Isnin, 9 April 2012

Peristiwa itu. [7 April 2012]

Ajal, maut, jodoh, pertemuan semuanya telah ditentukan oleh Allah. Kematian tidak akan lewat sesaat atau cepat sesaat andai sudah tiba masanya. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana masih izinkan saya dan keluarga saya untuk menghirup udara segar di muka bumi ini. Sesungguhnya, perkataan syukur tidak henti2 terbit daripada mulut ini tatkala kejadian itu tidak meragut nyawa kami. Walaupun ianya bukanlah kejadian ngeri yang berlaku, tapi tatkala mengingatkan apa yang berlaku, rasa trauma masih tidak hilang lagi. Peristiwa yang berlaku betul2 depan mata memang sukar untuk dilupakan. Sungguh, rasa macam taknak pergi dah ke kawasan itu. Trauma, fobia dan sebagainya. Mungkin orang akan kata, 'kau ni mengadalah', 'ala, itu pun nak kecoh la', tapi diorang tak alaminya. Diorang hanya mampu bercakap okey. Bercakap tak akan pernah sama dengan orang yang mengalaminya. 

Bercakap mengenai ini juga, saya sebenarnya dah trauma untuk drive kereta. Walaupun seringkali diasak oleh parents supaya drive kereta untuk mahirkan diri, tapi diri ini tetap enggan. Risau seringkali timbul dalam diri apabila kaki mula memijak ke kereta. Ye, saya akui yang lesen P saya dah pun berusia setahun mulai tahun ini tapi bila ditanya tentang bawak kereta, saya seringkali diam dan sukar untuk menceritakannya. Dan, sebab itu juga lah saya tak update blog pada hari itu. Tangan seolah2 menggeletar tatkala jari jemari menyentuh papan kunci lappy ini. Alhamdulillah, lama kelamaan, saya dah mulai okay dan sikit demi sikit cuba untuk melupakan apa yang berlaku. Biarlah apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat saya dan keluarga serta sesiapa saja yang mengetahui apa yang berlaku kepada saya serta keluarga baru2 ini. 

#google cari#

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan2 dan kenalan yang banyak bagi sokongan moral kepada saya. Korang memang terbaikkk la. Allah dah kurniakan rakan2 dan kenalan2 yang baik kepada saya yang mana kalian sentiasa ada di belakang saya. Sungguh, saya rasa sangat terharu. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kesemuanya. Aminn..
Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM