Ahad, 30 Oktober 2011

Tahniah Negeri Sembilan Selaku Juara Piala Malaysia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wah, nampaknya perlawanan pada malam tadi sungguh dahsyat ye. Walaupun pada saat2 akhir, masih berjaya menyumbat gol. So, kepada pasukan Negeri Sembilan, TAHNIAH Alyaa ucapkan kerana telah berjaya menjulang gelaran Juara Piala Malaysia bagi tahun 2011.


Tahniah Negeri Sembilan.

Walaupun pada permulaan permainan agak slow, tapi Terengganu berjaya mendahului dengan 1-0. Namun, kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. ^-^. Pada minit-minit terakhir, pemain-pemain pasukan Negeri Sembilan telah berjaya menyumbat gol ke gawang pihak lawan dan telah melayakkan mereka memenangi perlawanan ni dengan jumlah gol 2-1.

Kepada pasukan Terengganu, Alyaa harap kekalahan kali ini tidak menjadi penghalang untuk pasukan ini lebih maju ke hadapan. Alyaa yakin korang semua ada potensi untuk terus cemerlang di masa hadapan. Buat yang lebih baik pada masa depan. Biasalah tu, adat pertandingan, ada yang menang, ada yang kalah. Takkanlah dua-dua nak menang kan. Hehe.. *alyaa agak kecewa sebab takbuat sorakan kt depan tv tadi macam biasa buat masa Terengganu lawan Selangor dulu. Huhu..*

So, sekali lagi Alyaa ucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan,

Tahniah Kerana Menjadi Juara Piala Malaysia ^-^

Sekian. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

3 ulasan:

Wardah alisya berkata...

tahniah nogori~

Acik berkata...

yeah, tahniah! kp yg x menang, there's always d next time ... :)

alia zainol berkata...

hobin jang hobin...eh betul x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM