Jumaat, 6 April 2012

Running Man.. Best Ke? =O

Assalamualaikum semua.

Perghh. Tajuk entry tak tahan tuu. Haha.. Kang tak pasal2 je Alyaa nak kena serang dengan peminat2 Korea yang baca nanti. Haha. Okayyy, Alyaa nak tanya ni, best takkkk Running Man?? Untuk peminat2 Korea, mereka akan tahu apakah itu Running Man. Kalau tak tahu, better jangan kata diri tu minat Korea okay? Alyaa yang tak minat Korea pun boleh tahu. Haha.

Ermm.. Alyaa mula kenal dengan artis2 Korea ni masa Form 5. Itu pun kalau tak salah la sebab classmate Alyaa yang sorang ni minattt sangat dengan Korea. Isk2, Alyaa pun tak faham dengan dia. Nasib budak pandai  an. Hihi. Err, masa tu takdelah kenal semua. Tengok2 macam tuh je sebabnya masa tu kan duk asrama, mana nak boleh tengok cerita Korea bagai kan.

Erm. Lepas tu bila masuk UiTM pulak, dapat roomate dan housemate yang minat Korea, tapi bukan semualah. Dalam 4, 5 orang. Masa tu, iman masih kuat lagii. Tak terpengaruh pun nak tengok Korea punya movie. Ngeh3.. Padahal takde laptop nak tengokk. Oppss, kantoi lak. Hahaha. Ada je orang yang ajak tengok cerita Korea, tapi tak faham. Hihi. Last2, diorang dah malasss nak ajak. Haha. Dah tau orang tak minat, ajak lagi. Sekeh kepala kang. (maaf mcm kasar sikit. muehehe)

Err.. Sem 2 pun sama ja situasinya. Tapi kali ni lebih parah sikit. Dalam satu bilik tu ada 4 orang. 3 daripada 4 tu minat Korea. Urgghh, yang sorang tak minat tu confirmlah Alyaa kan. Masa ni jiwa dah tergugat sikit sebabnya every time diorang nak release stress mesti diorang tengok cerita Korea, takpun game show bak kata kawan rapat Alyaa kat sana yang juga peminat Korea, Aiman. Hah, si Aiman ni satu rumah dengan Alyaa, cuma bilik lain. So, bilangan dah jadi 4 kan. Arr, ramai kan tuu. Dan masa sem ni yang paling glamer memang Running Man ni lah. Alyaa pun tak paham kenapa bila diorang tengok ja Running Man ni mesti diorang gelak sorang, takpun gelak ramai2 sampai nak pecah pintu bilik. Haha.

Masa tu malas nak ambik port sangat. Biarlah diorang yang minat, bukannya Alyaa. Alyaa layan cerita Melayu dengan English ja, takpun Hindustan. Haha.. Ermmm.. Bila sampai musim2 nak final exam, kat bilik Alyaa pulak, femes pulak Family Outing. Urgghhh.. Alyaa pun taktahu kenapa. Haha. Diorang kata artis2 Korea handsome. Haha, agak laa. (pernah tengok sekali masa lepas exam tu. =/ )

So, kesimpulannya, Alyaa nak tanyalah sapa2 yang pernah tengok atau addicted sangat2 dengan K-Pop ni atau dengan Running Man ni, boleh share tak apa yg bestnya? Haha. Maaflah, Alyaa kalau bab2 Korea ni memang slow sikit. Lepasni, tengok pulak sem 3 macam mana. Terpengaruh ke tidak. Haha. Setakat ni, stabil lagi. Eh, jangan ingat benda2 mcm ni takleh terpengaruh tau. Bolehhh.. Kawan Alyaa sendiri cerita pengalaman dia yg boleh terpengaruh tu. Hihi.( terpegaruh dgn Korea je pun..)

Okeylah, macam dah terlepas panjang pulak menaip entry ni. Biasalah kan bila idea nak menaip ni banyakk. Mengalirr je keluar. Kalau takde idea, memang terdiam seribu lah setiap entry tu .. :)

err. bukan running man yang ni. tapi yg bawah punya. hikhik. =p


okey, rasanya yg ni antara sedutan drpd bnyk2 episod tuh.
Sumber: Pakcik Google :)

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 ulasan:

Shereen Yahya berkata...

Running Man sgt best ...

AlyaaIBH berkata...

oh, yeke? runnning man tu cerita reality show ke drama ke apa eh? hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM