Thursday, April 12, 2012

Menjadi diri sendiri itu lebih baik.

Hipokrit, purapura, menjadi orang lain seringkali dikaitkan dengan cuba menyembunyikan identiti diri. Mungkin aku adalah salah sorang dari golongan ini. Kenapa mungkin? Sebab setiap kali taip entry atau buat new post, aku seringkali menggunakan ganti diri Alyaa instead of guna AKU. Entahlah, mungkin aku lebih selesa menggunakan nama aku sendiri tatkala itu. Tapi, makin lama aku rasa macam dah xsesuai nak guna nama sendiri masa nk buat entry. Sebab setiap kali idea nak taip new post semuanya terlintas perkataan AKU sebab rasanya lebih santai dan orang nak baca pun senang. Memang benda tu terjadi sendirinya bila aku menaip entry baru. Dan bila aku menaip pun feel tu lain tau. Dengan word AKU, aku boleh bercerita dengannya seronoknya macam kat second blog tu.. Well, jangan tanya apa second blog aku tuu. Haha. Saja2 nak tambah koleksi blog. Actually, Aku cuba ambik masa yang sesuai utk ubah kata ganti diri kepada AKU. Dan rasanya sekarang adalah waktu yang sesuai untuk aku mengubah segalanya seperti perubahan yg berlaku dekat blog ni. Haha. Header baru uuu.. Hihi. Test kreativiti namanya tuu. Haha.

Okey, berbalik kepada tajuk asal, (panjangnya mukadimah. ngeh3) rasanya lebih baik aku menjadi diri AKU. Biarlah orang nak kata apa pun kan, yang penting ni blog aku. Blog aku, cerita aku, aku punya pasal. Haha. Err, to be honest, dulu cukup menyampah bila ada certain blogger yang guna phrase tu, tapi it seems works on me since nak perubahan ni kan. Well, mulut orang mana kita boleh tutup. Sampai masa, mmg akan tertutup sendiri. Mungkin akan cakap, 'ceh, nak tukaq ganti diri pun nk publish entry'. Hah, mesti ada punyalah. Well, like i care. Dan lagi satu, pelbagai kemungkinan boleh berlaku bila kita ingin berubah kan. So, untuk dunia blogging ni, mungkin kita akan kehilangann followers kita. Yeah, memang sedih bila ada yang nak unfollow kita, rite? Tapi, relax lah. Followers is just a numbers to you. Lama2, adalah balik. Percayalah. Apa yg penting, teruskan berkarya atau senang cerita hasilkan entry bak kata Ben Ashaari.:)

See, bila guna AKU, entry yang dihasilkan rasanya lebih panjang dari biasa. Rasanya lah. Haha.. Oh, lupa pulak. Sebenarnya, ada buat research dulu dgn bantuan Mr G sebelum nak tukaq ni. Dan kebanyakan blog yang aku jumpa memang syok lagi baca bila ada word AKU tu. Erm.. Ianya mungkin kedengaran kasar tapi kalau dok Penang, word AKU is not that rude or rough okey. Just like other word, mcm SAYA. Well, rasanya sampai sini dulu kot. Akhir kata, jadilah diri sendiri kerana ianya begitu berbaloi. :)
p/s: maaf entry bahasa rojak. actually, trying to improve my english, cuma mula2 kenalah rojak dulu. hihi. =P


Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM