Sunday, April 22, 2012

Perkahwinan: Bukan mudah nak lepaskan...

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka terutamanya untuk anak perempuan mereka ataupun anak dara yang telah mereka pelihara sejak dari kecil. Anak lelaki pula bagi mereka sudah cukup besar untuk buat keputusan berbanding dgn anak perempuan. Oleh sebab itu, dlm banyak2 perkara tambah2 bila bercakap tentang perkahwinan, ibu bapa lebih mementingkan hal anak perempuan. Ini kerana, kelak mereka akan berjauhan dengan anak perempuan yang mana akan ikut suami bila dah kahwin..

Jujur cakap, berjauhan dengan parents untuk menuntut ilmu tak akan sama dengan berjauhan dengan parents untuk ikut suami. Biarpun aku masih tiada pengalaman tentang ini, tapi hasil soal selidik dan pemerhatian aku, itulah kenyataannya. Nak tau kenapa? Sebabnya saat kita melangkah keluar dari rumah, kita telah pun memegang title sebagai isteri dan masa tu kita wajib taat pada suami kita dan saat tu jugak syurga kita telah beralih dari bawah tapak kaki ibu ke bawah tapak kaki suami. Berbanding dengan anak lelaki, mereka akan menjadi ketua keluarga kelak dan memimpin isteri. Namun begitu, anak lelaki tidak boleh melebihkan isteri dari ibu sendiri dalam apa jua keadaan sekalipun sebabnya ia merupakan tuntutan dalam Islam.

Jadi,berbalik kepada tajuk asal, ibu bapa khususnya ibu akan berasa sedih dan sayu bila nak lepaskan anak mereka ke tangan orang lain. Normal kita lihat bila majlis akad nikah, di sisi pengantin perempuan mesti akan ada si ibu (bagi yang ada) dan bila pengantin lelaki dah melafazkan akad nikah, air mata ibu akan menitiskan dengan sendirinyaa tanpa dipinta. Begitu juga dengan si ayah, namun si ayah ni kadang2 pandai menyembunyikan air muka mereka. Betul.. Hihi.

Disebabkan ini juga kaum ibu akan lebih memandang serius bila anak2 perempuan ambik keputusan nak dirikan rumah tangga. Sampai ada tu parents nakkan bakal menantu yang kaya raya supaya hidup anak mereka senang lenang. Tak kurang juga yang mahukan bakal menantu ada pendidikan yang tinggi serta kerja yang bagus. Well, bagi aku cukuplah seseorang itu ada pendidikan agama yang cukup dan mampu menanggung keluarga yang dibina kelak. Oh, rasanya macam dah over pulak bercerita pasal kahwin ni. Dah2, nanti aku sambung lagi. Sapa yang nak baca lagi, tunggu next next entry laa. Haha

Babai.. :)


...duadua google..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA