Selasa, 27 Disember 2011

Sahabat dan Bakat Menulisnyaa~~ ^-^

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar? Harapnya semua sihat-sihat sahaja ye. Btw, selamat malam kepada semua walaupun jam dah menunjukkan pukul 12.30 malam. Haha..

So, hari ini rasanya nak cerita tentang kawan Alyaa yang baru sahaja membuat aktiviti baru akibat bosan yang terlampau kerana cuti yang terlalu lama. Haha.. Dia ini budak UIA dan sedang belajar Asasi Kesihatan Bersekutu. Sekarang, dia masih bercuti selama 3 bulan. Lama oooo dia bercuti. Sebab tu dia telah mencetuskan satu idea yang baru + kreatif dan menarik iaitu dia mula menunjukkan bakat MENULIS dia. Haha.

Seriusly, cerita yang dia buat agak menarik. Mengisahkan tentang kawan-kawan kami sepanjang kami belajar di MRSM Kuala Berang dulu. Bila baca cerita tu, rasa rindu sangat dekat kawan-kawan lama. Yelah, rasanya dah hampir setahun kami berpisah dan Alyaa sekali pun tak pernah bertemu diorang balik kecuali Hafizah. Sebabnya Hafizah belajar sekali dengan Alyaa dekat UiTM Pulau Pinang.



Korang mesti teringin nak baca kan cerita yang dia buat? Hehe. Jom, kita ke blog dia. Kalau korang baca, mungkin tak rasa sangat best dan menariknya sebab watak utamanya korang tak kenal sangat. Tapi, untuk sesetengah orang, mungkin akan faham walaupun tak mengenali sangat watak utamanya. Haha..


Kat atas tulah blog kawan Alyaa ni. Namanya Najahtul Husna bt Ramli. Seorang yang kelakar dan senang buat orang ketawa walaupun masa tu kita tengah marah sangat. Hehe. Erm, oklah rasanya sampai sini dulu Alyaa nak cerita. Jumpa lagi di entry yang lain.

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM