Isnin, 30 April 2012

Jika itu yang terbaik.

Makin lama hati aku makin pedih. Sungguh, aku sendiri taktahu kenapa. Mungkin bila aku dapat tahu result exam dia. Kecewa? Adalah. Aku nampak perbezaan sewaktu study antara aku dan dia. Aku nampak yang dia lebih ke arah lain sewaktu study week. Tapi, kenapa dia lebih cemerlang resultnya dari aku. Entahlah, mungkin dia antara golongan genius yang dikurniakan oleh Allah. Bukan macam aku yang kena study hard sangaat. Mulamula rasa macam dah recover sikit, tapi tadi bila whatsapp dengan dia, terus aku jadi lemah dan longlai. Air mata mula mengalir perlahan-lahan. Setitik demi setitik dan seterusnya banjir muka aku dek air mata. 


Aku jadi lemah tibatiba. Lemah sangat. Aku mengadu dengan ex roomate masa sem 1 dulu. Dia pun hadapi situasi yang sama. Tapi, sekurang2nya result dia takdelah seteruk aku. Dan kami berbeza course. Entahlah, dia kata kalau aku terusan macam ni, makin lama aku boleh dianggap melawan takdir. Tidak, bukan itu yang aku inginkan. Mana mungkin aku nak melawan takdir. Cuma hati ini terlalu nipis rasanya. Mudah sangat terguris bila soal itu dibangkitkan. Ya, mungkin salah aku sebab bertanyakan resultnya. Tapi, tak sangka pulak begitu hebat keputusannya. Dan ya, sekali lagi aku kecewa. Dan kali ni memang teruk kecewanya. Teruk sehinggakan aku rasa aku ingin sekali menamatkan pengajian aku dalam bidang ini. Mungkin bidang farmasi ini bukan bidang aku. Jika itu yang terbaik buatku, mungkin aku patut undur diri. Aku dah tak sanggup. Tak sanggup nak malukan diri sendiri, malukan mak dan abah, malukan keluarga lagi. Sampai saat ni aku masih rahsiakan result aku dari mak dan abah. Aku taknak mereka kecewa dengan aku. Mereka terlalu mengharapkan aku untuk berikan yang terbaik. Tapi aku gagal. Bukan sekali aku gagal. Tapi dua kali. Dua kali... Dua kali. Cukuplah aku dah menguris hati mereka bila dua kali gagal memberikan yang terbaik.


Aku cuba.. Aku dah cuba sangat2. Mungkin bukan rezeki aku kali ni. Lagipun, aku dah penat kecewa. Penat sangat-sangat. Mungkin lepas ni, aku bukan lagi aku. Aku bukan lagi Alyaa yang boleh dibawa bergurau, gelak sana sini, bukan lagi Alyaa yang mudah nak tolong orang bila diperlukan, bukan lagi Alyaa yang boleh senyum2 bagai walaupun apa pun situasi. Ya, mungkin begitu lebih baik. Lebih baik untuk mencapai kejayaan. Entah, tapi aku sukar untuk berubah begitu kerana aku sememangnya yang mudah mesra dan cepat rasa ingin menolong orang. Jadi, sangat mustahil untuk berubah begitu. Entahlah, mungkin aku perlukan lebih banyak masa untuk diri sendiri ini.

Keputusan untuk menamatkan pengajian pun masih dalam pertimbangan lagi. Kalau dah rasa feeling better lepas ni, mungkin akan teruskan. Kalau tak, aku akan berbincang balik dengan parents aku macam mana. Oklah, dah penat la pulak taip panjang. Terimakasih blog sebab berikan ruang untuk aku lepaskan segalanya di sini. :'(




sumber gambar: Mr. Google

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

La Tahzan innallahama'ana..
Rabbi Yassir Wa La tu Assir ya ukhti.. -ichlaswan.blogspot.com

AlyaaIBH berkata...

@Anonymous

terima kasih wahai sahabat. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM