Thursday, May 10, 2012

Emak dah Sihat ! :')

Assalamualaikum dan selamat malam..

Alhamdulillah, emak aku dah makin sihat harini dan doktor pun dah beri kebenaran kepada emak aku untuk balik rumah. Gembira tak terkata aku. Hihi. Lepas ni, bolehlah meneruskan rutin harian aku yang dulu seperti biasa. Blogging pun dah boleh diteruskan, on9 pun dah boleh selalu. Syoknyaa.. Haha. Syukur padaMu Ya Allah kerana telah menyembuhkan emak aku. Err, mungkin lepas ni emak aku lebih banyak duduk rumah saja dalam beberapa hari. 

#googleimages#
Erm, imbas balik bila emak mula2 sakit dulu, aku jadi tak tentu arah. Iyelah, makan minum, pakai adik aku sapa nak ambik tau? Kalau abah aku tu bolehlah take care sendiri. Tapi, adik aku? Selama ni emak aku yang uruskan dia. Pakai baju apa, nak makan apa dan sebagainya. So, bila benda ni ditugaskan kepada aku, aku dah mula pusing. Memikirkan apa yang dia nak pakai setiap hari, balik sekolah pukul berapa, petang pula nak pergi sekolah balik untuk main badminton atau belajaq. Fuh, memang penat. Tapi, lama kelamaan, benda ni dah macam biasa bagi aku dan aku pun macam relax je dah boleh urus semua benda. Alhamdulillah, kali ni memang betul2 mengajar aku erti dewasa. Haha.. Mana taknya, sebelum ni kalau mak sakit atau masuk hospital, aku masih ada kakak atau abang di sisi untuk handle many things. Since sekarang tinggal aku dan adik saja di rumah, jadi itu dah jadi tanggungjawab aku. 

Daripada kemas rumah, buang sampah, basuh baju, jemur baju, basuh pinggan, memasak (yang biasa2 saja), semua aku buat. Nak compare aku dulu time kakak dengan abang ada sama, aku memang tak kan punya buat semua ni. Haha. Salah satu je aku akan buat. Bukan apa, emak lebih percayakan mereka berdua, jadi aku dan adik hanya biarkan saja. Hihi.

Kakak dan emak. :)
Okeylah, dah lenguh pulak tangan ni. Almaklumlah dah lama juga tak menaip ni. InsyaAllah, lepas ni dah boleh active balik dan buat entry banyak2 dalam satu hari. Amin. So, jumpa lagi nanti. Babai. :)

p/s: thanks kepada mereka yang banyak mendoakan untuk emak aku. jasa hampa semua hanya Allah saja yang boleh balas. :')

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA