Monday, February 27, 2012

Tahniah Ana Raffali dan Aznaim. ^___^

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, nampaknya makin ramai artis2 di tanah air ni sudah mendirikan rumah tangga. Kalau entry sebelum ini berkenaan Lisa dan Yusry, tapi kali ini ingin bercerita tentang Ana Raffali dan pasangannya, Aznaim yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 25 Februari yang lalu. Waah, dalam diam2 eh, Ana Raffali ni menjalinkan hubungan. Hihi. Macam sweet je. =p 

Erm, papepun tahniah jugak kepada Ana Raffali sebab telah melakukan penghijrahan yang besar dalam hidupnya sebelum bergelar isteri. Rasanya ramai yang dah sedia maklumkan Ana Raffali dah mula memakai tudung. Niat ikhlas Ana Raffali ini diterima oleh semua orang. Alhamdulillah. Comel je Ana Raffali pakai tudung. Hihi. =p

Okeylah, tak nak cerita panjang2 sebab ramai yang dah tahu cerita tentang pernikahan Ana Raffali ni kan. So, jom tengok gambar je... ^____^










sumber: Beautifulnara


SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA ANA RAFFALI DAN AZNAIM
SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT. 

Sekian. =p


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Majlis Resepsi Lisa dan Yusry..

Assalamualaikum semua.

Kali ini nak share gambar resepsi perkahwinan Lisa dan Yusry.

Dua-dua nampak manis dalam gambar. Hihi.... =p

...Enjoy.... ^-^






sumber: BeautifulNara

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tahniah Lisa Surihani dan Yusry. ^__^

Assalamualaikum semua. 

Selamat Pengantin Baru Alyaa ucapkan kepada pasangan Lisa Surihani dan Yusry. 

Semoga berbahagia ke akhir hayat. ^__^










p/s: Ramai yang frust bila Lisa Surihani pilih Yusry. Hahaha.. >.<


Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, February 24, 2012

Cukup seminggu.

Assalamualaikum semua.

Waaa... Lama nya tak update blog. Hihi. Sebab tu tajuk entry kali ni pun Cukup seminggu. Sebabnya dah cukup seminggu Alyaa tak update blog. Wehuuu, tak lama pun padahal. Tapi, rindu sangat2 kat blog ni. Bukan taknak update, cuma lack of time. Tambah2, bila dh dekat final ni. Rasa macam gggrrrr. Tension, depress semuanya ada.

Sekarang ni Alyaa ada kat rumah. So, curi2 jap update sikit. Erm, ape yang Alyaa perasan follower makin berkurang. Act, Alyaa tak kisah sebab Alyaa memang tak sempat nak blogwalking, singgah sana, singgah sini. Join segmen ka GA ka, semuanya tak de masa. Lepastu, tiap kali nk taip, idea asyik lari. Huhu~

Oklah, nanti update lagi. Nak keluar kejap.. ^__^


Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, February 18, 2012

...MInggu Yang Sibuk + Memenatkan...

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga menempuh hari2 dalam minggu ini yang agak memenatkan dengan pelbagai perkara yang berlaku. Sejujurnya minggu ini memang agak menyerabutkan kepala sikit. Dan rasanya minggu ini adalah minggu yang paling penuh. Hampir setiap hari akan ada quiz mahupun test. Perghhhh.. kalau semuaanya tak payah baca takpalah. Ni tak, semuanya kena fokus lebih. Huhu.

Ok, dah habis minggu nih. Lepas ni sibuk dengan poster dan presentation pulak. Hukhuk. Dan itu adalah satu sebab kenapa Alyaa masih tak tidur lagi waktu2 macam ni. Tengah berusaha nak siapkan draft poster. Yang satu dah siap, tinggal yang satu je lagi. Bekerja keras untuk assignment ini. Semoga masa nak print poster nanti, semuanya berjalan lancar. Amin~

So, rasanya nak share yang ni je. InsyaAllah, nanti ada kelapangan lagi, Alyaa akan update dari semasa ke semasa. ^____^


Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, February 17, 2012

Wordless Wednesday #9


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Satu hari lagiii.. Bersabarlahhh.. ^-^

Assalamualaikum semua.
Menaip dalam keadaan yang tergesa dan cepat sebab nak update jugak kan. Haha. Okey, satu hari je lagi kawan2. Act, tak sampai 24 jam pun lagi Alyaa akan menghabiskan minggu yang memenatkann ini. Perghhhh. Rasa terrible gila dalam minggu ini. Banyak sangat benda yang berlaku sampai kekadang tu seolah2 menganggu pembelajaran Alyaa. Huhu. Bahaya tu. Tapi, alhamdulillah. Dalam minggu2 yang sibuk ni pongg, Allah masih nak tunjuk perkara yang gembira. Benda2 yang selama nih Alyaa tunggukan, insyaAllah akan jadi kenyataan tak lama lagi. Sekarang hanya mampu berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar. Aminn.. So, bagaimana pulak dengan korang punya aktiviti minggu ni? Adakah seterrible Alyaa ataupun lebih awesome. ?
Okayy, got to go. Struggle for the last paper tomorrow. Chemistry 2, please be nice with me. Tq. :)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, February 15, 2012

Their dream of becoming a pharmacist remains distant

PETALING JAYA: After six years of studying, Sara had been eager to fulfil her life-long dream of becoming a pharmacist.

But that dream remains distant — she has been unemployed over the past eight months.

She is among possibly hundreds of other pharmacy graduates in the same boat.

A graduate of Indonesia’s Universitas Gadjah Mada, Sara (not her real name) said her 11 coursemates had also applied for their one-year public hospital training stint last August.

In a quandary: Many pharmacy graduates have applied for a training stint in public hospitals but have yet to get placement.

“We were told by our seniors that it would only take about a month to get a placement in a public hospital.

“I was called for an interview at the end of August and I am still waiting for news,” she told The Star.

Each time she called the Public Service Department (PSD), she was told that the delay was due to the review of the New Public Service Remuneration Scheme (SBPA).

“While waiting, I worked at a private pharmacy to gain some experience. But I resigned after just one month when told that the offer letter would be issued anytime,’’ she lamented.

John, another pharmacy graduate, said he had been trying to get a placement for his one-year training after graduating from Glasgow’s University of Strathclyde last July.

Like Sara, he applied for his training in August and thought that he would land a placement in a public hospital by November.

“Most companies would want their part-timers to commit for at least two months. If I had known that I would be unemployed for more than six months, I would have definitely found a job,” he said, adding that up to 40 graduates from his batch had also not got placements.

“When we studied to become pharmacists, people were always saying that there was a shortage in the field. But it has been crazy just waiting for a placement,’’ he added.

p/s: this is the other article that related with the previous entry. from this article, minister made that article. =)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Pharmacy grads will have jobs, minister says


KUALA LUMPUR, Feb 14 — Datuk Seri Liow Tiong Lai assured unemployed pharmacy graduates today they will have jobs soon.

The health minister blamed the delay of a salary scale for civil servants under a revised government remuneration scheme for the lack of jobs.

“Lately, the bit of delay of employing our pharmacists into our system is due to the new SBPA that has been deferred,” Liow (picture) said.

He assured the new pharmacists they will be recruited as soon as possible.

Liow said the government was working to bridge the public-private healthcare divide and will soon be able to offer more jobs to new pharmacy graduates.

“To say that we don’t have enough positions to cater is not true,” Liow said, responding to recent reports highlighting pharmacy graduates who claim they have been jobless as far back as eight months ago.

“In fact we are liberalising our policy, we would like to allow our pharmacists to work either in government or private (sectors),” he told reporters following the launch of a pharmaceutical industry fact here.

He said his ministry had even liberated attachment conditions for fresh graduates and was taking in more pharmacy graduates annually.

“We are engaging and we are employing more pharmacists from year to year,” the minister said.

Liow said that previously, pharmacy graduates were required to train a year and practise another three years at public hospitals in order to obtain their practising licence. The scheme was known as one-plus-three.

However, in October last year, the three-year attachment condition was slashed to only one year, meaning pharmacy graduates only needed to train a year and practise another year to win their practising licence.

The MCA deputy president also pointed out that pharmacists were no longer limited to train in public hospitals and clinics.

“We allow pharmacists to have compulsory training in private training, not only in government sector,” he said.

“They are allowed training in pharmaceutical companies. So this is the kind of flexibility that we have introduced,” he added.

An oversupply of potential recruits coupled with a shortage of pharmacy-related positions were initially blamed for the lack of vacancies leading to disgruntlement among the new pharmacy graduates, according to media reports.

However, graduates now believe their applications for placement were unsuccessful due to the review of the New Public Service Remuneration Scheme (SBPA), which Liow acknowledged today.

He said, “It is due to the salary scale that is under review now, but we will continue to engage them at the old salary scale because the SBPA is under review now.”



p/s: ada sebab kenapa statement ni dikeluarkan. nanti Alyaa akan post artikel lain yang berkaitan dengan ini. =P





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, February 12, 2012

Akad NIkah~


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, February 10, 2012

Novel Terlaris Minggu Ini. (Retail Karangkraf Mall)

Assalamualaikum semuaaaa... ^-^

Alyaa nak share satu maklumat atau informasi dengan korang semua tentang novel2 yang terlaris minngu ini. Waaa.. Sakan ek Gemersik Kalbu.. Sejak2 dah ada drama, ramai yang nak beli novelnya. Act, baca novel lagi feel better. ^-^




1. Gemersik Kalbu - Anis Ayuni

2. Ombak Rindu - Fauziah Ashari

3. Bicara Hati - Damya Hanna

4. Fiksyen 302 - Ramlee Awang Murshid

5. Cinta Perisa Dia - Lynn Dayana

6. 100 Pesanan Terakhir Rasulullah - Muhd Nasruddin Dasuki 

7. Kompilasi Masakan Thai - Patonah Chai Choh

8. My Love Playgirl - Siti Nur Dhuha

9. Cucur Bawang & Kopi 'O' - Hasrudi Jawawi

10. Oh, Mudahnya Buat Baju Kurung - Yasalma

Sumber:  Alaf 21

p/s: Sorry lama tak update. Busy bebenor. Hihi..

Sekian.. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, February 7, 2012

Segmen Salam Perkenalan by Miss Banu..

Assalamualaikum semua. 

Berjumpa kita lagi pada entry yang entah yang ke berapa dah. Haha~ Okey, kali ini nak join satu segmen, SATU SEGMEN ye, bukan GA lagi. [fobiajoinGA]. Huhu~ So, segmen ni dianjurkan oleh salah sorang blogger yang Alyaa kenali di alam maya ini yang pernah bagi nasihat pada entry Alyaa yang lepas. Act, tuan penganjur pun ada ajak. Jadi, rasanya tak salah kalau nak join, support rakan2 blogger. Korang pun kalau nak join boleh je.. Klik banner kat bawah ni okeyh? ^-^

Jom, kita mulakan dengan syarat2 untuk join. Well, Syarat2nya senang saja. Tak payah fikir panjang2, nak reka ayat bagai kan. Kebanyakannnya guna jari je, taip dan klik button. Senangg.~ Hahaha. Okeh, Miss Banu ni suruh kita tulis kata-kata aluan untuk pengunjung yang bakal menjengah masuk ke blog ini. Oh, okey. Meh baca meh.. =p

Kepada bakal pengunjung/bakal bloggers yang akan masuk ke blog ini:
Selamat Datang Alyaa ucapkan. Biasa2kan diri bila masuk blog ni. [buatmacamrumahsendiri]. Actually, blog ni takdelah best sangat, tapi adalah beberapa keunikan yang boleh didapati disini. [baekk,ituperasan]. So, rajin-rajinkanlah tekan butang comment dan follow yang ada tu je. Tak paksa. Ikhlas okeh. Lagipun buat kerja ikhlas ni, dapat pahala. Tak gitu? Hihi. Ok, yang itu je yang Alyaa nak tulis..

Ok, siap sudah ucapan yang tah pape tuh. Haha~. Kepada sesiapa yang nak join, cepat ye. Sebabnya tarikh tutup segmen ni ialah pada 10 Februari 2012. 

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

...Musim Peperiksaan...

Assalamualaikum semua. 

Okey, nampaknya harini dah pun masuk hari ke 6 dalam bulan February. So maknanya, tak lama saja lagi kebanyakan student di University akan menghadapi musim peperiksaan. Jadi, ayuh kita baca serba sedikit tentang sesuatu yang menarik berkenaan Exam....~


WHEN WE ARE IN EXAMINATION HALL AS A UNIVERSITY STUDENT...

1) WE ARE NOT ALLOWED TO COPY OR CHEAT FROM OTHERS

2) WE ARE NOT ALLOWED TO OPEN A BOOK WHEN WE FORGET

3) WE ARE NOT ALLOWED TO HELP ANYONE ELSE TO PASS THE EXAM!

"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya."
(An-Najm, 53: 39)

Allah doesn't require you to BE THE BEST AMONGST THE BEST,

He just wants u to DO YOUR BEST & He will take care of THE REST.

Be strong & keep on praying.

ALL THE BEST & YOU'RE THE BEST!
------------------------------------------------------------------------------
DARI ABDULLAH BIN 'AMR R.A, RASULULLAH SAW BERSABDA,
"SAMPAIKANLAH PESANKU, BIARPUN HANYA SATU AYAT."

p/s: untuk entry penuh, boleh lah baca di sini:


Sekian...

 Nota Kaki: 

Good luck kepada sesiapa yang akan mengambil peperiksaan tidak lama lagi. Buat yang terbaik okey ? ^-^

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, February 6, 2012

...Great Word...


p/s: Pray for my success in this quizzes and test.. And also for my final exam~~

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Cukuplah Sekadar Aku Mencintai Dalam Diam~

Assalamualaikum semua.
 
Harini nak kongsi beberapa quotes yang Alyaa dapat dari Allah Seeker daripada salah satu entry yang ditulis iaitu Cukuplah Sekadar Aku Mencintaimu Dalam Diam~

Entry penuh boleh dibaca di 



Don’t worry if you’re single.
God’s looking at you right now, saying,
“I’m saving this girl for someone special"
Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 
(HR. Al-Hakim)


Nota Kaki:

DARI ABDULLAH BIN 'AMR R.A, RASULULLAH SAW BERSABDA,
"SAMPAIKANLAH PESANKU, BIARPUN HANYA SATU AYAT.

Sekian.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Doa Yang Mustajab : Waktu dan Amalannya

Assalamualaikum semua. Selamat malam.

Harini Alyaa nak kongsikan sesuatu yang Alyaa dapat dari IluvIslam.com. Hayati dan amalkanlah ye. ^-^
------------------------------------------------------------------------------
Doa Yang Mustajab : Waktu dan Amalannya.

#googleimages#

Solat hajat merupakan amalan yang sinonim dengan masyarakat kita. Selalunya jikalau ada sesetengah perkara contohnya peperiksaan anak, solat hajat selalunya didirikan dengan bacaan-bacaan tertentu untuk memohon pertolongan Allah S.W.T di dalam sesuatu perkara ataupun selain daripada itu.
Namun pernahkah kita menyemak semula, adakah solat hajat itu dari amalan Rasulullah S.A.W? Apakah baginda S.A.W dan para sahabat pernah mendirikan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah S.W.T? Adakah para sahabat pernah mengamalkannya dikala kesusahan?
Jikalau baginda S.A.W tidak pernah mengamalkannya, maka apakah amalan yang baginda S.A.W dirikan bagi memohon pertolongan Allah S.W.T semasa baginda mempunyai hajat ataupun ketika ditimpa kesusahan? Apakah waktu-waktu yang baik untuk kita berdoa, agar amalan kita selari dengan kaedah dan amalan yang telah dilakukan Nabi Muhammad S.A.W?Apakah ada alternatif lain bagi kita untuk berdoa memohon hajat, selain daripada mendirikan solat hajat?
Sesungguhnya amalan solat hajat itu berasal dari hadis yang tidak berapa kuat sanadnya, atau dengan kata lain, hadis yang dhaif. Adapun bagi mereka yang mengatakan amalan solat hajat itu ada dalam amalan sunnah, dalam masa yang sama mereka mengatakan bahawa:
1) Tidak boleh didirikan secara berjemaah kerana bukan itu yang dilakukan di dalam hadis.
2) Tiada bacaan yang khusus di dalam solat hajat, iaitu rakaat pertama sekian bacaannya, rakaat kedua sekian bacaannya.
Berikut amalan, cara-cara dan waktu-waktu yang mana insya-Allah, merupakan jalan yang baik untuk kita memohon pertolongan Allah S.W.T. Segala apa yang ada di sini adalah hasil dari pembacaan dan juga pengajian penulis di dalam bidang hadis, dan diambil dari hadis-hadis yang sahih.
Waktu-waktu mustajabnya doa.
01.Satu pertiga malam
Iaitu di antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:
Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.
02.Sewaktu hujan turun
Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.
03.Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat
Sepertimana yang telah kita sedia amalkan di mana antara dua khutbah, imam akan membacakan doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita berdoa secara individu, sebagaimana yang penulis lihat telah mula diamalkan di sesetengah masjid di kawasan Selangor. Ini kerana setiap jemaah yang datang mempunyai hajat, keperluan dan doa yang berlainan di antara satu sama lain.
04.Sewaktu membacakan syahadah akhir setiap kali waktu solat
Oleh itu nabi Muhammad S.A.W telah mengajarkan kita doa yang khusus untuk dibacakan di sini, yang akan penulis garapkan di bawah.
05.Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.
06.Setiap sujud di dalam setiap waktu solat
Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama' fekah termasuk As-Syafi'e rahimahullah.
07.Waktu dhuha
Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:
1) Menurut Nabi Muhammad S.A.W, bangunnya anak unta dari tidurnya atau
2) kata orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.
Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. Insya-Allah...

Amalan-amalan yang memustajabkan doa.
01.Memperbanyakkan amalan-amalan yang sunat setelah kita sudah mencukupkan amalan-amalan yang wajib.
Adapun amalan-amalan sunat yang sunnah, sila rujuk kepada artikel penulis "Mengejar Cinta Pemilik 'Arasy".
02.Memanjangkan sujud di dalam solat, dan berdoa di dalamnya sebagaimana yang penulis jelaskan di atas.
03.'Menebus' kembali amal baik yang telah kita lakukan.
Seperti yang kita dapati di dalam surah Ali-Imran, yang merupakan bacaan yang baik untuk solat Tahajjud, iaitu,
"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada Iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji." [Ali-Imran 3:192-194]
Kita lihat di sini sebagai dalil, bahawa boleh bagi kita setelah beramal baik, untuk kita menebus kembali (claim) daripada Allah S.W.T agar memustajabkan doa kita. Hal ini juga telah penulis bawakan di dalam kisah tiga orang sahabat yang terperangkap di dalam gua.
04.Menghulurkan pertolongan.
Menolong orang lain, terutamanya mereka yang dekat dengan kita seperti kaum keluarga dan sahabat handai. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Andai kamu menolong saudara kamu, Allah akan permudahkan bagi kamu urusan kamu".
05.Sabar.
Sabar dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. Doa orang yang bersabar sangat didengari Allah S.W.T.

Doa-doa yang mustajab.
01.Ingin penulis kongsikan di sini beberapa doa yang sangat mustajab untuk dibacakan ketika memohon pertolongan Allah S.W.T. Salah satu daripadanya:
"Allahumma inni as aluka anniy asyhaduka annaka antaAllah, laa ilaa ha illa anta, al-waahidus somadul lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad", yang bererti:
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dengan bahawasanya aku menyaksikan bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Engkau, Engkau Maha Esa, tempat meminta, Engkau tidak beranak dan Engkau tidak dilahirkan, dan tiada bagi-Mu tandingan dari sesuatu apapun."
Doa ini merupakan doa seorang sahabat yang didengari Rasulullah S.A.W, lalu baginda S.A.W bersabda, "Engkau telah berdoa kepada Allah S.W.T dengan tauhid-Nya, yang mana jika engkau berdoa dengannya nescaya pasti akan Dia kabulkan." Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad.
02.Doa Nabi Musa A.S sebagaimana yang direkodkan di dalam al-Quran, "Rabbi syrah li sodri, wa yassirli amri, wahlul 'uq datan min lisaniy, yafqahu qauliy", bermakna:
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."
03.Membaca nama-nama Allah S.W.T, yang berkaitan dengan doa kita.
Sebagai contoh, ar-Raazik (Maha Pemberi Rezeki) jika memohon rezeki, al-Ghafuur(Maha Pengampun) jika memohon taubat, ar-Rahiim (Yang Maha Pengasih) jika memohon belas kasihan, al-Jabbar (Yang Maha Kuat) jika memohon pembelaan dan juga lain-lain.
Bahkan afdhal juga jika dibacakan kesemua 99 nama Allah, dan berdoa setelah membacanya. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Nama-nama Allah seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghayati dan mengamalkan) akan masuk Syurga". Maka dengan itu nama-nama Allah sangat mustajab jika didahulukan sebelum berdoa.
04.Doa tahiyat akhir, iaitu "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal", maksudnya:
"Ya Allah ya tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal"
Sungguh jika kita lihat secara teliti, dan kita pelajari dengan minda dan hati yang terbuka, kita akan dapati terlalu banyak doa dan amalan yang membawa kepada mustajabnya doa kita. Andai kita cuba beramal dengan semuanya, nescaya kita tidak akan mampu untuk beristiqamahdengannya. Kerana itu kita katakan bahawa ibadah baginda S.A.W adalah ibadah yang paling sempurna.
Penulis mengharapkan agar kita semua dapat berbalik kepada keindahan sunnah nabi S.A.W, dan kembali mengikuti cara dan saranan baginda S.A.W di dalam beribadah, agar doa kita tergolong di dalam doa-doa yang mustajab.
Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu dari doa yang tidak mustajab dan dari ilmu yang tidak berguna.
Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu dari najis bid'ah dan syirik.
Ya Allah peliharalah kemurniaan aqidah kami kepada-Mu.
Selawat dan salam ke atas rasul junjungan Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda dan sahabat handai baginda yang beroleh kebaikan di sisi-Mu.
Ya Allah... Bimbinglah kami selama mana kami hidup bernafas, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang mendapat kebaikan di sisi-Mu.
Ya Allah... Sudahkah aku sampaikan pesanan-Mu...?
-----------------------------------------------------------------------------
Sekian...

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM