Saturday, April 30, 2011

Izyan Masri First Random Giveaway

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mood sekarang ialah baru bangun tidur. Hahaha.Orang lain tengah tidur, Nurul dah bangun. Hehe..

So, nak join GA pulak kali ini. GA yang dianjurkan oleh Izyan Masri



Kepada tuan penganjur...

diharapkan pilihlah blog Nurul yang tak seberapa ni untuk menang GA ini...

memandangkan blog ni tak pernah menang apa-apa GA ataupun contest walaupun dah kerap kali join. Huhu.. 

*Ayat sedih ni.. =(

Btw, Nurul tak kisah pun samada menang ataupun tidak. 

Sebab semua GA ataupun contest yang Nurul join ni untuk menyokong rakan-rakan blogger. 

Lagipun, tak salah kita nak memeriahkan dunia blogging ni kan? Hehe..

So, kepada semua kawan-kawan blogger sekalian, kalau rasa nak join GA ini, kliklah banner di atas.

Ataupun bolehlah klik SINI

Tag 2 orang:



Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, April 29, 2011

Halia Bantu Atasi Hidung Tersumbat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Update blog dalam keadaan yang lemah badan ni sebab sedang hadapi selsema yang agak teruk. Huhu.. Sakitnya hidung tak payah kata la. Habis tisu-tisu di rumah ni digunakan untuk membersihkan hingusan-hingusan yang keluar. Hehe.. Sorry la, bunyi macam kotor je kan.

Tapi, itulah realiti yang dihadapi oleh semua orang kalau selsema menyerang kita kan? Lagipun, rasannya macam dah musim pulak selsema ni. Ramai la jugak kawan-kawan Nurul yang selsema. Owh! Nampaknya Nurul dah melalut terlebih pulak. Sebenarnya, kali ni Nurul nak kongsikan sesuatu berkenaan dengan selsema jugak. Huhu..

Untuk pengetahuan korang, banyak cara yang ada untuk mengatasi hidung tersumbat. Antara cara untuk mengatasi hidung tersumbat ialah:

Minum Banyak Air

Minum banyak air sebenarnya penting untuk menjaga cairan di dalam tubuh agar keadaan hidung kekal lembap bagi membantunya lebih kebal terhadap jangkitan.

Cari Tempat Hangat

Seboleh-bolehnya jauhi tempat berhawa dingin kerana ia akan memburukkan keadaan hidung tersumbat anda. Hidung yang tersumbat teruk menyebabkan kepala semakin sakit.

Ambil Vitamin C

Banyakkan pengambilan vitamin C. Tidak semestinya pil-pil, tetapi boleh dapatkannya secara semulajadi dengan menikmati makanan seperti limau dan buah strawberi.

Kunyah Halia


Jangan pandang rendah pada halia. Rasanya pedas dan berangin tetapi inilah yang dapat membantu anda untuk mengurangi hidung tersumbat. Makan tiga potong atau hirisan halia setiap hari ketika kita dijangkiti selesema. Ia efektif secara semulajadi untuk mengurangi gejala hidung tersumbat.

Keluarkan hingus

Membuang hingus seperti yang dilakukan Nurul juga membantu, tetapi perlu ada caranya. Jangan memaksa hingus untuk keluar dengan cara menghembus dengan kuat. Hembuskan nafas melalui hidung secara perlahan. Cuba agar tidak meyedut kembali hingus anda.

Sekian.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

BEN ASHAARI vs BAIM WONG [Siapa Lebih Handsome?]

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Huhu. Saje je nak buat entry hangat, Hah! Takde maknanya. Kali ni nak post entry ni pun sebab takde idea kot nak post entry apa. Lagi pun kejap lagi ada hal. So, malas nak fikir panjang nak buat entri apa. So, next entry adalah malam ni kot. Haha.. Malas nak update banyak-banyak. Bukan ada orang nak baca pun.. ^-^.

Entri kali ini sebenarnya Nurul ambil daripada Hajar Hassan. Tapi, korang jangan risau la. Nurul dah mintak permission daripada beliau taw. So, entri ini nanti akan dikredit kepada beliau. Hehe. Sebab tulah Nurul kata tak payah fikir panjang nak buat entri kali ni. Huhu. Just ambik dan terangkan semula je.. =)


Credit to Hajar Hassan

Apa yang korang perasan daripada gambar di atas? Okey, kalau nak diikutkan daripada entri Hajar Hassan, beliau tanya, antara Ben Ashaari dan Baim Wong, siapa yang lebih handsome? Haha.. Soalan cepu emas kot tu.. Dan melihatkan kepada comment-comment di entry beliau, ada yang menyatakan Ben Ashaari ada iras dengan Baim Wong. Hehe. Betul ke? Tapi, kalau tengok gambar kat atas pun, macam iras-iras kan? So, pendapat korang macam mana? Ada iras-iras tak? n Siapa lebih handsome? ...

Oops! Tunggu. Ada 1 lagi gambar..


Credit to Hajar Hassan

Okey, sekarang korang buatlah penilaian siapa yang lebih handsome.. Haha.. Buatlah pilihan yang terbaik. Antara Ben Ashaari atau Baim Wong? ^-^. Btw, korang janganlah marah. Entri ni saja-saja dibuat. Tapi, Nurul suka Baim Wong. Hehe.. Takde maknanya. Cerita Indon pun malas nak tengok. ^-^

Oklah, got to go now sebab ada kerja yang hendak diselesaikan. Lagipun, hujan tengah lebat ni. Tak leh nak on9 sangat. Takut.. Huhu.. Last but not least, kepada Hajar Hassan, thanks very much sebab bagi permission untuk kongsikan entry ni. Lagipun, I takde idea nak buat entry ni. Hahaha..

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Dapat Hadiah Dari Kak Nuyui aka Kak Nusha.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, dapat jugak update blog untuk hari ini. Hari ini pun agak sibuk jugak. Hehe..

Hari ini Nurul Dapat Hadiah Dari Kak Nuyui aka Kak Nusha.

Korang nak tahu ke apa yang Nurul dapat? Erm.. Rahsiakan jelah. Haha.. 

Oke2, jom tengok apa yang Nurul dapat dari Kak Nuyui..


Macam mana? Comel kan? Hehe.. Btw, thanks yer kepada Kak Nuyui sebab bagi poster chumel ni.

I like dis! ^-^..

Sape-sape yang nak tu, silalah rajin-rajinkan diri anda ke blog Kak Nuyui aka Kak Nusha di


Sekian..



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, April 28, 2011

Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi 2011/2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama pulak rasa tak update blog ni. Biasalah orang sibuk sekarang ni. Hahaha..

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat sekarang ni sebab dapat tawaran belajar dari Matrikulasi.

Dan kepada sesiapa yang masih belum menyemak tawaran kemasukan, boleh berbuat demikian di 




Hehe. Inilah Matrikulasi yang Nurul dapat. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Erm. Tapi, sebenarnya masih konfius lagi ni. Tak tahu nak pergi atau tak. 

Ramai yang cakap, matrik susah dan quite tough.

Tambah2, Nurul dapat Jurusan Sains. Lagi la nak pengsan! Huhu..

Tapi, apa apa pun Nurul akan tunggu tawaran daripada UPU dulu.

Kalau ada rezeki untuk buat asasi, Nurul akan pergi asasi. InsyaAllah.

Kawan-kawan semua, doakan yang terbaik buat Nurul yer..

Emm.. Mata dah mengantuk ni. Padahal baru je bangun tadi. Hehe..

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

16 Mei tentukan nasib Anwar

KUALA LUMPUR 26 April - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 16 Mei ini, keputusan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujahan lisan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan hari ini.





Anwar, 64, dibicarakan selepas didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang hingga 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Semalam, pihak pendakwaan dalam hujahnya menamakan Ketua Pembangkang itu sebagai pemilik profil asid deoksiribonukleik (DNA) 'Lelaki Y' yang ditemui di dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari.
Ketika menyambung hujah balasnya hari ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden menjelaskan pihaknya tidak memanggil Dr. Muhammad Osman Abdul Hamid sebagai saksi memandangkan keterangan doktor dari Hospital Pusrawi itu tidak boleh diterima dan sebahagiannya pula tidak benar.

Menjawab hujahan peguam Karpal Singh berhubung isu tersebut, beliau menyatakan, ini kerana berdasarkan keterangan Mohd. Saiful Bukhari, doktor tersebut tidak menjalankan ujian forensik ke atas dirinya sebaliknya menasihatkan pergi ke hospital kerajaan.

Berhubung hujah peguam RamKarpal Singh yang mendakwa keterangan ahli-ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon berat sebelah, ujarnya, apa yang berlaku adalah setiap kali menjawab soalan balas peguam itu, keterangan mereka akan dipintas menyebabkan mereka tidak dapat memberikan penjelasan.
Justeru, beliau meminta mahkamah melihat secara menyeluruh keterangan sepanjang pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula kedua-dua saksi terbabit.

Hujah beliau lagi, berdasarkan bahan bukti yang dikemukakan, saksi-saksi pakar itu bukan sahaja cekap dalam menjalankan pemeriksaan dan analisis yang ditugaskan kepada mereka, bahkan telah menjelaskan penemuan atau pendapat mereka beserta dengan alasannya sekali.

''Tidak terputus rantaian keterangan berkaitan bahan-bahan bukti yang boleh memberi 
kesan kepada integriti mereka,'' tegas beliau.

Berita selanjutnya Utusan Online

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rayyan peneman waktu senggang..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Marilah sama-sama kita membaca tentang perkembangan Nana selepas kehilangan orang yang tersayang. 





SETELAH pemergian Allahyarham Faizal Yusup dan Allahyarham Achik Spin, dua insan yang begitu rapat dengan pelantun lagu Cinta Hanya Sandaran, Siti Nordiana Alias atau Nana mengakui, dirinya agak sepi.


Namun, kehadiran Muhammad Rayyan Nakhaie, 3, anak hasil perkahwinan bersama arwah Faizal sedikit sebanyak mampu menjadi peneman kesepian Nana di kala sunyi.


Jika mempunyai kelapangan, Nana sering membawa Rayyan ke pusat membeli-belah untuk membeli permainan permata hatinya itu.


"Itulah aktiviti yang selalu arwah bapanya lakukan ketika mereka keluar bersama.
"Untuk mengelakkan Rayyan terasa kehilangan bapanya, saya sering membawanya membeli permainan kesukaannya.


"Pada masa yang sama, saya boleh luangkan masa berkualiti bersama Rayyan setelah sibuk dengan karier seni," jelas Nana ketika bertandang ke Studio Utusan baru-baru ini.


Rayyan suka karaoke


SELAIN gemarkan permainan seperti robot dan kereta mainan, ia sesuatu yang menarik apabila Rayyan cukup menggemari aktiviti berkaraoke.


"Seronok melayan keletah Rayyan walaupun ia memenatkan. Sekurang-kurangnya, ia satu senaman buat saya apabila selalu mengejarnya ke sana-sini," seloroh Nana sambil tertawa.


Sekalipun usianya masih kecil, Nana memberitahu, Rayyan cukup suka apabila dibawa ke pusat karaoke.
Kata Nana, walaupun anaknya itu tidak pandai berkata-kata apatah lagi menyanyi, kerenahnya yang cukup aktif di pusat karaoke jelas membuktikan Rayyan begitu seronok.


"Lazimnya, akan ada seorang kawan yang menemani kami berkaraoke.


"Sekiranya salah seorang antara saya atau kawan sedang menyanyi, Rayyan akan melompat-lompat seakan-akan menari mengikut rentak lagu yang sedang dinyanyikan.


"Bagaikan tidak mengenal erti penat, Rayyan akan terus menari selagi muzik berkumandang," terang Nana yang muncul dengan album terbarunya berjudul Semakin Jelas terbitan syarikat rakaman FMC.


Ternyata, Rayyan umpama bintang yang menyinari hidup Nana setelah insan-insan yang pernah akrab dengannya suatu ketika dahulu pergi meninggalkannya buat selamanya

Berita dipetik dari Utusan Online..

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jom Join Bloglist Sangat Setia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Pagi semua. Dah bangun ke belum? Kalau dah bangun, baguslah. Hehe..

Pagi ini Nurul nak join satu bloglist dari Sangat Setia

Nurul ditagged oleh my beloved sis iaitu Miss Blueberry.


Okey, sekarang sesi mereview sedikit tentang blog ni.

Erm. Sebenarnya takde apa yang nak dikomenkan. Semuanya dah cantik dan kemas tersusun.

Tapi, kalau boleh tulisan tu buat tulisan yang normal jelah. Senang nak baca. Hehe..

So, yang tu sajalah yang nak direview. Eh, ada satu lagi. Tentang header Sangat Setia tuu..

Buat supaya nama Sangat Setia tu lebih jelas dan terang yer. Hehe.. 

Tag 3 orang:



Sekian.






Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, April 27, 2011

Segmen Review Dalam Review [Review 4 Blog Sahabat Baru Saya]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini Nurul diberi tugasan yang agak berat oleh PW untuk mereview blog sahabat baru Nurul. Hehe..

Antara 4 Blog Sahabat Baru Saya ialah:

1. BLOG DEYNA 83


First, credit to header. Cantik, simple. Tak serabut mata tapi kalau boleh biarlah ada outline merah dekat nama itu yer.. ^-^. Blog agak ringan, senang nak loading dan tak payah tunggu lama-lama. Widget pun tak banyak, bagus. Keep it up!Erm.. Kalau buleh, widget FOLLOWER tu letak atas sikit yer supaya senang orang perasan.Yang lain, bagus! Bagus jugak sebab ada bloglist. eden pun xde. huhu..


2. BLOG DUNIA BUDAQ KECHIK


First sekali, blog ni maybe takde header sebab Nurul takleh nak copy just boleh ambik bahagian muka ni sahaja. Itu pun dah dikira okey sebenarnya. Blog simple, menarik dan kemas. Nak loading pun tak susah nak tunggu lama-lama. Bagus sebab letak widget FOLLOWER tu di bahagian atas.Erm. Rasanya dah takde apa yang nak dikomenkan. Teruskan berblogging yer! ^-^

3. BLOG KHASHAMIMI


Ok, blog yang seterusnya ni rasanya sama saje dengan yang di atas. Maybe takde header. Tapi, Nurul suka yang macam ni. Senang je. Nampak lebih simple. Takde serabut-serabut sangat. Blog ni pun simple, senang nak loading dan tak banyak widget yang memberatkan blog. Blog ni menggunakan ruangan 3column. Erm. Sebenarnya, tak salah nak guna 3 column cuma nanti readers tak tahu dekat bahagian column mane yang nak diberikan tumpuan.. Tapi, kalau sis rasa dah ok, takpe. Ni just pendapat Nurul. bajet teror ni. hehe.So, keep it up,sis! ^-^

4. BLOG CPAH NIZA


Blog yang terakhir untuk direview ialah Blog Cpah Niza. Btw, thanks sebab dah review blog Nurul. Erm, rasanya blog ni pun sama saja dengan 2 blog di atas. Takde header dan terpaksa di print screen kan. Huhu. Tapi, Nurul harap kalau boleh Cpah Niza buat header la. Simple pun takpe sebab header ini macam identiti untuk blog kita. Buat macam header Nurul sudah, simple je.ops! perasan sudah. Hahaha. Blog ni pun menggunakan ruangan 3 column. So, Nurul dah pun mention kat atas tadi. Taknak tulis banyak-banyak kali. Hehe... Keep on blogging and have fun! ^-^ 

Maka, tamatlah sudah sesi mereview blog untuk kali ini. Sejuta kemaafan andai kata ada terkasar bahasa, terlebih kata dan sebagainya. Nurul pun budak baru belajar. So, sama-samalah kita memperbaiki kelemahan yang ada. Dan marilah kita memeriahkan lagi dunia blogging ini..

p/s: Sorry to PW sebab antar lewat review ni. Sebenarnya, dari pagi lagi nak hantar, tapi disebabkan ada halangan yang tak dapat dielakkan, so sekarang baru boleh diantar. =)

Sekian,

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Senarai 10 Peserta Imam Muda Musim Ke 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini Nurul nak kongsikan tentang Senarai 10 Peserta Imam Muda.


1. IMAM MUDA NAJDI


2. IMAM MUDA ALI


3. IMAM MUDA FAKHRUL


4. IMAM MUDA MUJAHID


5. IMAM MUDA HASSAN


6. IMAM MUDA NAZRUL


7. IMAM MUDA AZLAN


8. IMAM MUDA FATAH


9. IMAM MUDA AMMAR


10. IMAM MUDA FADLI


Cukuplah sudah 10 peserta Imam Muda yang akan berentap untuk musim ke-2 ni. 





p/s: Segala image diatas adalah ehsan dari Pakcik Google

Sekian..





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Misteri 10 jari dikerat 'cantik'

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi ini ingat nak share satu lagi berita yang Nurul baru je baca di paper hari ini.



GOMBAK - Kejam! Perbuatan penjenayah terhadap mangsanya semakin sukar dijangka dengan kes terbaru polis menemui 10 batang jari seorang lelaki yang dikerat 'cantik' dibuang atas landasan kereta api berhampiran Taman Sri Putra Emas, Kuang di sini semalam.
Kesemua jari yang dibungkus di dalam beg plastik berwarna putih itu ditemui pada pukul 9.55 pagi oleh pejalan kaki sebelum memaklumkannya kepada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Difahamkan, jari tersebut telah dilemparkan dari atas Jambatan Jintan tepat ke atas landasan iaitu di Kilometer 363 dari Butterworth ke pekan Kuang.
Siasatan awal polis mendapati, kesemua jari berkulit gelap tersebut diikat menggunakan pita pelekat sebelum dikerat serentak.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika itu pekerja KTMB terbabit hanya menyedari lima batang jari di dalam beg plastik tersebut.
Bagaimanapun katanya, selepas diperiksa, polis mendapati terdapat lima lagi jari yang disyaki dikerat dari dua belah tangan milik seorang lelaki.
"Kita turut menemui sehelai baju T berwarna hitam berbelang putih dengan kesan darah dan sehelai seluar slack," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Dipetik dari Kosmo! Online
Nurul berkata: 
Betapa kejamnya masyarakat zaman sekarang ini. Tidak berperikemanusiaan langsung! Sekarang, nak keluar rumah pun rasa takut.. Huhu..
Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, April 26, 2011

‘Lelaki Y’ adalah Anwar, kata pendakwa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini Nurul nak kongsikan sesuatu dengan korang semua. Ini hanya untuk tatapan sahaja. Selamat membaca semua. Nurul harap tiada yang anti-anti dengan blog ni nanti.. =)







Oleh Shazwan Mustafa Kamal


KUALA LUMPUR, 25 April  - Profil DNA “Lelaki Y” yang ditemui di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Ketua pasukan pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata sampel-sampel DNA yang diambil daripada tiga barang di sel Anwar(gambar) ditahan semalaman pada 16 Julai 2008 sepadan dengan profil DNA “Lelaki Y”.
“Ia mengesahkan bahawa penyumbang tidak diketahui Lelaki Y adalah Datuk Seri Anwar. Ini menunjukkan ada kes prima facie,” katanya ketika menyampaikan hujah penggulungan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela kes liwat keduanya ini.
Yusof juga berkata Anwar adalah tahanan tunggal di lokap ketika tuala,berus gigi dan botol air mineral diambil.
Ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon dan Supt Amidon Anan dipanggil sebelum ini untuk mengenal pasti barang-barang berkenaan yang ditanda sebagai bahan bukti.
Pihak pendakwa dalam kes liwat Anwar ini mengemukakan beberapa eksibit bagi mendedahkan identiti “lelaki Y” melalui profil DNA, yang air maninya ditemui dalam dubur Saiful.
Sebelum ini, ahli kimia Nor Aidora Saedon memberitahu mahkamah bahawa profil DNA yang diperoleh daripada berus gigi, tuala dan botol air mineral itu sepadan dengan profil DNA “lelaki Y”.
Anwar, 63, yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dalam mengetepikan serangan pembela yang mempertikaikan kredibiliti Saiful sebagai saksi utama kes ini, Yusof, Peguam CaraNegara II, yang mengetuai pendakwaan memberitahu bahawa Saiful adalah seorang saksi yang jujur, tegas dan berwibawa.
Katanya, keterangan Saiful menyediakan analogi lengkap berkenaan apa yang berlaku pada petang 26 Jun 2008.
Peguam-peguam Anwar berhujah bahawa kegagalan Saiful untuk meninggalkan kawasan itu menunjukkan saksi berkenaan berbohong yang dia diliwat tanpa kerelaan ataupun perbuatan itu benar-benar berlaku.
“Kegagalan untuk Saiful lari dari lokasi kejadian liwat tidak bermakna kesalahan itu tidak berlaku. Keterangan terbukti condong ke atas tertuduh,” katanya.
“Saiful pergi (ke tempat kejadian) bagi tujuan yang tidak dipertikaian oleh pembela,” kata Yusof yang merujuk kepada kehadiran Saiful adalah untuk menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar.
Kata beliau, ada tanda-tanda bahawa Saiful merupakan mangsa jenayah seksual memandangkan dia diberi “layanan istimewa” oleh Anwar.
“Adalah selamat bagi mahkamah untuk bertindak berdasarkan bukti itu sendiri,” katanya lagi.
Yusof juga berkata, berdasarkan bukti diberikan oleh Saiful, persoalan mengenai bagaimana pelincir KY Jelly digunakan ketika liwat telah dijelaskan dengan terang.
Kata beliau, ia konsisten dengan situasi ketiadaan kecederaan pada dubur Saiful dan tiada paksaan oleh Anwar.
Perbicaraan akan disambung esok di mana Yusof akan menyambung penggulungannya.

Berita dipetik dari news.yahoo

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

"Segmen Review Dalam Review Bersama Pembawa Wacana"

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Update lagi untuk join segmen dari Pembawa Wacana

Segmen kali ini dinamakan

"Segmen Review Dalam Review Bersama Pembawa Wacana"


Soalan yang dikemukakan:

Kenapa nak direview?

Sebab nak tahu tentang kelemahan dan kekurangan yang ada supaya senang kita nak perbaikinya. Walaupun kita tahu semua manusia tak sempurna, tapi sekurang-kurangnya kita dapat memperbaiki untuk menjadi ke arah kebaikan. Hehe.. Itu jelah yang Nurul rasa buat masa ni. Huhu..

Sekian..






Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

"suaikenal NUSHA, saya nak kenal follower saya"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Join segmen lagi. Kali ini Segmen dari Blog Corat Coret Nusha.


Segmen kali ni dinamakan "suaikenal NUSHA, saya nak kenal follower saya"


Cik Nusha nak kenal dengan follower-follower beliau. Kebetulan, Nurul dah lama follow blog Nusha ni.

Tapi, Nurul mintak maaf la sebab baru perasan ada segmen ni. Hehehe..

Ok, terus kepada syarat-syarat penyertaan untuk segmen ni..


Cerita tentang diri Nurul

Oklah, nama sebenar Nurul ialah Nurul Alyaa. Dilahirkan di Sungai Petani, Kedah pada 16 September 1993. *saya anak MALAYSIA. haha..* Umur? Kira sendiri lah. Masih muda lagi k? Hehe.. Sekarang menetap di Batu Pahat, Johor. Akan melanjutkan pelajaran tak lama lagi. InsyaAllah, kalau ada rezeki. Doa2kan lah yer. Eh, apa lagi? Cukuplah tentang diri Nurul ni. 

Cerita pasal blog 

Tak ada apa yang menarik untuk diceritakan tentang blog Nurul ni. Blog ni kadang-kadang boleh jadi blog yang berinformasi, kadang-kadang boleh jadi blog personal. Hehe.. Dan kadang-kadang boleh jadi blog gosip pasal artis. Huhu.. Ikut keadaan semasalah.. ^-^

Cerita tentang blog yang Nurul follow.

Erm... Sape yer orang yang bertuah tu? Huhu. Nurul follow blog 1 Blog 1 Informasi ni taw. Nak tahu kenapa? Mestilah sebab blog dia berinformasi. Haha.. Tu jelah kot. Hehe..

Owh, rasanya macam dah banyak yang Nurul coretkan di sini. Lenguh pulak rasa tangan menaip sambil menonton televisyen. Hehehe.. Sorry la Kak Nusha sebab panjang sangat entry ni. Hikhik..

Sekian..







Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

My Life's Story Blog First Giveaway

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, sejak-sejak dah sihat sikit ni, rasa rajin pulak nak update blog ni. Hehe..

Kali ini nak join GA dari Kak My. Dah lama dah Kak My cakap nak buat GA ni since blog Kak My dah cukup 500++ orang follower. Huhu..

Btw, Tahniah diucapkan kepada Kak My kerana semakin hari semakin ramai follower Kak My. 

Nurul suka ikuti blog ni walaupun jarang komen ataupun tinggal jejak sebab Nurul susah sikit nak tekan perkataan komen tu. Hahaha.. *pemalas betul*

Blog ni pun simple dan senang nak loading. Kalau tak percaya trylah. Hehehe..

Oklah, dah merapu sangat dah ni. Kalau korang nak join, just klik banner kat bawah ni yer.. ^-^..


Tag 2 orang:



Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

BEN CARI BLOG BARU LAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Huhu.. Baru nak update blog. Ehem2, sorylah. Nurul baru je rasa sihat sikit nak update blog ni.

Kali ini nak join segmen dari blog Ben Ashaari.



5 Blog Baru Yang Korang Suka






5 Blog Lama Yang Korang Suka






Sekian..




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, April 23, 2011

Segmen Blog Review Pak Cek Biola

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam ni nak join satu segmen blog Pak Cek Biola.

Iaitu Segmen Blog Review Pak Cek Biola.




Jawab soalan yang dikemukakan..

... Warna Kegemaran Anda...

Biru dan Putih sebab nampak lembut saje warna dia.

...Jika diberi wang tunai sebanyak RM 1Juta , berikan 3 benda utama yang anda akan buat dari duit itu...

-Bawak mak dengan abah pergi Mekah. Sebab sekarang ni kewangan tak berapa stabil. So kalau Nurul ada 1Juta, Nurul akan bawak mak dengan abah serta family dan juga wan di kampung menunaikan haji,

-Nurul nak dermakan sedikit kepada rumah anak yatim dan juga badan-badan kebajikan. Yela, hidup kita ni tak lama kan? So, kenalah buat kebajikan.. 

-Nurul nak beli gadget-gadget kesayangan Nurul seperti Iphone, Ipad, Sony PSP dan sebagainya.. Hehe..-

Tag 1 orang:


Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

I Nak Masuk Bloglist Pooh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Join bloglist lagi walaupun dalam keadaan tak sihat ni. Huhu.. Kali ini join bloglist Pooh lak. 

I Nak Masuk Bloglist Pooh


Tak ada apa yang Nurul nak komen blog ni. Lagipun, blog ni dah kemas tersusun dah. 

Layout pun bagus, tak sakit mata. 

Nurul suka jugak blog ni sebab Nurul minat sangat dengan pooh. 

Header Nurul yang dulu pun ada gambar pooh. Hehehe.. 

So, kira tuan punya blog ni satu geng dengan Nurul la sebab suka Pooh. Hehehe.. 

So, kepada sesiapa yang nak join bloglist pooh ni, sila tekan banner di atas. 

Tarikh tutup bloglist ni ialah pada 21 Mei 2011. Lambat lagi tuu.. 

Jom, sama-sama kita meriahkan bloglist beliau. 

Di samping dapat mengupkan traffic kita..

Sekian..


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jom Join Bloglist Blog Hackers

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam ini Nurul tak berapa sihat sikit. Sebab Nurul rasa nak demam sangat-sangat ni.So, nak update blog dah tak berapa nak larat, dan ambik keputusan untuk join segmen-segmen dan bloglist-bloglist yang ada. Supaya blog Nurul ni taklah bersawang sangat. ^-^..

Berbalik kepada cerita asal, sebenarnya Nurul nak join satu bloglist ini iaitu.


Jom kita teruskan dengan syarat-syarat penyertaan. Hehe.


Nurul nak masuk Bloglist Gadis Pilihan Hackers. Nurul nak masuk bloglist ini supaya nanti ramai yang akan singgah blog ini dan akan mengupkan traffic blog ni. Hehehe.. Jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan punya blog kalau menerima blog Nurul ni sebagai bloglist beliau..

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, April 22, 2011

Kekasih Lama Menjelma Kembali..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Last entry sebelum tidur. Hari ini tidur awal sikit dari kebiasaan sebab letih yang teramat sangat. Tadi pergi main bowling dengan family. Alhamdulillah, ada peningkatan sikit dari segi permainan.. Bagus2. Hehehe..

Entri kali ini maybe agak ke'mengada'an sikit. Sorrylah sebab tiba-tiba saja dia datang. Hahahaha.. Sebenarnya,

Kekasih Lama Menjelma Kembali..

Korang tak percaya ke? Jom tengok kat bawah. Tapi, sorry to say that nama dirahsiakan.. Hehehe..


Hahaha.. Tu dia aih.. Dia tegur Nurul kat chat FB. Sebenarnya, Nurul dah lama nak tegur dia tapi macam keberatan sikit. Lagipun segan la pulak rasanya. Tapi, entah macam mana dia boleh tiba-tiba tergerak hati nak tegur Nurul dulu. Mungkin dia rindu kat Nurul kot. Opps! Terlebih sudah.. Hahahha.. Korang jangan fikir yang bukan-bukan k? Nurul dengan dia hanya 'Teman Tapi Mesra". Dia ni merupakan ex-classmate Nurul masa Nurul sekolah menengah kat Penang dulu. Masa tu kalau tak salah masa F2. Dia baru je masuk sekolah tu. 

Nurul kenal dia kejap je. Walaupun kejap, tapi timbul banyak gila kot gosip antara kami berdua. Hahaha. Tapi, jodoh tak panjang sebab Nurul kena tukar sekolah hujung tahun 2007 iaitu masa hujung F2. Last Nurul jumpa dia masa hari akademik sekolah dan lepas tu terus lost contact. Bapak gila sedih la mengenangkan bila terpaksa nak kena tukar sekolah di saat nak exam PMR. *padahal xnak pisah tuu.. Huhu.*

Alhamdulillah, akhirnya Facebook telah menyatukan kami kembali. Itu pun secara tak sengaja Nurul boleh terjumpa FB dia dengan friend list bestfriend Nurul. Mula-mula tu takut salah orang, tapi bila dah lama dan lepas dia tukar profile pic baru betul-betul yakin yang tu adalah dia. So, kira semangat la nak menegur member lama ni, tapi akibat sifat ke'malu'an yang tebal, xjadi nak tegur. Sampailah dia yang tegur Nurul dulu. 

Memang excited gila bila dia mula-mula tegur tadi. Memang tak sangka. Kejap2..Korang tak payah risau antara Nurul dengan dia lagi sebab dia dah berpunya. Dia sendiri telah mengaku dengan Nurul tadi. Dia siap cakap yang hampir setiap malam kena on9 lewat malam sebab awek dia tu duduk luar negara. So, waktu mesti la lain-lain kan? Huhu..

Okeylah. Cukup-cukuplah tu cerita pasal dia. Takut nanti kang korang semua termuntah lak baca entry ni. Hahahaha.. Btw, ini pesanan terakhir dia untuk Nurul sebab makwe dia dah suruh pi tiduq. *dia seorang yg mendengar kata ok? *


p/s: Baiklah awak. Saya akan jaga diri saya sebaik mungkin. Semoga awak dan dia kekal hingga ke jinjang pelamin. Doakan supaya saya dapat jodoh yang baik selepas ni. Huhu.. 

Ingat pesan saya, 

Once we're friend, till death we're friend. 

Sekian..


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

...Saya Suka 999...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada Ammar Yasir iaitu Tuan Punya Blog : Jom Klik Blog kerana telah berjaya mengumpul follower sebanyak 999 orang. Hanya tinggal sorang je lagi untuk mencukupkan bilangan follower beliau menjadi 1000 orang. Wah, banyak tu. 1k dah follower beliau.

Hahaha. Mesti korang tertanya-tanya apa kaitan entri ni dengan bilangan follower Ammar Yasir. Erm. Baguslah korang ni. Otak cepat bertindak! Hihi.. Sebenarnya, kaitan entri ini dengan follower beliau ialah


.
.
.
.
.
.
.
.
.

INI...


Cik Nurul Alyaa a.k.a Nurul merupakan follower beliau yang ke 999. Hehe.. So proud. =) 
Saya Suka 999..

Nak tahu kenapa? Sebab 999 telah banyak berjasa pada orang taw. Dengan nombor nilah, 

Rumah terbakar dapat diselamatkan, 

Kes jenayah dapat dibanteras, 

Wanita bersalin tersenyum gembira.

Korang semua dah faham ke belum maksud yang cuba Nurul sampaikan ini? Okelah, baik straight to the point je. Sebenarnya, kalau korang ingat-ingat balik nombor 999 ini boleh didail ketika kecemasan dan dapat menembusi 3 talian iaitu:

BOMBA

POLIS

AMBULANS

*Senyum*.. Dah faham bukan? Sebab tulah Nurul suka no 999 ni. Nombor yang paling banyak berjasa dalam masyarakat kini. Eh, tiba-tiba lak rasa nak buat teka teki. Teka teki yang berbunyi begini..

Dalam banyak-banyak nombor,  nombor apa paling berjasa? 

Tak payah jawablah sebab jawapan dah ada kat atas tu, Huhu.. Apa-apa pun, gunalah sebaik mungkin nombor 999 ini kerana kalau nombor ini dimain-mainkan ataupun sesuka hati ja nak dail, memang korang semua ni cari nahas. Hahaha..

Okeylah, nampaknya Nurul dah terlalu banyak mengarut dengan nombor 999 ni. So, kepada semua yang baca entry ni, jomlah kita klik blog ini iaitu..


p/s: Sebaik sahaja entri ini dipublishkan, follower beliau dah bertambah menjadi 1000. Betapa cepatnya diorang nak nombor 1000 tu. Hahaha..

Sekian.





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Hari Nuffnang Sedunia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wah2, tajuk entry macam gempak semacam je. Hahahaha..Korang nak tahu ke kenapa Nurul kata ada 

Hari Nuffnang Sedunia?



Sebabnya hari ini ramai yang buat entry tentang Nuffnang ni. Rasanya, 3 orang je. *lebih satu orang dikira ramai taw.. ^-^* Antara yang buat entry tentang Nuffnang hari ini ialah Belog Cik AishCik Epal dan Yuyu Zulaikha. Dan semuanya Nuffnang yang dah berisi lebih dari RM50++. Huhu.. Tahniah la buat semua. Korang memang hebat la boleh dapat Nuffnang macam tu. Bangga gila kot. Kenapa? Anda-anda tak percaya dengan kata-kata Nurul? Sekarang, scroll lagi sampai bawah supaya korang percaya yang diorang ni memang superb! =)



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Dari Blog Cik Epal...


Dari Blog Belog Cik Aish

Huhu.. Apa macam? Banyak tak? Banyak la tu. Ingat senang ke nak dapat macam tu. Kena kerja keras tu. Traffic kena selalu tingi, maintain UV dalam sehari. Fuyoo.. Memang susah jugak ni. Hahaha.. Apa-apa pun Nurul respect dengan orang-orang yang boleh buat Nuffnang sebagai earning blog.. Tahniah2 dan teruskan perjuangan. Kalau dah banyak, bolehlah kongsi dengan follower semua.. =)

Sebenarnya Nurul pun nak buat jugak entry tentang Nuffnang ni, cuma malas lagi. Ambik masa sikit untuk tulis pasal Nuffnang ni. Hehehe.Tapi, memandangkan dah terkeluarnya entri ini, maka Nurul tak payahlah nak buat entry lain. Nurul cerita serba sikit je. Tapi, memang tak tanding la dengan Nuffnang orang kat atas tu. Hehehehe. Tapi, alhamdulillah, sejak Nurul tukar nama blog ni dan upgrade sikit-sikit kat blog ni, ada la jugak rezeki yang dapat. Nuffnang bagi jugak at least walaupun tak banyak. Ingat yer, kita ni kena jadi manusia yang bersyukur. At least, usaha kita ada hasilnya, kan? Bagus2, pandai semua. 

Btw, korang tak payah la tanya tentang Nuffnang Nurul yer. Tak seberapa sangat untuk nak show off kat sini. Apa-apa pun, kita kena teruskan blogging supaya lebih banyak earning kita. Hahaha. Tu lah, sapa kata duk depan laptop 24jam takdak faedah? At least, dapat duit jugak daripada jadi orang yang duduk melepak tak tentu hala tu. Hehehe. Kan2? *Angguk semua*

Kesimpulannya...

KAYALAH KITA DENGAN NUFFNANG. 

Hahahahaha..

p/s: Terima Kasih Nuffnang kerana memeriahkan industri blogging ini. Hehehe..

Sekian..



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM