Sabtu, 29 Oktober 2011

Perlawanan Akhir Piala Malaysia Terengganu Vs Negeri Sembilan 29 Oktober 2011

Assalamualaikum semua.

Berjumpa lagi dalam entry hari ini. Oklah, rasanya ramai yang sudah maklum bahawa Terengganu dan Negeri Sembilan telah berjaya melayakkan diri ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia. Perlawanan ini akan berlangsung pada malam ni, 29 Oktober 2011bertempat di Stadium Shah Alam tepat jam 8.45 malam.



Nampaknya malam ni merupakan perlawanan yang agak hangat kerana kedua-dua pasukan ni merupakan pasukan yang sama-sama hebat. Adakah kejuaraan kali ini akan berpihak kepada Terengganu? Ataupun kepada Negeri Sembilan? Sama-samalah kita saksikan malam ni di Astro Arena. Hehe.

Eh jap, Alyaa rasa mesti ramai yang dah tahu kes harga tiket yang melonjak naik sampai RM50 tu kan? Erm.. nampaknya ramai yang memberontak. Tapi, nak tak nak benda tu dah pun terjual dan perlawanan tetap akan dilangsungkan. So, no pointlah kalau nak memberontak. Huhu. Memang tak dinafikan kenaikan harga tiket tu terlampau besar, tapi mungkin pihak FAM ada sebab yang tersendiri kerana mereka menaikkan harga yang sebegitu rupa.

Alyaa harap perlawanan malam ni akan berlangsung dengan lancarnyaa. Semoga takdelah peminat atau penyokong yang menimbulkan huru hara dekat stadium nanti. Huhu. Eh, korang rasa kan siapa yang menang malam ni. Terengganu ke Negeri Sembilan? Dan agak-agak korang la, berapa gol yang berjaya disumbat nanti? *soalan cepu emas, hehe.*

Kalau tanya Alyaa pun Alyaa tak tahu nak kata yang mana menang. Sebabnya dua-dua sama kuat dan sama hebat. So, kita tunggu jelah malam ni macam mana k. Apa-apa pun Alyaa akan update dari semasa ke semasa.

Jumpa lagi kawan-kawan semua. ^-^

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM