Monday, January 30, 2012

Tahniah Hafiz dan Awan Nano.. ^-^

Assalamualaikum semua. 

Alhamdulillah, akhirnya sesi LDK yang diadakan dari pagi sampailah ke petang berjaya Alyaa tempuhi dengan jayanya walaupun dalam sesi kali ini Alyaa berasa sedikit kebosanan dek kerana tiada yang menarik dalam group kali ini malah menyakitkan hati lagi adelah. Aish... Ditambah dengan keberuntungan kerana mendapat fasilitator yang merupakan ketua coordinator LDK, PPKP ni, Puan Lia.

Okey, berbalik kepada tajuk asal. Rasanya ramai yang dah tahu tentang kemenangan Hafiz AF7 dalam AJL 26 malam tadi, kan? So, tak payah Alyaa olah terlampau-lampau sebab Alyaa pun bukan tengok. Act, bukan taknak tengok, tapi takde TV nak tengok + penat sangat. So, just dapat info ni daripada member-member yang kecoh di FB. berguna tak FB? hihi.


#google images#
Jadi, untuk memendekkan entry yang rasanya akan jadi panjang tak lama lagi, TAHNIAH diucapkan kepada   HAFIZ AF7 di atas kejayaannya dalam Anugerah Juara Lagu ke 26 ini. Kalau nak diikutkan, memang selayaknya lagu ini diangkat sebagai juara kerana ianya mempunyai maksud-maksud yang tersirat di sebalik lirik-lirik itu. Walaupun, Alyaa minat dengan lagu 3 Suara tu, tapi nak buat macam mana. Dah takde rezeki nak menangkan. Huhu. Apa-apa pun, tetap tahniah kerana dapat jadi Naik Juara.

Hafiz AF7-Awan Nano
TAHNIAH juga buat HAFIZ AF7 kerana turut merangkul Anugerah Vokal Terbaik. Perghhhh.. Memang terbaikkklah Hafiz AF7 ni. Rezeki melimpah ruah betul la Hafiz malam tadi. Hihi. Dan untuk yang sekelian kalinya, Tahniah, Tahniah, dan Tahniah Hafiz AF7.... ^-^

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA