Ahad, 23 Oktober 2011

Tahniah Terengganu! ^-^

Assalamualaikum semua.

Berjumpa lagi kita dalam entry pada malam hari ni. Ok, sebenarnya Alyaa nak cerita sedikit la tentang perlawanan bola yang berlangsung pada malam ni. Kalau tak salah Alyaa perlawanan ini diadakan di Stadium Tuanku Mizan Zainal Abidin. <kalau xsalah la.. hehe..>. So, malam ni team yang lawan bola adalah Terengganu dan Selangor.

Wah, memang terbaiklah pasukan bola Terengganu main. Haha. Oops! Sorry la to pasukan Selangor. Tapi, walaupun kalah, korang kalah dengan bermaruah k. At least, 1 gol berjaya jugak dijaringkan. Mungkin kali ni rezeki lebih berpihak kepada Terengganu. Dengan agregat 4-1, Terengganu telah melayakkan diri ke peringkat akhir Piala Malaysia. Agak2nya Terengganu agak bertemu pasukan mana ye?

Oh, btw mesti ada yang pelik kenapa Alyaa sokong Terengganu? Kan3? Erm.. Sebenarnya Alyaa pernah belajar kat sana lebih kurang 3 tahun lebih. So, tak salah rasanya nak menyokong negeri di mana banyak pengalaman dan pengetahuan yang Alyaa dapat sepanjang di sana. Walaupun sekarang ni Alyaa sudah pun berada di negeri asal iaitu Pulau Pinang, tapi segala kenangan sepanjang Alyaa berada di negeri Terengganu akan tetap terpahat manis di minda Alyaa. Dan di Terengganu jugaklah Alyaa banyak mencipta kejayaan-kejayaan yang tidak disangka.

Oklah, malas nak ulas banyak-banyak tentang perlawanan malam tadi. Apa-apa pun, Terengganu memang hebat lah main malam tadi. Dahsyat sungguh! Alyaa tengok ramai betul penyokong pasukan Terengganu tadi. <erm.. tibe2 teringat nak pergi sana.. huhu...>. Alyaa doakan semoga pasukan Terengganu terus cemerlang pada peringkat akhir ni. Buat yang terbaik untuk negeri Terengganu..


#copygoogle#


Akhir kata, <haha.. dah macam penutup karangan.. oops! hehe..>

PETEH GANU PETEH!! =)
Sekian..  






Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 ulasan:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: berkata...

salam kenal dik :)

tahniah ye tganu menang :)

team akak kalah ;(

AlyaaIBH berkata...

@YNA

salam kenal jugak sis. =)

hehe.. thanks. ala, yg menang pun diorang kak, bukan saya. haha..

xpe2.. biaselah tu sis. kalah menang adat pertandingan.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM