Monday, October 24, 2011

Hospital Besar Pulau Pinang.. ^-^


Selamat malam dunia. Hehe.. Nampaknya sekarang ni dah lewat malam, tapi Alyaa masih tak lelapkan mata. Kenapa ye? Haha.. Sebenarnya, memang dah tabiat tiduq lambat. Bukannya Alyaa tak cuba tiduq awal tapi takleh tiduq. Pusing kiri kanan pun takleh. Last2, biaq ja mata ni pejam sendiri. Senang! Hehe..

Oklah, sekarang ni berbalik kepada tajuk asal entry kali ni. Sebenarnya, Alyaa nak cerita aktiviti yang Alyaa lakukan sepanjang cuti semester kali ini. Mungkin ada yang pelik, apa kaitan cuti semester dengan hospital kan?

HPP. #copypaste#
Ermm.. Sebenarnya, Alyaa tengah tolong lecturer Alyaa, Madam Maryam untuk menyiapkan thesis beliau. Beliau sekarang merupakan student PhD dalam bidang Sains Pharmacy. Beliau merupakan lecturer Alyaa bagi semester 1 dalam Subject Introduction to Pharmaceutics. Maybe masa sem 2 nanti beliau dah tak ajar Alyaa lagi. Huhu. Korang nak kenal dengan lecturer Alyaa? Meh tengok gambar kat bawah ni.

Madam Maryam

Beliau dari Pakistan sebenarnya. Ada lesen sebagai seorang ahli farmasi. Seriously cakap, beliau merupakan seorang yang sangat dedikasi dan bertanggungjawab dalam semua tugasan beliau. Memang respect giler lah. Haha.. 

Alyaa dan seorang lagi kawan, Azian tolong beliau untuk buat satu research tentang ubatan-ubatan tradisional untuk pesakit kanser. Jadi, tugas kami adalah untuk menemuramah pesakit-pesakit kanser yang berada di hospital. Setiap hari Isnin, Selasa dan Jumaat kami akan pergi ke hospital iaitu Hospital Besar Pulau Pinang. Kami akan berada di klinik day care selama beberapa jam sebelum bergerak untuk meronda kawasan wad. Hehe. Dah macam masuk kerja sahaja bunyinya kan. Erm.. Ramai yang kata macam tu. Huhu..

Kat sinilah tempatnya.. =)

Kalau nak ikutkan memanglah penat. Yelah, bukannya senang nak menemuramah pesakit-pesakit ini. Kalau yang senang nak beri kerjasama, mudahlah kerja kami. Erm.. Tak semua yang boleh beri kerjasama. Ada tu yang berlagak sombong terus. Siap main halau-halau lagi. Sadis taw buat macam tu. Bukannya takleh bagitahu cara baik-baik. Kami pun manusia jugak. Ada hati dan perasaan. Sabar jelah. 

Alyaa ni kalau nak diikutkan memang dah malas nak pergi. Tapi mengenangkan lecturer Alyaa ni baik dan memikirkan kat rumah takdak apa nak buat, so tolonglah jugak. Atleast, dapat pahala kan? Hehe.. 

Oklah kawan-kawan, rasanya sampai sini dulu Alyaa nak cerita. Lagipun dah kena tidur dah ni. Esok nak pergi Hospital lagi. Nak kutip pengalaman sebanyak yang boleh selain menambahkan pengetahuan. =)

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA