Saturday, December 31, 2011

Ambang 2012. Selamat tinggal 2011. Selamat Tahun Baru. ^-^

Hai semua.

Apa khabar? Harapnya semua baik2 saja, okey? Harini dah pun masuk 31 Disember 2011. Maknanya tinggal beberapa jam saje lagi kita akan menginjak ke tahun 2012.

So, apa perasaan korang apabila kita akan memasuki tahun baru lgi nanti? Harapnya korang happy saje okey. Dan harapnya azam utk tahun ni dah pun tercapai. Kalau masih tak tercapai, teruskan azam itu sehingga anda mampu mencapainya. Jangan pernah putus asa. ^-^

Sahabat sekalian,

Memasuki tahun baru bermakna kita akan buka lembaran baru dalam hidup kita. Dari seorang remaja, kita akan jadi dewasa, dari dewasa kita jadi tua dan sewaktu dengannya. Dan sewajarnya kita tutup tahun 2011 ini dengan kenangan2 manis. Selain itu, Tutup lembaran2 pahit yang pernah berlaku sepanjang tahun 2011.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan menjadikan kita lebih matang, lebih berdisiplin dan menjadi seorang hamba yang taat pada perintahNya.

Apa2 pun, Selamat Tahun Baru 2012 Alyaa ucapkan kepada semua.

Sekian.. ^-^

Published with Blogger-droid v2.0.2

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tahniah Osbon!

Hai semua..

Nampaknya rezeki malam ni menyebelahi Osbon. Osbon merupakan juara Maharaja Lawak Mega. Tahniah diucapkan. Diorang memang superb lah! ^-^

Semoga Osbon akan terus berjaya lagi pada masa depan.

Tahniah jugak diucapkan pada Boboi dan juga Saehu kerana masing2 berjaya mendapat tempat ke 2 dan ke 3.

Rasanya penghujung 2011 memberikan hasil yang lumayan kepada mereka semua. Tahniah sekali lagi!

^-^

Published with Blogger-droid v2.0.2

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, December 30, 2011

Final Maharaja Lawak Mega. ~~

Hai semua.

Agak-agaknya siapa juara Maharaja Lawak Mega? 





Adakah


atau


Sama-sama kita nantikan. ^-^



Ok, bye. Assignment menanti untuk disiapkan. Nanti Alyaa update lagi lepas assignment siap! ^-^

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ombak Rindu DONE!

Hai semua.

Akhirnya, ada jugak rezeki nak tengok filem Ombak Rindu. Yelah, dulu masa hangat diperkatakan, Alyaa sibuk dgn kuliah, tutorial dan quiz bagai. So, taksempat gi panggung.

Btw, tadi tengok filem ni dengan mak. Ingatkan nak tengok Sabtu ni, alih2 mak ajak tengok semalam. Abang pasang kat tv. Alyaa ape lagi, join sekaki la. Haha.

Erm, filem ni not bad la. Apa2pun, baca novel lagi feeling kot. Haha. Masa tengok filem ni tak leh feeling sgt, takut satgi mak perasan. Kihkih.

Oklah, nanti nak sambung tengok filem lain pulak. Rasa macam banyak je lagi filem yg tak tengok lagi. Hihi.

P/s: Tentang Dhia dah habis. Any comment? ^-^

Published with Blogger-droid v2.0.2

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, December 28, 2011

Marathon Novel Baru... ^-^

Hai semua..


Cuti midsem tinggal lebih kurang 5 hari sahaja lagi. Jadi, apa kata kita gunakan masa cuti ini dengan membaca novel. Hehe. Boleh tambahkan pengetahuan walapun benda2 ni nanti tak masuk exam. :)


Lagipun, kawan Alyaa ada kata, kalau cuti tu cuti betul2. Nanti dah masuk belajar, susah nak cuti balik. Asyik sibuk je study. Haha. Oklah, out dulu. Nak smbung baca novel.


Selamat malam semua. ^-^


Published with Blogger-droid v2.0.2

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, December 27, 2011

Walaupun Follower Ramai, Tapi Takde Yang Comment Susah Jugak!

Assalamualaikum semua..

Selamatttt pagiiii ye.... Kenapa tak tidur lagiii semua? Hehe. Samalah kita. Alyaa sebenarnya baru je bangun tidur pukul 12 tengah malam tadi. Sebabnya letih keluar dengan siblings tadi. Hikhik.

Entry yang nak buat ni pendek je. Kalau buat panjang-panjang bukannya ada orang nak baca dan comment pun.  Buat letihh je. Haha.. Sengal gila ayat!

Okey, korang pernah tak hadapi situasi macam ni? Follower ramai, tapi takde pun yang nak comment entry kita kan.. Yeah, kalau sesiapa yang pernah hadapi situasi macam ni, maknanya kita sedang menghadapi situasi yang sama.

Erm.. Alyaa akui yang follower Alyaa memang makin meningkat walaupun sedikit demi sedikit. Tapi, Alyaa agak sedih sebabnya dalam entry Alyaa sekarang jarang dah orang comment. Mungkin salah Alyaa jugak sebab keluarkan entry tentang personal life je kan. Tapi, entry yang macam tu je yang Alyaa mampukan setakat ini sebabnya Alyaa tak guna lappy lagi sekarang ini, so boleh update pakai phone je. Kalau pakai phone pun, tak selesa nak taip panjang- panjang. Faham2 sendiri la kan.

#google#

So, selepas difikir2kan balik, Alyaa dah tak kisah dah. Biarlah orang nak comment ataupun tak dekat entry yang Alyaa keluarkan. Asalkan, Alyaa update blog kesayangan ni dan tak biarkan bersawang je. Itu yang lebih penting. Bak kata kawan Alyaa, kadangkala blog ini akan menjadi personal blog kita. Yup! Benda tu tak dapat disangkal lagi walaupun blog kita akan penuh berinformasi, tapi akan ada juga terselit tentang personal life kita.

Jadi, rasanya sampai sini dulu. Kalau cerita panjang-panjang ada jugak yang nak makan penampaq tu. Haha. Semoga jumpa lagi di lain entry.

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sahabat dan Bakat Menulisnyaa~~ ^-^

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar? Harapnya semua sihat-sihat sahaja ye. Btw, selamat malam kepada semua walaupun jam dah menunjukkan pukul 12.30 malam. Haha..

So, hari ini rasanya nak cerita tentang kawan Alyaa yang baru sahaja membuat aktiviti baru akibat bosan yang terlampau kerana cuti yang terlalu lama. Haha.. Dia ini budak UIA dan sedang belajar Asasi Kesihatan Bersekutu. Sekarang, dia masih bercuti selama 3 bulan. Lama oooo dia bercuti. Sebab tu dia telah mencetuskan satu idea yang baru + kreatif dan menarik iaitu dia mula menunjukkan bakat MENULIS dia. Haha.

Seriusly, cerita yang dia buat agak menarik. Mengisahkan tentang kawan-kawan kami sepanjang kami belajar di MRSM Kuala Berang dulu. Bila baca cerita tu, rasa rindu sangat dekat kawan-kawan lama. Yelah, rasanya dah hampir setahun kami berpisah dan Alyaa sekali pun tak pernah bertemu diorang balik kecuali Hafizah. Sebabnya Hafizah belajar sekali dengan Alyaa dekat UiTM Pulau Pinang.



Korang mesti teringin nak baca kan cerita yang dia buat? Hehe. Jom, kita ke blog dia. Kalau korang baca, mungkin tak rasa sangat best dan menariknya sebab watak utamanya korang tak kenal sangat. Tapi, untuk sesetengah orang, mungkin akan faham walaupun tak mengenali sangat watak utamanya. Haha..


Kat atas tulah blog kawan Alyaa ni. Namanya Najahtul Husna bt Ramli. Seorang yang kelakar dan senang buat orang ketawa walaupun masa tu kita tengah marah sangat. Hehe. Erm, oklah rasanya sampai sini dulu Alyaa nak cerita. Jumpa lagi di entry yang lain.

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, December 24, 2011

...Staphylococcal food poisoning...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Jom, kita semua siapkan assignment. Hehe. Tajuk yang kat atas tu sebenarnya tajuk assignment kawan Alyaa. Alyaa tolong dia cari sedikit maklumat tentang penyebab penyakit ni. Sebabnya dia kata dia pening nak tengok penyebab penyakit ni. Haha~~ Biaselah tu. Masa Alyaa buat assignment yang bahagian Alyaa pun pening gak. Berjam-jam kot siapkan assignment tu. Hehe..

Meh kita tengok apa yang Alyaa dapat hasil carian tadi..

Staphylococcal food poisoning is a gastrointestinal illness. It is caused by eating foods contaminated with toxins produced by Staphylococcus aureus . The most common way for food to be contaminated with Staphylococcus is through contact with food workers who carry the bacteria or through contaminated milk and cheeses. Staphylococcus is salt tolerant and can grow in salty foods like ham. As the germ multiplies in food, it produces toxins that can cause illness. Staphylococcal toxins are resistant to heat and cannot be destroyed by cooking. Foods at highest risk of contamination with Staphylococcus aureus and subsequent toxin production are those that are made by hand and require no cooking. Some examples of foods that have caused staphylococcal food poisoning are sliced meat, puddings, some pastries and sandwiches.
So, paham ke tidak? Erm, sebenarnya penyakit ini disebabkan oleh satu jenis bakteria iaitu Staphylococcus aureus. Seseorang mungkin menghadapi keracunan ini apabila mereka memakan makanan yang telah tercemar oleh bakteria S. aureus ini. Dan seperti yang dibagitahu di atas, bakteria ini tidak boleh dibunuh dengan memasak dan biasanya bakteria ini akan tercemar ke dalam makanan seperti pudding, sandwich dan kepingan daging. Oleh itu, nasihat Alyaa, berhati2lah memilih makanan, okey? ^-^

#google#
Erm.. tiba2 rasa macam dah jadi macam pakar je dalam bidang penyakit-penyakit ini. Haha. Takdelah, sebenarnya ini sekadar perkongsian dengan kawan-kawan semua. Lagipun, tak salah kita berkongsi ilmu kan. Dan Alyaa rasa ilmu ni sangat berguna untuk kita semua kan? Sebagai panduan untuk kita.

Btw, tajuk assignment Alyaa sebenarnya ialah West Nile Fever. Penyakit yang disebabkan oleh virus West Nile virus. Act sebenarnya Alyaa tak confirm betul ke tak tajuk assignment yang Alyaa dapat ini. Lupa nak cek balik. Tapi, kalau tak salah last checking haritu, dah betul. Hehe~~

Oklah, rasanya sampai sini dulu. Jumpa lagi nanti...

Sumber petikan: http://www.cdc.gov/ncidod/dbmd/diseaseinfo/staphylococcus_food_g.htm

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Terima kasih kerana masih menyokong~~

Assalamualaikum semua.

Wah, lamanya rasa tak update blog pakai laptop. Lega rasanya bila tangan ni dapat menyentuh keyboard laptop setelah hampir sebulan lebih terpaksa update pakai phone je~~. Tapi, kira okeylah daripada tak update langsung kan. Hehe..

So, entry kali ini hanyalah ingin mengucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada semua yang masih menyokong blog Alyaa sampai sekarang ini. Dan alhamdulillah, follower Alyaa dah pun mencapai 500 orang. Rasanya jumlah itu dah cukup besar buat Alyaa. Terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh anda semua.

Dan ada juga yang tinggalkan jejak di shoutbox yang meminta Alyaa untuk terus berada dalam bidang blogging ini selagi mampu. InsyaAllah, Alyaa akan terus di sini selagi hayat Alyaa. Cuma Alyaa nak mintak maaf andai kata sebulan dua ni blog Alyaa dah jadi macam blog personal. Yelah, idea asyik takde dari hari ke hari sebab terlalu sibuk dengan tugasan yang ada.



Dan harapnya jika ada kekurangan dari blog ini, Alyaa mintak maaf banyak2 okey? ^-^. So, rasanya sampai sini dulu Alyaa update. InsyaAllah, kalau ada kesempatan, Alyaa akan update lagi. Dalam  masa seminggu ini, mungkin banyak entry yang akan dikeluarkan since Alyaa sekarang tengah cuti midsem. Hehe~

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Cuti oh cuti, assignment oh assignment..

Cuti midsem dah pun bermula sampailah 2 Januari 2012. Seminggu cuti ni kena rehat yang cukup setelah seminggu lalu kami di'seksa' teruk dgn quiz dan test yang datang bertubi-tubi sampai tak cukup nafas kami dibuatnya. Huhu. Disebabkan tu jugak, Alyaa tak sempat nak update blog. Hanya mampu on9 FB dan Twitter ja. Tapi, ini semua cabaran dan dugaan yg kami kena tempuh sbg seorang pelajar. Cuti nilah masa yg nak rehat pun. Hehe.. Walaupun boleh rehat, tapi assignment masih menanti untuk disiapkan. So, cuti pun macam tak cuti ja. Huhu.


So, marilah bersama2 kita rehat sambil menyiapkan assignment. ^-^


Published with Blogger-droid v2.0.1

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, December 13, 2011

1st time dispense own drug~~~

Assalamualaikum semua.

Just a short entry to share something that happened today. Today, 12.12.2011 is our first lab for liquid dosage forms. The new subject in Sem 2. This subject quite interesting as we learn how to dispense drugs to patient according prescription given.

Picture above shows the product that we need to show to our lecturer so that we will given marks for that. For the next lab, we need to dispense 3 product within 3 hours. I hope I am able to do that.. Pray for me, k. ;)

That's all for today. Tomorrow I have quiz for Anatomy subject. Quite scary as I haven't finish my study. Huhu.

Do pray for me k? ^-^

Published with Blogger-droid v2.0.1

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, December 9, 2011

Dekan, Prof. Aisyah ke Bertam.

Pharmacist-to-be

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, selesai sudah program bersama Dekan Fakulti pada hari ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof kerana sudi meluangkan masa bersama2 kami. Banyak info, maklumat dan teknik yang kami perolehi hasil pertemuan tadi.

Seronok dapat berbual2 dengan Prof lepas program tadi. Harap Prof dapat datang lagi ke sini untuk terus memberi tunjuk ajar dan semangat kepada kami semua.

InsyaAllah, segala yang disampaikan tadi akan kami ingati dan pegang sampai kami tamat belajar. Ilmu yang diberikan juga akan dipraktikkan sebaik mungkin mulai sekarang.

Masa perjumpaan tadi pun ada nasihat2 yg diberikan kepada kami untuk menempuh hari yg mendatang.

Apa2pun, tak rugi pergi tadi. Banyak benda yg dapat. ^-^

Oklah, rasanya nak share yang tu je. Jumpa lagi.. :)

Sekian..

Published with Blogger-droid v2.0.1

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, December 8, 2011

TARIKH LAHIR ANDA .

Assalamualaikum semua.


Just nak share something dengan korang. ^-^






Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.


Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, December 7, 2011

Demam..

Assalamualaikum semua.

Demam lagi.. Huhu. Tak tahu kali ke berapa. Tapi yang ni macam teruk sikit. Suhu badan tinggi. Dapat MC sampai dua hari. Doktor suruh rehat banyak. Minum air kosong selalu. Baik doktor. Huhu.

Harini patutnya ada dua quiz. Tapi sebab ada MC, lecturer kata takpa. Hari Jumaat ambik quiz. Huhu.

Oklah, out dulu. Nak rehat. Lunch, makan ubat, tidur. Hehe. ^-^

Published with Blogger-droid v2.0.1

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, December 5, 2011

Puasa 9 dan 10 Muharram..

Assalamualaikum semua..


"Barang siapa yang berpuasa esok, 9 dan 10 Muharram (Isnin dan Selasa) maka pahalanya sama dengan 2 tahun ibadah. Sedangkan bagi yang mengingatkan dapat pahala 80 tahun ibadah..."


Jadi, marilah sama2 kita berpuasa untuk mendapat ganjaran pahala.. ^-^


Sekian..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, December 4, 2011

Kesabaran itu penting. ^-^

Assalamualaikum semua..


Apa khabar harini? Harap semuanya sihat2 je. Oklah, harini taknak buat entry panjang2.. Tak larat sebab banyak benda sangat yang berlaku hari ni.


Daripada yang kecil sampailah ke besar, semuanya perlu dilakukan. Sebab tu alyaa kata kesabaran itu penting. Sebab tanpa kesabaran, mustahil semua kerja boleh dilakukan dengan baik.


Ingat ye. Dalam situasi apa sekali pun, bersabarlah. Hadapinya dengan tenang dan sabar. InsyaAllah, semuanya akan selesai. Jangan cepat melenting dan melatah ye kawan2.


Oklah, dah nak out. Dah lewat malam. Esok kena bangun awal sebab nak study. Quiz berderet2 minggu akan datang ni. Tp tak study pape un lagi. Hehe..


Sekian. :)


Published with Blogger-droid v2.0.1

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, December 2, 2011

Boleh juga.. ^-^

Wah! Tiba2 rasa excited nak post entry sebab dah boleh post pakai phone.. Hehe.. Lepas ni, xyah susah2 on laptop bila nak update blog. Syoknya...

Erm.. Entry ni pendek je. Just nak test pakai apps ni. Hehe. Syok2.. Oklah, jumpa lagii.. :)

P/S: Follower dah naik.. 500 tuu. Thanks korang. :)

Published with Blogger-droid v2.0.1

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ketensionan

Kenapa aku sering diuji dgn sesuatu yang berat mcm ni? Aku tak kuat, Ya Allah.. Lemah rasa bila dengar macam tu.

Aku tak tahu ape salahku kepada mereka. Aku dah cuba untuk memberikan yang terbaik buat korang semua. Tapi... Aku dirasakan bersalah dalam sesuatu perkara yang aku sendiri tak tahu puncanya. Mungkin juga aku sorang yang sensitif. Tapi, kalini aku rasa bukan masalah sensitif, tapi perasaan tuu lain.

Lain sangat2. Aku xpernah ada niat nak merebut jawatan dari sape2. Kalau ada yg sudi, aku sanggup tarik diri. Asalkan korang bahagia. Itu je. Mungkin korang meluat dgn cara aku kerja kan. Takpe. Aku tak kisah. Kalau sudi, datang jumpa dan settel baik2 k. Jgn libatkan sape2. Senang nak settle.

Aku sayang korang semua. Aku hanya ada korang je yg boleh hiburkan aku setiap hari. Bila korang berjaya, aku turut bangga. Bangga menjadi sahabat kalian.

Keluhan hati ini at least mengurangkan sedikit rasa sedih dan tension dalam diri. Sekian..


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM