Sabtu, 21 Januari 2012

..Syiling 20sen versi 2012...

Assalamualaikum semua.

Okey, untuk malam ni saja Alyaa dah tak tahu berapa kali update. Erm,, Entahlah. Tiba2 mood nak update tu datang menyeru2. Haha.. Ok, kali ni nak share tentang duit syiling 20sen versi baru. Versi 2012. Rasanya ramai yang dah sedia maklum yang Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit baru pada tahun ini kan. Oh, tiba2 rasa terexcited. Haha. Bukan sahaja duit syiling, malah duit kertas pun begitu juga.

Dan alhamdulillah, mungkin rezeki Alyaa harini dapat tengok duit syiling 20sen yang baru tu. Warna macam keemasan sikit dan lebih kecil dari yang sebelum ini.. Actually, Alyaa dapat syiling ni masa dapat baki duit lepas order McD tadi. Lepas mak ngan abah datang ambik kat UiTM, terus gerak ke McD. Both my parents lapar katanya. So, sebagai anak yang baik, Alyaa ikut je. Haha..

maaf kalau gambar blur sikit. 

Korang agak2 kan, apa reaksi Alyaa masa dapat syiling tu? Haha.. Kalau nak tahu, masa dapat baki tu, Alyaa macam pening2 sikit. Eh, betul ke cashier ni bagi duit Malaysia. Macam duit Singapore pun ada. Alyaa yang sebelum ni jarang cek baki dan duit yang dapat dr mana2 cashier, terus tengok duit syiling tu. Manalah tahu, kot2 salah bagi. Haha. Macam sengal je kan. maaf, bila sibuk krg tgok berita. hihi. So, bila dah belek2 syiling tu baru perasan ada tulis Bank Negara Malaysia dan tahun 2012. Waaaa. Lepas tu terus rasa excited. Haha. Erm.. Masa tengah belek2 tu kan, muka Alyaa berkerut2 sekali sampaikan cashier tu kata, "Dik, duit Malaysia tu dik. Duit baru. Haha.."

Warna yang agak keemasan~

Oklah, sampai sini je nak cerita. Sorry kalau rasa boring masa baca cerita yang agak sengal pada malam hari ini. Hihi. Selamat malam semua. ^-^

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM