 dgn roomate kata nak share sesama. bincang bebaik, insyaAllah boleh. :)

Teena Tna said...

MDS UiTM sangat lah best ( kalau anda jd PM mcm sy), tapi kalau jd student baru mmg azab...

Arif Adam Mni said...

Aslmlkm. Untuk tempat tinggal lelaki takda blok baru ke? Semua blok baru digunakan untuk perempuan?

AlyaaIBH said...

@Teena Tna

jadi PM memang lah best tina. haha

AlyaaIBH said...

@Arif Adam Mni

waalaikumsalam. tak juga. ada satu blok baru untuk lelaki dekat dengan kolej kristal iaitu kolej nilam.

Anonymous said...

hai,, nk tanye,, rambut sy agak perang.. di sana dibenar kan atau tidak? sebelum ni, saya di uitm negeri sembilan.. di situ saya dibenarkan,, Bagaimana di sana ye? Ad yg berambut perang?

AlyaaIBH said...

@Anonymous

rambut perang asli ke memang warnakan ? saya xpasti la. kalau asli, takpe je saya rasa. ada je rambut perang kalau perempuan, lelaki xpasti

Anonymous said...

salam....dalam surat die cakap sy x disediakan kediaman dan kene buat rayuan. mcam mana tu ek ?

Arnizah Awang Pelilah said...

salam.. nak tnya. kalau penerapan kolej disediakan ker? hehe!~

Arnizah Awang Pelilah said...

salam. nak tnye, kalau penerapan selalunya kolej disediakan ke? hehe~ baru je dpt twran kat sana.. :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous

hmm, boleh boleh rayuan di student portal rasanya. utk perempuan, mungkin boleh dpt kolej, tp lelaki saya tk pasti. :)

AlyaaIBH said...

@Arnizah Awang Pelilah

maaf, saya takpasti. tp kalau tksilap saya, kalau siswi mungkin dapat kolej, siswa saya tkpasti.

Anonymous said...

Hello...nak tny sikit... dokumen dokumen apa yg perlu semasa MDS?

WAN NURMIN NABILA min said...

akak saya baru apply nak msuk sini..hrp2 dapat....sbb saya btl2 naka masuk farmasi uitm pyer kos,,,,mesti best.....

AlyaaIBH said...

@Anonymous

banyak dokumen yag akan diperlukan, jangan risau, akan dimaklumkan kelak :)

AlyaaIBH said...

@WAN NURMIN NABILA min

insyaAllah, akak harap adik dapat. doa banyak2 ya , amin :)

Anonymous said...

Assalamualaikum kakak, saya ditawarkan tempat di UITM Dungun tetapi saya nak minta agar dipindahkan ke UITM Pulau Pinang sebab lebih dekat. Nanti adakah saya akan terus mendaftar di sana ataupun saya kena daftar kat Dungun dulu baru pindah ke Pulau Pinang? Lepas tu, pasal iron tu, dikira satu barang ke atau macam mana? And then, tudung memang wajib dipakai ye? Kalau wajib, ade ke warna2 yang dilarang ke?

Anonymous said...

Salam...tumpang tanya..kalau baru nakasuk kan...kunci bilik kolej dapat masa bila eh? Boleh ka kalau rancang nk duduk roomate dgn sape? Ada tips x kalau nk duduk dgn mmber?? Tq...:)

AlyaaIBH said...

@Anonymous

waalaikumsalam dik. jika nak diikutkan syarat yang sudah ditetapkan oleh senat UiTM, pertukaran kampus adalah tidak dibenarkan melainkan ada masalah2 tertentu seperti masalah kesihatan. Ya, yang iron tu dikira satu barang. Tudung wajib untuk yang beragama Islam, warna tak kisah, tapi untuk MDS, biasanya warna putih saja. Waktu kuliah boleh warna warni. Harap penjelasan akak jelas :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous

waalaikumsalam. kunci kolej boleh dapat sewaktu pendaftaran pelajar baru. Ya, adik boleh rancang nak duduk satu bilik dengan kawan. Caranya, sewaktu mendaftar, adik mendaftar sama2 dengan rakan, beratur dekat2, insyaAllah akan dapat satu bilik :)

dakwattumpah said...

assalamualaikum..kak,saya tny,erm,student id dia bgi bila yea?nk log in portal tu kna ad id kan?pastu email siswa kna buat sendiri k kak?btw,muchos gracias sis for the entry..i owed u a lot..terima kasih..:)

Izzat Don said...

Salam kak. Im a boy. Nak pilih kolej boleh x msa pendaftaran? Hehe dgrnya kolej nilam katil single, Bilik besar, tp kolej lain double decker. X best haha :D ada tips x? Dtg awal ke lmbt ke? Please I want to stay in kolej nilam Y.Y

AlyaaIBH said...

@dakwattumpah

waalaikumsalam dik. semua yang adik tanya ni, akan dilakukan setelah adik mendaftar kelak di UiTM. buat masa sekarang tak perlu risau lagi ya :)

AlyaaIBH said...

@Izzat Don

waalaikumsalam dik. yup, kolej nilan kolej yang baru dan jadinya katilnya single berbanding dengan kolej baiduri dan juga kolej zamrud. tips? datang tengah2, jangan awal sangat jangan lambat sangat, agak2 je :) hehe. moga berjaya :)

Dbah said...

Salam. Akak, nak tanya, kolej ada wifi tak? Ke kena bawa broadband sendiri?

AlyaaIBH said...

@Dbah

kolej ada wifi, tapi biasalah bila ramai yang gunakan, line slow, lebih selamat bawak broadband sendiri lah :)

Anonymous said...

Assalamualaikum akak... hari apa je yg disediakan bas utk keluar?

AlyaaIBH said...

@Anonymous

waalaikumsalam. hari2 sebenarnya boleh keluar. ini dah kehidupan universiti dik, bukan asrama lagi walaupun duduk kolej ;) bas dekat penang biasanya akan naik rapid penang

Misz Amy said...

Assalamualaikum akk. Saya dpt uitm balik pulau. Saya tak faham sbb kene daftar kat uitm bukit mertajam n mcm mana tu. Pas tu t saya nk tido kat mana. Akk tlg jawab ye :)

Misz Amy said...

Assalamualaikum akk. Saya dpt uitm balik pulau. Saya tak faham sbb kene daftar kt uitm bukit mertajam n mcm mana tu. Pas tu t saya nk tido kt mana. Akk tlg jawab ye :)

AlyaaIBH said...

@Misz Amy

waalaikumsalam dik. alhamdulillah, tahniah. mmg semua kena lapor diri di uitm pmtg pauh. adik lepasan mana? matrik? sepatutnya dpt kolej.

Misz Amy said...

Saya lepasan matrik akak..

Anonymous said...

assalam akak...sya pelajar penerapan uitm..saya xdpt kolej..rumah sewa y berdekatan dengan kampus balik pulau de kosong tak?kalau saya nak mintak kolej bleh dpt ke?

AlyaaIBH said...

@Anonymous

waalaikumsalam. akak sarankan awak buat rayuan kolej sebab kolej dekat kampus pmtg pauh mmg banyak kosong since ramai yg kena pindah ke pasir gudang baru2 ni. cuba call pihak kolej ok? :)

Anonymous said...

thanks akak.... :)

Anonymous said...

salam kak , sy baru dapat tawaran degree dekat uitm bukit mertajam tapi sy tak dpt kolej. sy dah buat rayuan kolej tapi keputusannya kat mana ya sy boleh tgok ? sbb tak dinyatakan tarikh keluar rayuan kolej tu . sy brharap dpt kolej sebelum masuk daftar awal bulan 3 ni . apa sy patut buat ye ?

AlyaaIBH said...

@Anonymous

waalaikumsalam. kalau tahun sebelum ni, buat rayuan kolej di pejabat kolej masa hari pendaftaran kolej dan akan terus dapat keputusan samada dapat atau tak. pendapat akak, better awak call pihak kolej uitm utk kepastian. tp kebiasaannya akan dapat kolej untuk yg intake baru ni sbb uitmpp banyak kolej, jangan risau ;)

oned naikk said...

salam akak,sy nk tnye..slalunya siswa diploma dtmptkan kolej kdiaman mana ehh?mohon akak bls..

oned naikk said...

salam akak,sy nk tnye..slalunya siswa diploma dtmptkan kolej kdiaman mana ehh?mohon akak bls.

Sarah Khoo said...

Kak, UiTM Pulau Pinang, kampus Bertam ni yg terletak kat Permatang Pauh tu ke? Taktau pun ada kampus Bertam. Sorry kalau soalan mcm entah apa apa hahah tpi sy mmg tak tau. Thanks in advance kalau sudi jawab :) Bakal masuk 2 Jun ni insyaallah

Anonymous said...

uitm pulau pinang ini terletak kat mana sebenarnya...bukit mertajam/permatang pauh/seberang prai?

Zainab Abu Kassim said...

Kampus uitm pulau pinang ini sebenarnya terletak kat mana? Bukit mertajam/permatang pauh/Seberang perai

kyungmi said...

salam kak alya. one question can?thanks.is there any possibilities to change my college-to-be?i mean lets say saya dapat kolej intan,can i change with anybody from kolej kristal?tq so much ^^

Anonymous said...

Time MDS kena baju berkolar warna putih je ke?

AlyaaIBH said...

@oned naikk

waalaikumsalam. biasanya siswa akan ditempatkan di kolej zamrud, baiduri ataupun nilam :)

AlyaaIBH said...

@Sarah Khoo

uitm pulau pinang ada tiga kampus sebenarnya. satu di pmtg pauh satu di bertam dan satu lagi di balik pulau. tapi setakat yg akak tahu, uitm dh tak buat kampus kat balik pulau tu atas sebab2 tertentu. :) kampus bertam pun baru lagi sebenarnya dalam 3 tahun macam tu :)

AlyaaIBH said...

@Zainab Abu Kassim

kampus uitm pulau pinang terletak di pmtg pauh. :)

AlyaaIBH said...

@kyungmi

waalaikumsalam. sebenarnya bergantung kepada pengurusan kolej. kalau ada kekosongan baru dapat tapi the truth is sangatlah susah untuk pihak kolej benarkan. harap menjawab soalan :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous

tak semestinya. boleh juga warna lain asalkan berkolar bagi lelaki dan lepas paras punggung bagi perempuan :) tp sebaiknya sediakan juga t shirt warna putih :)

aWan NaJwA said...

Salam kak , baju mds dalam panduan pendaftaran ada menyatakan perempuan mds pakai baju kurung putih kain hitam . memang perlu putih kosong macam baju sekolah ke ? atau baju kurung corak boleh ? terima kasih :)

AlyaaIBH said...

@aWan NaJwA

waalaikumsalam. sebaiknya, baju kurung plain putih macam baju sekolah tu :)

Anonymous said...

salam akak,saya nk tanya masa mds tu kan kena pakai baju melebihi paras punggung .pakai tshirt ke blaus masa mds tu ? terima kasih :)

Fischer said...

Salam kak, sepanjang saye scroll comment2 dr atas smpi bawah akhirnya hampir semua soalan saya yg nk tanye dan semua terjawab..terima kasih akak kerana balas semua soalan tersebut :D

saye nk tanye satu soalan...boleh saye tahu kolej2 semua same je ke? maksudnye, 1 rumah 2 bilik, 1 bilik 4 org, and so on...katil double decker atau single?

Aqil Muhammad said...

Assalamualaikum kak :) Just nak tanya kampus ni dekat ke dengan ktm?

Anonymous said...

salam..bju kurung ptih tu bwa sendri atau diorg kasi?

Anonymous said...

Assalamualaikum..kak..bgi lelaki..time pndaftaran tu nak pakai baju long sleeves putih ke...atau baju kemeja kaler bebas

Anonymous said...

Assalamualaikum..kak..bgi lelaki..time pndaftaran tu nak pakai baju long sleeves putih ke...atau baju kemeja kaler bebas

Anonymous said...

Assalamualaikum..kak..bgi lelaki..time pndaftaran tu nak pakai baju long sleeves putih ke...atau baju kemeja kaler bebas

Anonymous said...

assalamualaikum kak..nak tanya...time hari pndaftaran tu...lelaki kna pakai baju plain putih ka atau baju kemeja kaler bebas..

Anonymous said...

Assalamualaikum kak , saya dapat uitm pulau pinang dan kena daftar pada 3.6 .. kawan saya pun dapat tempat yang sama tapi dia kena daftar pada 2.6 ... saya kalau boleh nak sama bilik dengan dia. boleh ke kalau saya nak daftar pada 2.6 dengan dia supaya kami dapat satu bilik sama?

Anonymous said...

akak boleh ke saya mendaftar sehari awal supaya saya dapat daftar sama dengan kawan saya? sebab kami cadang nak dapat satu bilik sama..

Anonymous said...

assalamualakum akak, saya bakal masuk uitm penang 2 jun ni course dip in farmasi. saya nak tanya nnti saya akan tinggal dekat permatang pauh ke? sbb saya kena daftar kat situ. tapi dia kata kampus saya kat bertam. saya pening sangat. harap akak boleh bantu. thanks :)

Anonymous said...

assalammualaikum kak, ada kemungkinan tak student baru nak dapat kolej kristal ?

Anonymous said...

Kak nak tanye baju putih utk mds tu kan kalo baju dye putih susu/cream boleh x? Ke nak btol2 putih

Anonymous said...

Kak,baju kurung putih tu boleh x kalo pakai warne cream atau putih susu

AlyaaIBH said...

@Anonymous
pakai tshirt lebih mudah :)

AlyaaIBH said...

@Fischer
alhamdulillah akak bantu mana yg termampu saja :) untuk kolej kristal dan delima saja begitu. untuk intan, zamrud dan baiduri tak sama. setahu akak, katil semua single untuk siswi, siswa akk tak sure :)

AlyaaIBH said...

@Aqil Muhammad

waalaikumsalam, dekat penang ni takde ktm dik semua naik bus rapid atau feri je :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous
waalaikumsalam. untuk pendaftaran, warna bebas je. cuma perlu sediakan satu kemeja putih untuk majlis penutup mds nnt :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous
ohh kalau tarikh asing2 ni macam susah nak dapat bilik sekali. akk tak pasti pulak mengenai hal ni maaf yer :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous
waalaikumsalam. tahniah dik, welcome to pharmacy life :) tak silap akak intake baru siswi akan duduk kolej di bertam tp berkemungkinan mds di pmtg pauh. apa2 nanti akan diberitahu kelak waktu pendaftaran :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous
waalaikumsalam. inshaAllah ada kemungkinan :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous
kalau baju kemeja tak silap akk memang nak putih yg betul2 putih tu tp kalau tshirt takpe je akak rasa. maaf kalau salah info :)

Anonymous said...

salam..nk tny.. dip farmasi ada x ditawarkan di uitm shah alam?

AlyaaIBH said...

@Anonymous

waalaikumsalam, diploma farmasi hanya ditawarkan di uitm pulau pinang kampus bertam :)

Suyi said...

Assalam nice blog, saya nak tanya macam mana dari uitm penang nak balik kl? Mksdnya dari uitm tu nak keluar pergi stesen etc mcm mana? Ade bas atau bnyk teksi ke? Mahal atau murah?

Anonymous said...

Assalam, kak, untuk siswi, mmg semua kolej sama Ke? Maksudnya, mmg satu bilik lbih dpda 3 orang?

Anonymous said...

Assalamualaikum akak. Sy nk tnya, program diploma farmasi ni ad kat uitm mana lg slain uitm pp.??

Anonymous said...

Salam kak. Uitm kampus Bukit Mertajam tu Uitm P. Pinang ke?

Nor Aiman Aliff said...

slm kak kalau nk pindah dr kampus bertam ke kampus bukit mertajam mcm mana ya? boleh x?

Anonymous said...

Kak nk tnya sikit, uitm ni besar x ?

Anforledia abd Fatah said...

Assalamualaikum akak.. mcm mna ye pengurusan bilik2 plajar baru.. dpa bagi nombo katil awai2 ka pilih sniri?

Anonymous said...

Hi assalamualaikum, nak tnye psl mechanical engineering field kan, selalu jugak ke masuk bengkel? Kalau mech eng agak agak akak dkt bengkel tu buat apa eh

Anonymous said...

❤️

ainun tika said...

Assalamualaikum kak saya nak tanya memang kalau time mds seminggu tu tetiap hari kena pakai tudung bawal putih sahaja ke? And akak ni course apa eh?

Asdfghjkl said...

Ade court basketball tk?

Anonymous said...

Assalamualaikum kak. Saya nak tanya , di uitm penang ni, kita kena basuh baju sndiri or, mesin basuh disediakan ?

Anonymous said...

ada wifi tak dlm bilik

Deeba said...

Assalamualaikum. Nk tanya yg pasal brg elektrik tu. Katakan la after beberapa bulan duduk di kolej baru saya beli laptop or printer, mcm mana saya nk daftar? Kene ambil borg di pejabat kolej ke mcm mana?

Deeba said...

Assalamualaikum. Nk tanya pasal brg elektrik tu. Bile2 je eh blh daftar walaupun slps beberapa bulan saya duduk di kolej n saya baru printer la contohnye. Mcm mana saya nk daftar? Perlu ambil borg di pejabat kolej ke?

Anonymous said...

Boleh ker bak post barang dr rumah ker uitm..n nak dpt barang kat mana...

AlyaaIBH said...

@Anonymous

Waalaikumsalam. Di Pulau Pinang untuk Diploma Farmasi :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous

Waalaikumsalam. Ya, sama saja :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous

Waalaikumsalam. Satu bilik 4 orang siswi

AlyaaIBH said...

@Nor Aiman Aliff

waalaikumsalam. kalau kos awak di bertam, tak boleh pindah ke pmtg pauh

AlyaaIBH said...

@Anonymous

Sederhana besar :)

AlyaaIBH said...

@Anforledia abd Fatah

Waalaikumsalam, maaf akak kurang pasti dengan pengurusan kolej sekarang, rasanya no katil diberi :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous

hi waalaikumsalam, maaf akak kurang pasti :)

AlyaaIBH said...

@ainun tika

maaf takdapat membantu sebab baru kelapangan nak reply komen. btw, akak alumni UiTMPP :)

AlyaaIBH said...

@Asdfghjkl

tak silap akak ada. maaf baru ada masa nak reply komen :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous

Waalaikumsalam. Dua2 pun boleh :) Maaf tak membantu sebab baru ada masa nak reply komen :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous

ada tu ada tapi susah nak dapat connection.

AlyaaIBH said...

@Deeba

Waalaikumsalam, maaf takdapat bantu dari awal. Kalau dah lepas tarikh daftar elektrik, rasanya tak mengapa kalau tak didaftarkan barang elektrik tersebut :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous

Maaf baru dapat reply komen. Akak tak pasti tentang pos barang ke uitm sorry :)

sinar maiya said...

Salam..tau tak sape yang buat tempahan utk website. Tlg reply kat email yer..
sinarmaiya210@yahoo.com
Wsap: 019 9811894

student penerapan degree yang x dapat kolej said...

Assalammualaikum akak, MDS ade tak untuk lepasan diploma yang ambil penerapan. Sebab dengar daripade kawan saye yang ambil penerapan, MDS xdek untuk yang ambil penerapan. Akak tau tak rumah sewa terdekat yang harge reasonable? Sebab nak buat back up kalau2 rayuan kolej x lepas. Saye tak dapat kolej awal2 masuk, dahla jarang2 pergi P.Pinang T_T''''.

AlyaaIBH said...

@student penerapan degree yang x dapat kolej

Waalaikumsalam, MDS takda untuk pelajar penerapan. Rumah sewa terdekat biasanya dekat area2 politeknik, biasanya student uitmpp banyak menyewa di sana kalau takdapat kolej. awak siswa ke siswi? kalau siswi, inshaAllah ada peluang dapat kolej :)

student penerapan degree yang x dapat kolej said...

Saya lelaki, kak.

AlyaaIBH said...

@student penerapan degree yang x dapat kolej

oh siswa. takpe, biasanya ada ja kolej yang disediakan cuma kenalah buat rayuan. tp kalau takde jugak inshaAllah ada rumah sewa sekitar uitmpp yg berpatutan harganya :)

Anonymous said...

Salam kak, nak tanya untuk siswi kan, semua akan duduk kat kolej ke selama 8 semester untuk degree ataupun untuk tahun pertama je duduk dlm kolej? Sbb saya ada dgr kena kumpul markah koko untuk stay kat kolej sampi habis degree? mohon penjelasan.

Anonymous said...

Nak tanya, adakah pelajar degree 8 sem akan stay kat hostel smpi tahun akhir especially pljr perempuan. ataupun kita kena cari rumah sewa kat luar?

Firdaus Ismail said...

Assalamualaikum sis. Untuk student rayuan ni, memang akan terlepas minggu MDS la eh ? Hahaha.

AlyaaIBH said...

@Anonymous

Waalaikumsalam. Kalau siswi biasanya akan duduk di kolej sampai habis pengajian, tapi bergantung juga sbb polisi kadang2 berubah. masa akak dulu kebanyakannya duduk di dalam, sekarang ni tak pasti, mungkin kena kumpul markah atau kupon aktiviti :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous

Bergantung pada kekosongan kolej. Kalau kolej banyak kosong, biasanya siswi semuanya akan duduk dalam. Kolej = hostel. Harap membantu :)

AlyaaIBH said...

@Firdaus Ismail

Waalaikumsalam. Biasanya student rayuan akan terlepas MDS yg panjang cuma akan ada sesi taklimat beramai2 je

გგMISS IRAდფ*^▁^* said...

assalam nk tanya klau kasut untuk perempuan kena bertutup ke?kalau heels boleh tk?

გგMISS IRAდფ*^▁^* said...

akak nak tanya...iron disediakan ke kat setiap bilik?

გგMISS IRAდფ*^▁^* said...

salam akak nk tanya lagi...klau pelajar baru daftar kan...dia kena kongsi bilik dengan senior or dengan student yang baru daftar sekali dengan dia?

AlyaaIBH said...

@გგMISS IRAდფ*^▁^*

Salam, untuk orientasi biasanya kasut bertutup. Untuk waktu kuliah, tak kisah asalkan bukan selipar :)

AlyaaIBH said...

@გგMISS IRAდფ*^▁^*

Salam. Iron tidak disediakan. Boleh bawa sendiri :)

AlyaaIBH said...

@გგMISS IRAდფ*^▁^*

Salam. Kebiasaanya akan ddudk dengan student yg baru daftar juga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM