Saturday, January 21, 2012

Takziah Buat Izwan Pilus Sekeluarga. Al Fatihah.

Assalamualaikum semua. 

Sayu rasanya masa menaip entry ni. Yelah, mula2 Alyaa seakan2 tak percaya akan berita ni yang mana Alyaa dah pun baca masa tengahri tadi waktu blogwalking ke blog junior Qber ni. Then, masa balik, abah pun sampaikan benda yang sama. That time baru realize yang benda ni bukan main2. Tapi, memang betul. Berita yang Alyaa maksudkan ialah tentang pemergian Izwan Pilus, seorang artis yang rasanya dikenal oleh ramai orang, pulang ke rahmatullah. Allahyarham Izwan Pilus telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira2 jam 6.45 pm kelmarin. Adiknya, Aril telah memaklumkan perkara ini di twitternya.


Makluman yang Alyaa dapat daripada mak Alyaa tadi, Allahyarham dipercayai dijangkiti kuman dalam darah. Dan telah mengalami demam panas serta dimasukkan ke wad selama sehari sebelum dijemput Illahi. Takziah Alyaa ucapkan kepada keluarga arwah dan semoga kuat menghadapi ujian ini. 



Kepada rakan2 yang terbaca entry ini, mari sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Izwan Pilus. 

p/s: setiap yang hidup, pasti akan mati jua. 

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA