Monday, February 28, 2011

Aktiviti Seharian : 27 Februari 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Okey, seperti yang dijanjikan Nurul akan menceritakan serba sedikit apa yang berlaku pada hari ini.

Hari ini hari yang memenatkan dan menyibukkan.. Huhu.. (mengalahkan PM ja.. huhu..)

p/s: Nurul nak memendekkan entri ni, so mybe banyak sikit gambar... Tak larat sangat la katakan nak menaip ni.

Pagi: (7.40pagi-8.30pagi)

Pagi ini dah bercadang nak menawan Bukit Soga Perdana. Wah! Tinggi cita-cita tu. Tapi, seriously sangat meletihkan sebelum sempat nak menawan Bukit Soga tu. Kalau ikutkan tak lah tinggi sangat, tapi sebab tak biasa panjat bukit, so letihnya memang tak terkata la beb! Walaupun terlalu banyak perhentian, namun akhirnya Nurul berjaya menjejakkan kaki di Bukit Soga Perdana, Pemandangannya sangat-sangat cantik.. SubhanaAllah. Tak percaya ke? Jom tengok sikit..


...Batu Pahat, Johor...


...Pemandangan yang indah...

Amacam? Cantik kan? Ni baru sikit. Saja taknak upload banyak-banyak, takut berat lak nanti. 
*malas sebenarnya =)* 

Setelah berada di puncak kira-kira 10-15 minit sambil merehatkan diri, kami pun meneruskan perjalanan menuruni Bukit Soga. Antara gambar yang sempat di'snap' walaupun dalam keadaan yang meletihkan dan penat!




Masa turun ni memang superb ar! Senang, siap boleh berlari-lari lagi. Hahahahaha.. Hebat kan? Sambil merentasi jalan untuk menuruni bukit, Nurul sempat menikmati pemandangan flora dan fauna yang cantik. Ini ada beberapa gambar yang sempat di'snap'..


...Semut yang sedang menjalani kehidupan mereka...


...Pokok paku pakis...

Sebelum sampai ke kaki bukit, Nurul serta adik dan kakak singgap kejap untuk merendam kaki.. Best sangat masa ni. Gambar tu ada tapi yang ni saja yang Nurul masukkan.. *malu sebenarnya nak tunjuk kaki*


...Air Terjun@Bukit...

Kami selamat smpai ke kaki bukit 5 minit kemudiannya dan terus meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Dan sebaik sahaja menjejakkan kaki di pintu rumah, Nurul terus berlari ke dapur untuk minum air.. Wah! Segar saja lepas tu and terus 'jatuh' atas katil.. Hahahaha...

Pagi:(10.30pagi-1.00t/hari)

Setelah melepaskan segala kepenatan di dalam badan, Nurul pun pergi la breakfast dengan family. Then, pergi ke Pantai Minyak Beku untuk beli ikan. Tapi mak dan abah ja yang pi beli ikan. Nurul, kakak dan adik macam biasa akan pergi 'melancong' kat pantai.. Hahaha.. Best sangat.. Jom tengok gambar pulak.. 



Petang: (3.30petang-6.30petang)

Entri ini akan disambung pada entri yang seterusnya. Nantikan yer... =)






Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Kekal Aktif Ketika PMS

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Okey, Nurul mintak maaf sangat-sangat sebab hari ni merupakan hari yang sangat-sangat busy.

Keluar merata sangat sampai tak sempat nak update blog..

Ni pun cuba untuk mencuri-curi masa untuk update blog.

Nak tahu Nurul pergi manaa? Tunggu next entry.. Disebabkan ada masalah sikit, so next entry baru Nurul ceritakan kemana Nurul pergi.. 

Tunggu taw!!!

Sekarang, Nurul nak cakap sikit tentang perkara yang melibatkan perempuan.. Kepada kaum lelaki, kalau nak baca pun tak kisah. Untuk menambah pengetahuan kan? Lagipun bagus untuk persediaan rumah tangga.. *sengih*

Tajuknya ialah KEKAL AKTIF KETIKA PMS..



Jap2, rasa-rasanya lelaki tahu ke apa tu PMS? Meh nak gitaw... PMS tu ialah PRE-MENSTRUAL SYNDROME. Sindrom yang dihidapi oleh kaum perempuan bila dan ketika datangnya bulan.. *malu*

Jom ikuti sedikit panduan untuk Kekal Aktif Ketika PMS..

1. BANYAK MINUM AIR.


Setiap kali datang bulan kita akan cepat lesu dan penat. Jadi untuk memastikan ini tidak berlaku banyakkan minum air agar kita sentiasa rasa bertenaga. Elakkan minuman yang mengandungi kafein kerana ia mengecilkan salur darah dan meningkatkan tekanan.

2. GUNAKAN TUALA WANITA YANG SESUAI

** Herba punya. But, mahal sikit..**

Kita harus bijak memilih tuala wanita untuk menjaga kelembapan Miss V dan pastikan juga tuala wanita yang kita gunakan mampu menampung semua darah yang keluar. Jadi, tiada lagi istilah 'tembus' atau 'bocor'.

3. TIADA HALANGAN UNTUK AKTIVITI AIR



Bagi sesiapa yang gemarkan aktiviti air, tidak perlu risau kerana kita masih boleh meneruskan aktiviti kita itu biarpun sedang datang bulan. Ini kerana ketika berada di dalam air tarikan graviti yang berlaku akan menghalang darah daripada keluar. Biarpun begitu, kita tetap juga perlu menukar tuala wanita kita ketika berenang.

4. PAKAI PAKAIAN GELAP



Apabila bersukan atau membuat aktiviti yang lasak ketika sedang datang bulan kita pasti tidak akan terlepas rasa takut 'tembus' atau 'bocor' sehingga terkena pada pakaian. Ianya sesuatu yang memalukan. Jadi langkah paling baik dan selamat selain menggunakan tuala wanita yang sesuai kita perlulah memakai pakaian gelap. Cara ini secara tidak langsung dapat membantu kita menutup kebocoran yang berlaku..

5. BERSENAM UNTUK KEKAL CERGAS



Dari segi kesihatan, strategi untuk berada dalam keadaan cergas adalah dengan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Bukan itu sahaja bersenam juga dapat membantu untuk mengurangkan kesakitan kedatangan haid. Oleh itu, jangan sesekali abaikan senaman biarpun ketika sedang datang bulan.

6. ZAT BESI YANG MENCUKUPI



Kekurangan mineral ini menyebabkan seseorang kelihatan pucat dan lesi. Zat besi berfungsi untuk membina sel darah merah yang mengangkut oksigen di seluruh sel badan. Seseorang wanita yang kehilangan banyak darah ketika haid jika tidak cukup makan daging atau zat besi, akan kelihatan pucat, letih dan cepat marah. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, kita perlulah mengambil makanan yang mempunyai zat besi yang mencukupi.

7. JANGAN TERLALU MEMIKIRKANNYA



Perubahan emosi seseorang wanita ketika PMS banyak bergantung kepada kekuatan dalaman wanita itu sendiri. Jika seseorang wanita itu tidak terlalu memikirkan kesakitan ketika haid dan tetap berasa riang, emosinya akan turut ceria. Jadi pastikan kita sentiasa berfikiran positif. Kita perlu menerima hakikat yang kedatangan haid adalah sebagai kehidupan semula jadi seorang wanita.

Okey, rasanya setakat ini sahaja yang nak Nurul bebelkan. Semoga semua kaum Hawa di luar sana dapat mempraktikkan amalan ini supaya kita akan kekal aktif ketika PMS.

Sekian..





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, February 27, 2011

Baru Ku Tahu..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Waduh2! Apa ni.. Apa yang Nurul baru tahu ini..?? 

Hehe.. Sebenarnya, Nurul baru tahu bahawa waktu kat bawah entri tu boleh diubah.. 

Tengok sini!





Huargh! Huargh! Teruk tak Nurul ni..  Baru perasan sebenarnya.. Itu pun kakak Nurul yang tanya. 

Berikut ialah dialognya:

Kakak: Macam mana nak ubah waktu kat bawah tu? Tak boleh pun..

Nurul: Entahlah, Tak perasan pulak boleh tukar.

So, Nurul pun try la tengok, boleh ke tidak..

Rupa-rupanya, BOLEH!

Tak sangka pulak. Okeylah, mulai sekarang Nurul akan perhatikan betul2 waktu entry ini dipostkan..

Sekian..

p/s: Menanti follower ke 80!

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Segmen Masak-Masak...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Erm.. Malam-malam macam ini rasa nak buat Segmen Masak-Masak lak..

Haha.. Nak buat macam mana, tiba-tiba boleh rasa lapar. Ni adik punya pasal lah. 

Malam ini nak kongsi sikit tentang makanan yang dimasak oleh Nurul.. (yeke Nurul masak? Haha.. Xlah...)

Nurul just tolong sikit-sikit saja.. Takat potong bawang, kupas udang, siang ikan.. Yang tu sajalah.. Tapi, okey apa, at least boleh la belajar sikit-sikit.. Hahaha..

Jom tengok sedikit gambar masakan yang sempat disnap oleh Nurul..


...UDANG HARIMAU MASAK SOS CILI PEDAS...


Kepada sesiapa yang nak resipi, bolehlah inbox saya kat FB.. Hehe..


Rugi tak cuba. Sangat Sedap!!


...ROTI 'HOTDOG ROLL'...


Telur putih yang digunakan untuk digaul sebelum digoreng.


Sebelum digoreng, beginilah rupanya..



Inilah dia.. Tadaaaa!!


...AYAM PERCIK...


Rasa terliur tak? Cubalah korang masak.. Hehe..

Oklah, setakat ini sahaja untuk entri kali ini. Kalau ada lagi masakan yang ingin Nurul masukkan, Nurul akan buat entri baru. Nantikan lebih banyak masakan yang menarik.. Haha..

Korang tolong jeles taw. Hope dapat jadi chef yang terkenal suatu hari nanti.. Insya-Allah..

Sekian...




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ketahui Khasiat Makanan Melalui Perspektif Islam..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Wah! Macam lama saja tak update blog padahal baru je beberapa jam.. Hahaha...

Hari ini ingat nak kongsi sedikit ilmu yang rasanya boleh digunakan oleh semua orang.

...KETAHUI KHASIAT MAKANAN MELALUI PERSPEKTIF ISLAM...

...ROTI...



Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum kerana ia mudah dicernakan Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan kerana jika tidak. kita akan berasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama tidak elok dimakan. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan tanganmu kerana Allah SWT menghormati roti itu."

...KEKACANG...


Semua jenis kekacang mengeluarkan kekeringan. Terdapat pelbagai jenis kacang yang boleh dinikmati. Kekacang ini hendaklah dimakan dengan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak, ia tidak baik untuk penghadaman. Ada juga hadis yang menyatakan bahawa sesiapa memakan kacang, ia akan mewujudkan hati yang simpati, mata berair serta dapat menghapuskan kesombongan.

... DAGING...



Daging juga mempunyai pelbagai kebaikan. Pelbaga jenis sumber nutrien terdapat dalam daging. Tetapi, makan daging terlalu kerap juga melemahkan sistem badan. Makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Ia bersifat panas dan lembap.

... IKAN...


Tahukah kamu, khasiat ikan tawar lebih baik terutamanya yang makan tumbuh-tumbuhan dan bukannya benda asing dalam air,Ikan mentah boleh membantu mengeluarkan toksik dan mengeluarkan keseimbangan dalam badan.

...HALIA...


Kebaikan halia sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Halia terbukti berkesan untuk mengeluarkan angin di dalam badan. Selain dapat memanaskan badan, ia juga membantu masalah penghadaman. Firman Allah SWT ada menyebut bahawa " Dan apabila mereka di dalam syurga, akan diberi sejenis minuman yang campurannya  adalah halia.

...BARLI...


Barli sangat berkhasiat sebagai penyejuk badan. Tahukah kamu, Nabi Muhammad SAW pernah memberikan sup barli kepada orang yang sakit demam.

...MADU LEBAH...


Madu, dianggap ibu kepada segala makanan, minuman dan ubat-ubatan, Ia merupakan manisan yang mendatangkan seribu kebaikan. Madu lebah mempunyai banyak khasiat di antaranya melegakan cirit-birit, mengubati parut dan luka, menyembuhkan luka dalaman dan banyak lagi. Tahukah kamu, Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu bersama segelas air yang setiap pagi ketika perut kosong. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan di dalam musim bunga dan kurang kualiti dihasilkan dalam musim sejuk..

...JINTAN MANIS...


Jintan manis sangat banyak khasiatnya. Ia boleh melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran haid, membanyakkan susu dan membuang angin dalam badan. Serbuk jintan manis juga boleh digunakan untuk sapu di sekitar keliling mata untuk menguatkan pandangan mata.

Diharap segala maklumat yang dikongsi ini dapat digunakan sebaiknya..

Sekian...

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, February 25, 2011

5 Perkara Yang Korang Perlu Tahu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Apa yang korang semua perlu tahu ini? Jom, ramai-ramai kita baca.. Ini sebagai perkongsian ilmu sahaja.

5 PERKARA YANG KORANG PERLU TAHU..

1. OUTDOOR VS TREADMILL

Berlari adalah salah satu latihan terbaik dan termudah untuk membakar lemak.Tetapi mana yang lebih baik, berlari di luar ataupun di atas treadmill? Berlari di luar membakar kalori 5% lebih banyak(pada kecepatan tertentu) berbanding berlari di atas treadmill. Di luar kita menahan angin dan harus menekan permukaan tanah untuk bergerak ke hadapan. Di atas treadmill, kita tidak perlu menekan permukaan tanah. Namun, dari sudut kekurangannya pula, berlari di luar ruangnya yang besar boleh memberi risiko kecederaan..

2. LEMAK YANG MENGGANGGU KERJA OTAK

Bukan semua lemak terkumpul di perut. Salah satunya asid lemak palmitat. Lemak ini boleh menggangu kerja otak dalam mengatur leptin dan insulin sebagai signal kenyang. Kesannya kita akan ingin mengunyah lagi dan lagi. Oleh itu, pastikan kita kurang makan daging, mentega, keju dan susu penuh krim. Hasil Kajian UT Southwestern Medical Centre diterbitkan dalam Journal of Clinical Investigation.

3. HABISKAN MASA DI KOMPUTER RISIKO GEMUK

Orang yang banyak menghabiskan waktu di hadapan komputer berisiko 1.5 kali lebih tinggi mengalami kenaikan berat badan dan 2.5 mengalami obesiti berbanding mereka yang tidak menggunakan komputer. Sumber: Journal Medical Internet Research.

4. YOGA BOLEH BUAT KITA JADI LANGSING

Mungkin yoga tidak membuat kita bermandikan peluh seperti berlari tetapi Yoga mampu membuatkan kita makan lebih sedikit. Ini kerana orang yang rajin beryoga cenderung makan dengan 'tenang'. Kebiasaannya mereka akan makan saat lapar dan berhenti apabila kenyang. Sumber Journal Of The American Dietetic Association.

5. TEKANAN BUAT KITA LEBIH GEMUK!

Wanita yang menderita akibat tekanan biasanya memiliki 24.5% lebih banyak berbanding mereka yang tidak tertekan. Sumber: Journal Psychosomatic Medicine.



So, tunggu apa lagi! Ambillah tindakan sekarang je kawan2.. Jangan sudah terhantuk baru nak tergadah. =)

Sekian....





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

MENGAPA KERAP BERTEMU LELAKI YANG SALAH?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nak update lagi blog.. Hehe..

Tajuk untuk kali ini ialah:

MENGAPA KERAP BERTEMU LELAKI YANG SALAH?



Pasti sekarang ini ada di antara kita yang tertanya-tanya mengapa seringkali dipertemukan dengan lelaki yang salah? Dan lebih yang menyakitkan hati, kebanyakan lelaki yang datang layak digelar buaya dan lelaki mata keranjang (opps! Terlebih suda..) sedangkan kita benar-benar tulus untuk memberikan cinta serta mengharapkan hubungan terjalin hingga ke tahap yang lebih serius. Sekarang, mari kita baca 5 alasan mengapa kerap bertemu lelaki yang salah..

1. TERLALU TERDESAK

Hidup kita tidak pernah berhenti dari memikirkan soal cinta. Tambahan lagi apabila kita melihat teman-teman lain begitu bahagia bersama pasangan masing-masing. Terdetiklah rasa cemburu dan akhirnya kita membuka ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja yang hadir. Tambahan lagi apabila ada yang memanggil kita dengan panggilan sayang. Hati kita mulalah berbunga-bunga. Tanpa berfikir panjang, kita terus menerimanya sebagai kekasih. Hati-hati, ya! Kata-kata memang mudah diucapkan tetapi apabila terlalu mudah berkata-kata ia boleh jadi tidak akan bernilai lagi.

2. TERLALU SUNYI

Kita terlalu sunyi hinggakan hampir seharian masa kita dihabiskan seorang diri. Bukan itu sahaja kita juga kurang berkawan dengan orang dan habiskan masa bersama keluarga. Situasi beginilah yang membuatkan kita  mudah didekati oleh lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab. Lelaki yang sebegini memang gemar menghimpit gadis-gadis yang suka bersendiri ini kerana lebih mudah untuk dirayu. Tiada gunanya kita terus menyendiri. Hidup ini luas dan penuh dengan keseronokan maka kecapilah ianya dengan mudah.

3. BUAT-BUAT JUAL MAHAL

Kita sering mengatakan yang kita punya prinsip dan tidak akan sesekali membenarkan sesiapapun menyakiti hati kita. Namun itu hanya di mulut sahaja tetapi hakikatnya tidak. Kita menyatakan sedemikian kerana keegoanmu. Kita mahu orang lain melihat kita bagus. Oleh kerana itulah bila lelaki cuba mendekati kita, pada dasarnya kita nampak jual mahal tapi sebenarnya tidak. Malah kita membuka seluas-luas peluang pada lelaki yang datang untuk mendekati kita. Jangan sangka lelaki tidak tahu kerana lelaki memang sudah mahir menilai mana perempuan yang benar-benar jual mahal atau yang buat-buat jual mahal.

4. GAYA SEPERTI MENGGODA

Ada kalanya kita tidak sedar gaya serta jelingan kita yang membuatkan lelaki-lelaki buaya terpanggil untuk mendekati kita. Seperti yang kita sedia maklum, lelaki-lelaki buaya memang tidak akan melepaskan peluang apabila peluang ada di depan mata. Nampak sahaja ada sedikit respons pasti digunakan sebaiknya. Oleh itu, jagalah penampilan kita serta mata apabila memandang seseorang.

5. TERLALU INGIN MENUNJUK

Kita terlalu bercita-cita tinggi dan mengimpikan kekasih yang hebat supaya orang lain memuji serta kagum dengan keupayaan kita memiliki kekasih yang sempurna. Faktor inilah yang ada kalanya boleh merosakkan masa depan kita. Asal datang sahaja lelaki kaya, kita akan terus menerima tanpa menyiasat terlebih dahulu statusnya. Tidak salah mengimpikan kesenangan namun jangan terlalu mengharapkan kesenangan itu datang dari pasangan kita. Carilah kesenangan sendiri supaya ianya berkekalan dan orang akan terus kagum dengan kita kerana usaha yang datang dari kita sendiri..



Okeylah.. Semoga apa yang dikongsi ini dapat digunakan sebaiknya oleh semua orang..

Sekian..



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

SUPERB DINNER!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sebenarnya, mata dah mengantuk sangat-sangat ini. Tapi, tahan kejap sebab nak post entry ini..

Tak de pape un entry ini just nak cerita tentang dinner hari ini..

Sangat-sangat best.. Thanks to my mum and my dad!

Kitaorang dinner dekat Rengit Coffee.. Dekat sini, popular Coffee ar.. Tapi, Nurul tak suka sangat kopi.. *sengih*

Nurul malas nak cerita panjang-panjang. Cuma apa yang boleh diberitahu, ianya merupakan SUPERB DINNER!

Korang tolong jangan jeles yer! *ketawa jahat*

MENU MAKAN MALAM:

...CHICKEN CHOP...

...AIR CINCAU SOYA...

...AISKRIM..

(just a simple one, but lovely)

Jom layan gambar pulak.. Yang ini saja yang dimasukkan dalam blog, tetapi masih ada beberapa di dalam simpanan Nurul. Saja nak tayangkan yang ini saja.. *Peace*

... Rengit Coffee...

... Air Cincau Soya...

... Teringin nak minum yang ini..

... Agak selalu makan.. Sedap!!...

... Chicken Chop...

...Dinner with Family...

...Lastly, aiskrim!! Suke3...

... Vanila Flavour..



Sekian sahaja daripada Nurul.. Esok akan update lagi dengan entry-entry yang menarik...

Sorry kalau entry ini kurang menarik!

Jumpa lagi esok pagi! =)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

BLOG REVIEW MANIA FARZANA FARZANTO

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Petang-petang macam ni ingat nak join 1 Segmen oleh Farzana Farzanto.

BLOG REVIEW MANIA FARZANA FARZANTO

Saja-saja nak join untuk blog ini di'review' oleh Farzana Farzanto sendiri.


Dia cakap tak payah buat entry panjang-panjang. So.. Sampai sini sajalah entri kali ini. *sengih*

Kepada sesiapa yang nak blognya di'review' oleh beliau, KLIK SINI.

Sekian...


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Suka Blog Ini...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Sebenarnya, sudah mahu tidur, tapi ambik kesempatan jap nak post entry ini..

Tadi, saje-saje jejalan dekat blog kawan-kawan MRSM Kuala Berang..

Dan jumpa Blog INI.

Ini blog kawan Nurul, Syarafina Sabri.. Nurul suka sangat2 sesuatu kat blog dia..

Tapi, tak boleh la cakap kat sini, tak surprise pulak..

Kalau nak tahu, KLIK SINI. Cari la sampai jumpa kenapa Nurul suka blog ini. Dia sangat kreatif tahu?

Pandai dia edit 'sesuatu' kat blog dia..



http://jasminalzahra.blogspot.com
Sekian..

Good Night.. Sweet Dream Semua... =)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, February 24, 2011

Kelebihan Surah Al-Mulk...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam-malam macam ni ingat nak update blog kejap sambil menonton televisyen.. Hehe..

Malam ini Nurul nak cakap sikit tentang KELEBIHAN SURAH AL-MULK.

Sebenarnya, Nurul rinduuuu sangat-sangat nak baca Al-Mulk ramai-ramai macam kat maktab dulu..

Nurul ingat lagi masa Form 4 dulu, lepas prep malam, Blok Khadijah mesti akan baca Surah Al-Mulk..

Around pukul 11.15 malam, Kak Aisyah selaku Ketua Blok merangkap senior akan menjerit:

PERHATIAN KEPADA KHADIJAH ATAS DAN BAWAH, SILA BERSIAP SEDIA UNTUK BACAAN AL-MULK.. 

Haha.. Apa lagi, semua kelam kabut. Kalau tak keluar dari bilik, bunyi ini akan kedengaran,

TOK! TOK! AL-MULK!! AL-MULK!! 

Walaupun uzur tapi tetap kena keluar dari bilik.. Huargh! Rindunya... Saat-saat macam ini.. Kalau kat rumah, asyik baca sorang-sorang ja. Tak best sangat. Hehe.. Tapi, bila naik Form5, Blok Khadijah dah kurang baca Al-Mulk ramai-ramai.. Kadang-kadang je.. 

Okey, sekarang jom berbalik kepada cerita asal iaitu Kelebihan Al-Mulk ini. Jangan asyik baca saja tanpa mengetahui kelebihan membaca Al-Mulk ini. Banyak sebenarnya kelebihan membaca surah ini. Nurul pun baru je mengetahui kelebihan-kelebihan ini. Sebenarnya dah tahu sebelum ni, tapi saja nak kongsi dengan kawan-kawan sambil menambah ilmu pengetahuan, Tak salah kan berkongsi ilmu? Dapat pahala.. Kan3?

Jom, sama-sama kita hayati artikel ini...

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari sEksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

" Pernahsuatu ketika sesetengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulkadalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipunbegitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Disini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Di antaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya.Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan MunkarNakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala didalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surahAl Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk." 


Diharap semua dapat memahami artikel di atas dengan baiknya.. Jadi, sama-samalah kita amalkan SURAH AL-MULK supaya kita senang di akhirat kelak...



Semoga kita sama-sama dirahmati oleh-Nya... Sekian....


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA