Isnin, 16 Januari 2012

Rx Family Day 14 Januari 2012 [Part 1]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak update blog ni setelah beberapa hari ditinggalkan. Hehe. Al-maklumlah, sekarang ni sibuk sikit. Banyak sangat benda yang nak kena disettlekan lepas balik dari 'berfoya-foya' tu. Haha. Fuh, sebenarnya, penat pergi Family Day masih terasa lagi sampai sekarang. Walaupun tak main sangat, tapi Alyaa ni secara tak rasminya dah jadi photographer sambilan. Hihi. So, kena jalan sana-sini. Agak penat la sebab kena naik turun dari darat ke laut untuk rakam aktiviti. Nasib baik guna kamera Canon yang besar tu. Best sikit naik buat shot. ^-^

Ok, taknak melalut lebih2 lagi. Sekarang back to the point. Korang mesti nak tahu apa yang kami buat kat PKSA Tanjung Bungah sana tu. Hihi. Jom teruskan baca.. =) Okey,  Kami naik bas ke sana dan lebih kurang 1jam lebih dah sampai sana. Sampai2 je matahari dah tegak atas kepala. *well, lari dari tentatif la katakan* . Haha. Sepatutnya, aktiviti pertama adalah dragon boat. Tapi disebabkan laut takberapa nak tenang dan ombak agak kuat, so kami mulakan dengan aktiviti lain dulu. Aktiviti yang dimaksudkan ialah pertandingan bola tampar, sukaneka dan tarik tali. Semua acara ini dipertandingkan mengikut kumpulan yang telah disenaraikan kecuali bagi aktiviti tarik tali yang mana dipertandingkan mengikut batch. Dan alhamdulillah, akhirnya semua berjalan dengan lancar dan cuaca pun memberikan kerjasama yang baik kepada kami pada hari itu. Ermm.. Dah laaa.. Rasanya taknak cerita panjang2 sebab nak korang bosan jugak kan? So, jom kita tengok gambar. Gambar ni nanti ada sambungannya... Hihi.


Pagi yang cerahhhh. Sebelum bertolakk ke Penang.
Bola tampar. ^^
Bro Muz dengan gayanyaaa.. Haha.~~

Tarik taliiii.. Tarikkkkkkkkkk....

Dragon boat~~~

Seronoknyaaa sukaneka! ^^
Oklah, rasanya smpai sini dulu. Lagipun, Alyaa tak berapa sihat ni. InsyaAllah, Entry Family Day ni akan bersambung lagii.

Sekian...



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM