Monday, April 16, 2012

Kerja Baru : Supir a.k.a Driver ^-^

Assalamualaikummm semuaaa.. 

Oh.. Oh.. Kenapalah sejak2 akhir ni aku begitu malas nak taip entry baru eh? Erm.. Entahlah. Takpa2, cuti lama lagi kan. Haha. Okey, kali ni aku nak share dengan hampa semua tentang kerja baru aku ni. Isk, sebenaqnya kerja ni dah lama dok tunggu aku, cuma belum masa untuk dilantik secara rasmi lagi. Haha. Tapi, petang tadi selepas melalui sesi 'interview' untuk kali kedua, maka aku lulus dengan jayanya. *angkat tangan ke atas, yeay!* Haha. Hampa semua tau ka kerja baru aku apa? Ngeh3. Mulai petang tadi, lepas pegawai 'JPJ' aka babah aku kata 'oh, dah boleh bawak dah ni ', aku pun dengan rasminya telah dilantik untuk menjadi supir aka pemandu kepada adik aku. Fuhhh, semangat.. Masa tu, senyum lebaq sampai ke telinga ooo. Haha. Erm.. Kali ni punya drive second time. First time kalau tak salah aku dalam dua minggu lepas, isk.. isk.. masa tu tak payah kata la.. Lesen P aku dah cukup setahun kot baru aku pegang stereng kereta, memanglah nervous. Habis semua benda nak salah. Haha. Tapi petang tadi, alhamdulillah dengan semangat yang jitu ditambah dengan berharap dan berdoa pada Allah agar kali ni lepas, so aku BERJAYA! Haha. Syokk3. Syukur aku lepas jugak untuk drive Myvi tu. Tapi, untuk pi ambik adik aku dulu lah. Untuk lepas pi jauhjauh, tunggu bagi cekap dulu kata mak aku.. Haha. Risau la tu takut aku pi merata2. 

Kereta Myvi yang dah selamat ditampal P. Babah aku punya semangat nak tampal semata-mata nak aku drive. Haha.
Oh, ada sebab jugak kenapa aku beria-ria sangat nak bagi boleh bawak kali ni. Sebabnya aku kesian kat mak aku asyik kena ulang alik dari tempat kerja untuk pi ambik adik aku tuu. Adik aku pulak jenis yang balik sekolah tak menentu sebab kadang2 ada kelas tambahan la, ada kokurikulum la. So, kesian la kat mak aku nak tunggu dia lamalama. Mak aku dah la kerja, bukannya sukasuka ja boleh kuaq masuk. Jadi, bila melihatkan tu, aku jadi kesian pulak. Patutnya aku sebagai kakak kena tolong ringankan beban mak aku kan. Maka, aku pun bertekad nak bagi boleh bawak untuk dapat green light dari babah aku. InsyaAllah, esok aku akan mulakan kerja ni. Harapnya aku sentiasa dilindungi oleh Allah sepanjang perjalanan. Aminn.

Ermm. nampaknya tak jadilah aku nak pi cari kerja macam ni. Adehhh. Ingatkan boleh la nak pi kerja kat Farmasi kat Taman Bertam tu, tapi macam tak boleh jaa. Haha.. Takpa2, aku nak pi try tengok dulu tempat kerja tu. Kot2 ada rezeki, mana tau kan. Boleh jadi income sikit. Dah la tengah sesak ni. Duit habis banyak kat Kelantan dengan Terengganu haritu. Oh, aku lupa yang aku tak cerita lagi pasai macam mana aku boleh terlepas pi sana nuh. Haha. Nantilah, dalam entry yang seterusnyaaa.. Haha. Babai. :)

Comel dak binatang ni? Aku beli untuk kawan terbaikkk aku.. Haha


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM