Isnin, 16 April 2012

Selamat sampai di Penang.. ^-^


Alhamdulillah, selamat juga sampai di Penang setelah mengharungi beberapa halangan tadi. Kami sekeluarga selamat sampai dalam pukul 8 malam. Pssst.. Kalau korang nak tau, petang tadi dari jalan Bukit Bunga, Kelantan sampailah dekat Gerik, Perak ada lebih kurang 6 buah kereta yang terbabas. Huhu. Kecian pulakk tengok. Lepas tu, ditambah dengan ada pokok tumbang. Isk2, memang betul2 menguji. Nasib la abah aku tahan mata supaya tak mengantuk. Haha. Eh2, Jangan tanya aku buat apa dalam kereta. Confirm2 dah hanyut dgn adik aku. Tiduq tak sedaq diri. Tapi setiap kali jumpa accdent, mak aku kejutkan aku dengan adik nak suruh tengok accident tu. Well, typical Malaysians, ada accident ja mesti nak tengok kan. Hihi. Erm.. Bila dah lepas Gerik tu baru rasa lega sikit. Jalan pun dah okayy. Cuma satu masalah, line telefon takdak. Ish, sabaq ja la. Aku nak access internet pun takboleh.. Ggrrr.



Err, bila aku dah sampai Penang, ni bermakna aku dah pun meninggalkan negeri Pantai Timur. Oh, betapa aku rindu kalian. Agak2, bilalah kita dapat jumpa lagi kan. Nak ke sana dari Penang bukannya dekat. :'( Aku harap sangat dapat lepak2 sana lagi since kawan2 ada ramai jugak kat sana. Wuawua. Nak pergi lagyyy. Haha. *Kang ada yang makan penampaq.*

Oklah, sampai sini dulu. Aku dah letih dah ni. Dari pagi tak rehat rehat lagii. Asyik berjalan ja tak kira panas, hujan, kering dan sebagainya. Babai semua. :)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 ulasan:

Nads Couture berkata...

blog seronok di baca ..nice blog :)

AlyaaIBH berkata...

nads couture: thanksss. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM