Tuesday, May 8, 2012

Double Triple Letih....

Sejaksejak emak dimasukkan ke hospital, rutin harian aku bertukar 100%. Aku seakan2 mengambil alih kebanyakan tugas2 emak di rumah terutamanya dalam menyiapkan barang keperluan adik aku dan juga abah aku. That's why aku tulis double triple letih. Memang kali ni letih yang luar biasalah. Dengan tak cukup tiduq bagai. Err, takpalah. Bukan tolong orang lain, family sendiri juga. Oh ya, disebabkan ini juga aku jarang dah dapat update blog sekarang. Nak blogwalking pun tunggu pukul 1, 2 pagi satgi. Itupun kalau tak mengantuk sangat. Sekarang ni pun, curi2 on9 dan update blog sat sementara tunggu baju basuh mesin. Basuh baju siapa lagi kalau bukan baju adik aku tu. Dah besaq panjang pun nak suruh orang basuh baju. Isk2. Malam sebelum tu, baju abah aku. Alahai, sebijik macam emak aku dah ni. Ermm. Baju sendiri pun tunggang langgang lagi. Entah basuh ke tidak. Huhu. 

Err, sebelum aku nak menamatkan entry kali ni, just nak share satu benda. Pagi tadi around pukul 10-11pagi, aku pergi lepak2 dan borak2 dengan member sekolah lama. Almaklumlah, lama tak jumpa. Mula2 diorang macam nak batalkan since emak aku masuk hospital, tapi aku cakap, takpalah. In fact, aku bukan berada di hospital. Emak aku tak bagi temankan dia. So, kiranya macam aku free pagi tadi. Dan rancangan pun diteruskan macam biasa.

Kami lepak kat KFC saja pun. Dah tktau sangat kan nak lepak mana. Oklah, tangan dah lenguh nak menaip. Nanti2 aku update lagi. Meh layan gambar2 yang ada dulu. :)




Err, yang ni pun jadilah. Okeylah, jumpa lagi entry seterusnyaa. Babai.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA