Friday, May 4, 2012

...SAYA RINDU MEREKA...

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Eh, selamat pagi? Iyelah, sekarang kan dah pukul 2.15 pagi dah. So, kira selamat pagilah. Haha. Okey, sekarang ni nak buat entry tak berapa panjang dan tak berapa pendek. Entry ni dibuat pun secara spontan saja. Haha. Letih2, baru balik dari main bowling. Ingatkan nak update cerita pasal bowling, tapi nanti2 lah ye. Biar aku karang baikk punyaa, baru best nak baca. Haha.

Err, entry kalini.. SAYA RINDU MEREKA. Bbbrr.. Saya tu sapa? Saya itu akulah. Hikhik. Oh, aku rindu sapa? Rindu kawan2 la. Siapa tak riindu mereka. Sudah sebulan lebih oo tak jumpa kawan satu fakulti. Isk2, lama tuu. Ermm, lepas ni nak dapat junior pulak, macam tak percaya je dah jadi senior. Hihi. 

Harap2 kami dapat senior yang baik. Muehehe. Almaklumlah, dah serik kena dengan senior2 yang lepas. Ooops, jangan ada yang baca sudah. Habis aku. Haha. Okeylah, jom layan gambar dulu. Gambar2 classmates dan teman satu fakulti. :)



Sebahagian rakan2 sekelas..
Mereka juga rakan sekelas aku. Oh, rindu nak usik Shida. 
Mereka2 yang bijaksana dan sporting. 
Fuh, muka comel2 gituu.

Kumpulan terbaik. Err, xleh challenge. Presenter tebaik kot. Huhu. 
Dua jejaka kelas aku yang menjadi rebutan ramai. Haha. 
Mereka juga terbaikkk. :)
Kami memang suka hari Rabu. Hari orang kaya sedunia. :) 
Dewan kuliah yang awesome bersama mereka yang hebat!

Moments yg takdapat dilupakan. Thanks guys! <3

Eh2, dah banyak pulak gambar yang kau letak ye, alyaa. Haha, dah nama pun rindu. Mestilah nak tengok muka2 yang ada dalam gambar ni kan. Well, antara semua ni of course lah aku paling rindu dekat housemate dengan roomate aku dulu. Fuh, kami memang gila2 lah dalam bilik. Aish, tiba2 teringat dekat aiman dengan farah. Mereka berdua ni memang paling dahsyatlah kalau bab2 belajar. Huhu, menyesal tak ikut cara diorang. Next sem kalau dpat sebilik lagi, confirmm2 aku ikut cara diorang. Cara study memang hebat la. Score pun hebat2 tambah2 masa nak dekat final exam. Jeles seh. Takpalah, benda dah lepas, bukannya boleh ada balik. Apa yang penting, ambik pengajaran dan berubah. Kan3?

Okeylah, gerak dulu. Dah lewat ni, esok kena bangun awal. Apa2pun, tak sabar nak masuk semester baru. Semoga semester kali ni memberi sinar harapan yang baru buat aku. Aminn~

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA