Saturday, March 31, 2012

I'm Back!

Assalamualaikum semua..

Wahhhhh... Lamanya tak jenguk blog ni. Seriuslyyyy rindu sangat2. Rasanya dah hampir sebulan kot tak update post kat sini. Hihi.. Biasalah, sebelum ni sibuk sangat dengan final exam. Alhamdulillah, 29 Mac 2012 haritu, Alyaa dah berjaya habiskan paper final exam untuk sem 2 ni. Err, comment untuk final sem ni? Semestinya lagi susah daripada sem 1. Dengan subjek2 yang kebanyakan memerlukan kefahaman dan kehafalan yang tinggi, fuhhh.. cukup menguji keimanan dan kesabaran masa tu. Senang cakap, sapa yang tak tahan, boleh bunuh diri ooo.. Haha.. Ok, soalan kebanyakannya boleh tahan la. Tapi, satu je problem kami kebanyakannnya. Bila dah dalam otak ni penuh dengan maklumat2 yang susah, so bila keluar soalan senang, kami jadi hang @ blur. Betul, benda ni tak tipu. Tanyalah kebanyakan student2 pharmacy part 2 ni. Haha

Oklah, kita tinggalkan kejap cerita pasal final exam tuh. Malas dah nak fikir. Hanya mampu berdoa dan berharap agar dapat result yg baik. Err, dengar kata result akan keluar awal. Eh? Wuawua, takutttt. Ok, abaikan je. Nanti dah dapat result baru kita fikir balik okey? Huhu. Berbalik kepada yang asal, yehaaaa.. I'm Back!!!  Alyaa dah kembali untuk meneruskan kerjanya sebagai blogger sepenuh masa lepas nih. Haha. Nak balas dendam balik lepas dah lama gilerr tak update. Dan rasa macam nak update 4, 5 entri je sehari. Haha. Entah ye ke tidak tuh. Muahaha. Erm.. Alhamdulillah, setakat ni follower masih tak turun tak naik. Yelah kan, dah lama tak blogwalking ni. Asyik jadi silent reader je kekadang tuh. Hihi. So, kepada anda yang terbaca entry ni, ayuh sma2 hulurkan link supaya senang untuk Alyaa blogwalking. Hihi.

So, lastly tahniah kepada adik2 yang dah ambik result SPM 2011 pada 21 Mac yang lalu. Maaflah baru boleh nak ucap sebabnya masa tu memang tengah ada paper untuk final. Hihi. Dan kalau rasa2 tak tau nak further mana, meh masuk Diploma Farmasi. Memang tak akan menyesal. Haha. Kalau nak tau dgn lebih lanjut, boleh selak mana2 entry yg lepas, ada Alyaa ceritakan. Kalau nak lebih-lebih lanjut, tunggu Alyaa post entry baru okeh? Senang adik2 semua nak rujuk. ^__^ Apa2pun, selamat maju jaya untuk adik2 semua. Buat pilihan yang betul supaya tak menyesal di kemudian hari. *nasihatberguna*

Rasanya sampai sini dulu. Dah macam panjang semacam dah ni. Ok, jumpa lagy di entry lainn. (^___^)

p/s: Dah lama tak jenguk blog, tengok2 dah berubah. Nantilah cerita kat entry lain sekali dgn timeline FB tuh. Haha..

Saya blogger Pulau Pinang. :)
Sekian.



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, March 12, 2012

Perjuangan Bermula Esok! ^__^

Assalamualaikum semua.

Maaf kalau entry ini pendek je. Cuma nak maklumkan yang esok Alyaa akan menghadapi PEPERIKSAAN AKHIR dalam semester ni. 

Mintak kawan2 semua doakan semoga Alyaa dapat buat yang terbaik ye. Thanks.

p/s: Mintak maaf kalau ada pernah buat salah ye. Peace!=)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, March 8, 2012

Wordless Wednesday #10


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, March 7, 2012

Hello March, Hello Final Examination. ^-^

Assalamualaikum..

Well, i think it's long enough since i post the previous entry. so, for this entry, i just want to let you know that i will sit for final examination on next week. now, i'm busy to finish all the syllabus that I've learned throughout the semester. and that's why i left this blog without post any entry. i'm so sorry if i haven't finish to visit your blog, my friends. BTW, i have 7 subject to cover for this semester. quite many right? ^__^ haha. and to my fellow friends in UiTM, i hope all of you can do the best for this semester. GOOD LUCK GUYS AND GIRLS. =p

so, that's all for today. see you for the next entry. give me time so that i can visit your blog after this.


p/s: pray for me. ^__^

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, March 2, 2012

susah bila dah tua bangka, tapi buat perangai budak-budak.

assalamualaikum semua.

okey, entry ni macam agak panas sikit. err. lagipun dah lama takbuat entry panas2 ni. taip dalam keadaan yang agak emosi. aish tak paham betullah alyaa. dah tua2 pun, still diorang nak perangai budak2. kalau perangai budak2 yang comel takpe, ni tak. tak comel langsung perangai. menyakitkan hati lagi adalah. ye, alyaa memang susah sikit nak cari pasai kalau tak da kaitan dengan diri alyaa.err.. tapi masalahnya, benda sangat berkaitan. seriusly, i menyampah okey,  bukan diri alyaa sahaja, tapi rakan2 serta fakulti alyaa. diorang bertindak seakan-akan kami je yang bersalah. diorang tak. alyaa tak tujukan benda ni kepada semua budak fakulti dia. tapi, agak2 la sikit sebelum nak post sesuatu. memanglah salah si MPP tu sebab pergi salah mention BUDAK KESIHATAN sampaikan budak fakulti diorang makan dalam. tapi, takpayah lah nak repost or nak post something yang macam nak balas dendam bagai kan.

erm.. alyaa malas nak komen banyak2. lagipun ramai yang kata takpayah nak layan orang2 tua yang buat perangai kanak2 tuh.. lama2 buleh sakit jiwa kita nih. hahaa~ thanks korang.. korang dah banyak sabarkan alyaa yang kadang2 agak melampau marahnya. aish, sebab pernah terkena sendiri kot dengan diorang. tuh yang rasa MENYAMPAH nak mampus. huhu. okeeyh, pape pun. kami di bahagian fakulti akan cuba fixkan benda2 macamnih. walaupun sampai sekarang still taknampak jalan, tapi insyaAllah. Allah ada untuk bantu kita. kepada rakan2 yang agak2 menyampah dengan post senior bodoh sekolah tak habis tu, korang bnyak2 kan bersabar je k. takpayah layan sangat. apa yang penting, fokus untuk FINAL EXAM okey? peace. ^-^

p/s: maaf memaafkan perkara yang baik dan mulia. so, sama2lah kita maafkan sesama sendiri. hihi. =p


#bothgoogle#
sekian.. ^___^

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, March 1, 2012

CAHAYA MALAIKA - puteri MAWI dan EKIN-



PETALING JAYA: Selepas dua hari menimang cahaya mata, pasangan selebriti Asmawi Ani atau Mawi dan isterinya Nora’Asikin Rahmat (Ekin) akhirnya bersedia mendedahkan wajah anak kesayangan mereka.

Bayi bernama Cahaya Malaika yang lahir pada pukul 4 pagi, Selasa lalu itu kelihatan sihat dan comel sekali.

Kata Mawi,31, nama tersebut dipilih selepas kedua-dua mereka bersetuju kerana tertarik dengan perkataan cahaya selain nama Ekin juga yang berbunyi “nur” pada permulaannya.

Ekin,33, selamat bersalin di Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Selangor, secara normal tetapi terpaksa diberi suntikan ubat pelali kerana menghadapi sedikit masalah untuk melahirkan anak.

Mawi dalam satu kenyataan yang dikirimkan oleh pihak Astro di sini, Khamis berkata, dia amat teruja dengan kelahiran bayi pertamanya itu selepas Ekin beberapa kali mengalami keguguran sebelum ini.
“Saya amat bersyukur kepada Allah dengan kelahiran ini. Jujurnya saya berasa amat teruja menanti kehadiran cahaya mata yang pertama ini. Debaran saya terbalas apabila mendakap anak buat kali yang pertama. Saya amat tenang sekali melihat wajah anak saya ini,” katanya.
Menurut Mawi, dia berjanji untuk menjaga dan mendidik anak mereka sebaik mungkin.

Dalam pada itu, Mawi berkata dia akan membahasakan dirinya “Abi” manakala Ekin pula sebagai “Ummi” untuk anak mereka itu.

Pasangan berkenaan bernikah pada 21 Disember 2008.

sumber : mStar Online

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM