Sunday, October 30, 2011

Fakta Tentang Si Kidal. ^-^

Assalamualaikum semua.

Berjumpa lagi kita pada malam ni. Hehe. Entry kali ni maybe pendek je. Alyaa cuma nak share dengan korang Fakta Tentang Si Kidal. Tak banyak sangat pun fakta yang Alyaa jumpa buat masa ni. Apa-apa pun nanti akan diupdate. Hehe..

#google images#
Fakta Tentang Si Kidal.

  • Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.


  • Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.

  • Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan

  • * Individu Kidal, Individu Elastik
Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.

  • Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
 sumber: HERE

Sekian. ^-^

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Kelebihan dan Kekurangan Si Kidal..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sudah malam ye nampaknya. Oklah, kali ni Alyaa nak kongsikan sesuatu dengan korang semua. Tajuk kali ini ialah Kelebihan dan Kekurangan Si Kidal.  Memandangkan Alyaa ni merupakan salah seorang daripada golongan si kidal ini, so rasanya agak sesuai untuk Alyaa kongsikan dengan korang semua tentang benda2 ni. Ada beberapa fakta yang diberikan betul, namun ada juga yang bercanggah sedikit. Huhu.



Jom, kita baca artikel tentang Kelebihan dan Kekurangan Si Kidal ni. ^-^

Kelebihan Si Kidal

Menulis
Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti 
Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera
Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.

Kekurangan Si Kidal

Kesukaran

Menulis dalam buku tebal(diari, buku laporan, dll)  akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku. Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.

Penggunaan Peralatan 
Kebanyakan peralatan yang dijual hanya untuk tangan kanan sahaja. Contohnya Kerusi meja( kerusi kuliah): Penggunaan kerusi meja di dalam kuliah dicipta khas untuk orang tangan kanan sahaja. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kiri dapat memanfaatkan setiap ruang yang ada. 

Oklah, rasanya yang ini saja Alyaa nak kongsikan dengan korang semua. Jumpa lagi untuk entry seterusnya yang bertajuk, Fakta Tentang Si Kidal. ^-^

sumber: HERE

Sekian.. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Quotes for today #1

Assalamualaikum.

Today, I just want to share picture that show us quotes with meaningful meaning. ^-^





Source: FB#

Thats all from me. Coming with another quotes. Quotes about FRIENDSHIP.

These one about LOVE. ^-^ 

See you soon.. 





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tahniah Negeri Sembilan Selaku Juara Piala Malaysia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wah, nampaknya perlawanan pada malam tadi sungguh dahsyat ye. Walaupun pada saat2 akhir, masih berjaya menyumbat gol. So, kepada pasukan Negeri Sembilan, TAHNIAH Alyaa ucapkan kerana telah berjaya menjulang gelaran Juara Piala Malaysia bagi tahun 2011.


Tahniah Negeri Sembilan.

Walaupun pada permulaan permainan agak slow, tapi Terengganu berjaya mendahului dengan 1-0. Namun, kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. ^-^. Pada minit-minit terakhir, pemain-pemain pasukan Negeri Sembilan telah berjaya menyumbat gol ke gawang pihak lawan dan telah melayakkan mereka memenangi perlawanan ni dengan jumlah gol 2-1.

Kepada pasukan Terengganu, Alyaa harap kekalahan kali ini tidak menjadi penghalang untuk pasukan ini lebih maju ke hadapan. Alyaa yakin korang semua ada potensi untuk terus cemerlang di masa hadapan. Buat yang lebih baik pada masa depan. Biasalah tu, adat pertandingan, ada yang menang, ada yang kalah. Takkanlah dua-dua nak menang kan. Hehe.. *alyaa agak kecewa sebab takbuat sorakan kt depan tv tadi macam biasa buat masa Terengganu lawan Selangor dulu. Huhu..*

So, sekali lagi Alyaa ucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan,

Tahniah Kerana Menjadi Juara Piala Malaysia ^-^

Sekian. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, October 29, 2011

Perlawanan Akhir Piala Malaysia Terengganu Vs Negeri Sembilan 29 Oktober 2011

Assalamualaikum semua.

Berjumpa lagi dalam entry hari ini. Oklah, rasanya ramai yang sudah maklum bahawa Terengganu dan Negeri Sembilan telah berjaya melayakkan diri ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia. Perlawanan ini akan berlangsung pada malam ni, 29 Oktober 2011bertempat di Stadium Shah Alam tepat jam 8.45 malam.



Nampaknya malam ni merupakan perlawanan yang agak hangat kerana kedua-dua pasukan ni merupakan pasukan yang sama-sama hebat. Adakah kejuaraan kali ini akan berpihak kepada Terengganu? Ataupun kepada Negeri Sembilan? Sama-samalah kita saksikan malam ni di Astro Arena. Hehe.

Eh jap, Alyaa rasa mesti ramai yang dah tahu kes harga tiket yang melonjak naik sampai RM50 tu kan? Erm.. nampaknya ramai yang memberontak. Tapi, nak tak nak benda tu dah pun terjual dan perlawanan tetap akan dilangsungkan. So, no pointlah kalau nak memberontak. Huhu. Memang tak dinafikan kenaikan harga tiket tu terlampau besar, tapi mungkin pihak FAM ada sebab yang tersendiri kerana mereka menaikkan harga yang sebegitu rupa.

Alyaa harap perlawanan malam ni akan berlangsung dengan lancarnyaa. Semoga takdelah peminat atau penyokong yang menimbulkan huru hara dekat stadium nanti. Huhu. Eh, korang rasa kan siapa yang menang malam ni. Terengganu ke Negeri Sembilan? Dan agak-agak korang la, berapa gol yang berjaya disumbat nanti? *soalan cepu emas, hehe.*

Kalau tanya Alyaa pun Alyaa tak tahu nak kata yang mana menang. Sebabnya dua-dua sama kuat dan sama hebat. So, kita tunggu jelah malam ni macam mana k. Apa-apa pun Alyaa akan update dari semasa ke semasa.

Jumpa lagi kawan-kawan semua. ^-^

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

...SAHABAT...

Assalamualaikum semua.

Short entry sebelum masuk tidur. Sorry tak dapat update banyak-banyak lagi. Masih kesibukan. Huhu. ^-^

Hanya sebagai renungan untuk kita semua.. 

/
/
/

ALLAH aturkan antara kita 1 pertemuan...

♥ Dlm 1 pertemuan dgn kehadiran 2 hati = saya & awak,
♥ Dlm 2 hati, Allah berikan 3 rasa = sayang,kasih & cinta...
♥ Dlm 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan = berkenalan, berteman, berkawan & bertemU/bErsama...
♥ Dlm 4 tujuan itu,tersembunyi 5 perkataan = teman baik selalu di sisi,
♥ Dlm 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian = sayang, kekal, setia, mengerti, menghargai & mengingati.
♥ Dlm 6 impian itu tersimpul 7 huruf iaitu "SAHABAT.." :

Sekian. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, October 27, 2011

Soalan² Bangang Yang Buat Orang Bengang.

Assalamualaikum semua.

Ini last entry Alyaa untuk malam ni. Hari ni takberapa sihat sikit sebab tadi main hujan masa balik dari jumpa kawan2 hari ni. Hehe. Best sangat, tadi pergi pantai. ^-^



1) BILA ORANG NAMPAK KAU BARING TUTUP MATA ;
S : Kau tidur ke?
J : Tak lah , aku tengah training macam mane nak mati. Haha !


2) KAU BAWAK TV YANG ROSAK JUMPA TECHNICIAN UNTUK DIREPAIR ;
S : Ye? Nak repair tv ke?
J : Tak lah , aku bosan! Saje laa aku bawak tv ni jalan².

3) TIME KAU BARU BANGUN TIDO ;
S : Kau dah bangun?
J : Ish tak laa , aku tengah tido sambil jalan laa.

4) KAWAN KAU CALL PHONE UMAH KAU ;
S : Weyh mane kau sekarang?
J : Sini , kat bus stop !

5) ORANG NAMPAK KAU KUAR DARI BILIK MANDI BASAH² SAMBIL PAKAI TOWEL ;
S : Kau baru mandi ke?
J : Mana ade , aku jatuh dalam lubang jamban tadi !

6) PUKUL 7 MALAM , KAU BUKAK PINTU UMAH , BARU BALIK DARI KEJE ;
S : Hai , baru balik keje ke?
J : Tak lahh , baru nak pegi nih !

7) KAU KAT DALAM TOILET , PINTU BERKUNCI , ADA ORANG KETUK PINTU ;
S : Ada orang tak?
J : *suara kiut* Mane ade orang. hantu yang tengah bercakap ni ! =.='

#copy paste from FB#



#google#

Sekian. ^-^

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Spontaneous Thursday #1

Assalamualaikum semua...


Best relationships are formed when you dont actually need to be with each other.. But you want to be together.. =)

Sekian...

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.


Berikut merupakan Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.

1. Universiti Sains Malaysia

2. Universiti Teknologi Malaysia

3. Universiti Kebangsaan Malaysia

4. Universiti Putra Malaysia

5. University of Malaya

6. Universiti Malaysia Perlis

7. Multimedia University

8. Universiti Teknologi Mara

9. Universiti Malaysia Pahang

10. International Islamic University of Malaysia

11. Universiti Utara Malaysia

12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

13. Universiti Tenaga Nasional

14. Universiti Malaysia Sabah

15. Open University Malaysia

16. University of Nottingham Malaysia

17. Universiti Teknologi Petronas

18. Universiti Sains Islam Malaysia

19. Universiti Pendidikan Sultan Idris

20. Taylor’s University College

21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka

22. Universiti Tunku Abdul Rahman

23. Universiti Malaysia Terengganu

24. Universiti Malaysia Sarawak

25. Universiti Tun Abdul Razak

26. Monash University Malaysia

27. Universiti Industri Selangor

28. Wawasan Open University

29. UCSI University

30. Curtin University of Technology Sarawak Campus

31. Asia Pacific Institute of Information Technology

32. International Medical University

33. Help University College

34. Tunku Abdul Rahman College

35. Al Madinah International University

36. Universiti Kuala Lumpur

37. National Defence University of Malaysia

38. Segi College

39. Universiti Sultan Zainal Abidin

40. Universiti Malaysia Kelantan

41. Limkokwing University of Creative Technology

42. KDU College

43. Selangor International Islamic University College

44. Sunway University College

45. Malaysia Theological Seminary

46. Malaysia University of Science & Technology

47. Olympia College Malaysia

48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus

49. Malaysian Institute of Management

50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine

51. INSANIAH University College

52. Taman Pertanian University

53. Kuala Lumpur Infrastructure University College

54. International Centre for Education in Islamic Finance

55. Majlis Peperiksaan Malaysia

56. Cyberjaya University College of Medical Sciences

57. Disted-Stamford College

58. Berjaya University College of Hospitality

59. Asia e University

60. KBU International College

61. New INTI College

62. TATI University College

63. Nilai International College

64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation

65. AIMST University

#jumpa kat FB semua ni. Huhu..#

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, October 26, 2011

Tak Boleh Ucap Selamat??


Selamat malam semua. Apa khabar harini? Walaupun keletihan, tapi tetap mahu update blog. *degil. huhu* Ala, Entry ni pun pendek sahaja. Just nak share sesuatu dengan korang semua. Hope korang tengok dan faham apa yang cuba disampaikan. Jangan kata entry ni mendiskriminasikan kaum pulak. Alyaa tahu pun melalui FB. Huhu.

#from FB#

Rasanya yang ni je yang Alyaa nak kongsikan dengan korang semua. Hope korang semua tak marah dengan entry macam ni. Just nak share benda2 macam ni, Kalau salah, tolong maklumkan kat Alyaa, okey? Thanks.

Sekian. ^-^

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, October 25, 2011

Sibuk + Letih. ^-^


Sorry kalau entry ni terlampau pendek. Alyaa akan kesibukan dalam beberapa hari ni. Rehat pun takcukup. Huhu.. Takpe, taklama je. Nanti Alyaa akan free balik. Hehe.. Ni pun Alyaa curi2 masa mengupdate blog. Alyaa sebenarnya baru balik dari UiTM ni. Ada kerja sikit kat sana. 

Pastu sampai je rumah tadi kakak suruh siap-siap lepas Maghrib nanti. Huhu. Sedihnya. Ingatkan dapat rehat la jugak sebab esok nak pi UiTM lagi. Tapi, owh nampaknya TIDAK! Huargh!! Sabar jelah. Mesti korang tertanya-tanya kan kerja apa yang Alyaa buat sampai sibuk sangat tu. Hehe. Jangan risau, nanti Alyaa ceritakan dengan lebih lanjut. Tapi, rasanya kalau taksalah, Alyaa dah ceritakan before ni. Huhu.

Ok, jumpa lagi next entry. Selamat malam semua. Happy Deepavali jugak untuk semua. Haha.. ^-^

Sekian.





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, October 24, 2011

...Semester 2 Is Coming Soon...


Hari ni Alyaa rasa letih sikit sebab tadi ada banyak kerja yang perlu disiapkan. Nasib baik balik dari hospital awal hari ni. So, buleh lah settlekan kerja yang ada kat UiTM tuu.. Maklumlah, sejak2 ada kerja part time ni, Alyaa asyik busy je memanjang. Ni pun curi2 masa je nak update. Kalau ikutkan dah mengantuk ni. Huhu.

Ok, kali ni maybe entry pendek sahaja. Nak bagitahu kat semua yang cuti dah nak habis. Huargh!! Seriusly cakap, bosan la jugak masa mula-mula cuti dulu. Taktaw nak buat apa. Tapi, bila masuk minggu kedua tu, part time job pun sampai. Apa lagi, terus lah grab peluang tu. Huhu..Bila dah ada part time job ni kena berkorbanlah sikit. Berkorban untuk bangun pagi. Haha. Dasar pemalas nak bangun pagi. Hehe. 

So, Direct to the point, meh tengok perjalanan hidup mahasiswi seperti Alyaa untuk semester yang akan datang. Mai nak habaq mai, jadi mahasiwi semester 2 Fakulti Farmasi sangatlah mencabar. Lebih mencabar dari Sem 1. Alyaa kena tumpukan lebih perhatian kepada pelajaran lepas ni. Blogging pun dah takleh selalu. Kena pandai manage dari sekarang. Kalau tak, merana hidup masa depan. Haha.

Kat bawah ni, adalah segala event yang akan berlaku dalam Sem 2 nanti. ^-^ 

Lecture~~~ 21 November — 23 December 2011 -5 weeks
Mid-semester Break ~~~ 24 December 2011 — 1 January 2012
(Christmas and New Year)
-1 week
Lecture 2 January — 2 March 2012- 9 weeks
Revision 3 — 11 March 2012- 1 week
Examination 12 March — 1 April 2012 -3 weeks
Intersession 9 April — 11 May 2012- 5 weeks
Intersession Examination 14 — 18 May 2012- 5 days
Semester Break 2 April — 27 May 2012- 8 weeks
Medical Specialization 28 May — 29 June 2012- 5 weeks

Erm.. Nak cerita apa lagi ye? Oh, taknak cerita panjang-panjang lagilah. Sambung esok pulak. Ada surprise untuk diri sendiri. Haha. Terkejut rasa bila dapat tahu berita tu tadi. Nasib baik takde sakit jantung, kalau tak, no comment lah. Hehe..

Oklah, jumpa lagi di lain entry. Kepada student UiTM yang lain, selamat bercuti ye. *sorry baru teringat nak wish. haha.. *

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Hospital Besar Pulau Pinang.. ^-^


Selamat malam dunia. Hehe.. Nampaknya sekarang ni dah lewat malam, tapi Alyaa masih tak lelapkan mata. Kenapa ye? Haha.. Sebenarnya, memang dah tabiat tiduq lambat. Bukannya Alyaa tak cuba tiduq awal tapi takleh tiduq. Pusing kiri kanan pun takleh. Last2, biaq ja mata ni pejam sendiri. Senang! Hehe..

Oklah, sekarang ni berbalik kepada tajuk asal entry kali ni. Sebenarnya, Alyaa nak cerita aktiviti yang Alyaa lakukan sepanjang cuti semester kali ini. Mungkin ada yang pelik, apa kaitan cuti semester dengan hospital kan?

HPP. #copypaste#
Ermm.. Sebenarnya, Alyaa tengah tolong lecturer Alyaa, Madam Maryam untuk menyiapkan thesis beliau. Beliau sekarang merupakan student PhD dalam bidang Sains Pharmacy. Beliau merupakan lecturer Alyaa bagi semester 1 dalam Subject Introduction to Pharmaceutics. Maybe masa sem 2 nanti beliau dah tak ajar Alyaa lagi. Huhu. Korang nak kenal dengan lecturer Alyaa? Meh tengok gambar kat bawah ni.

Madam Maryam

Beliau dari Pakistan sebenarnya. Ada lesen sebagai seorang ahli farmasi. Seriously cakap, beliau merupakan seorang yang sangat dedikasi dan bertanggungjawab dalam semua tugasan beliau. Memang respect giler lah. Haha.. 

Alyaa dan seorang lagi kawan, Azian tolong beliau untuk buat satu research tentang ubatan-ubatan tradisional untuk pesakit kanser. Jadi, tugas kami adalah untuk menemuramah pesakit-pesakit kanser yang berada di hospital. Setiap hari Isnin, Selasa dan Jumaat kami akan pergi ke hospital iaitu Hospital Besar Pulau Pinang. Kami akan berada di klinik day care selama beberapa jam sebelum bergerak untuk meronda kawasan wad. Hehe. Dah macam masuk kerja sahaja bunyinya kan. Erm.. Ramai yang kata macam tu. Huhu..

Kat sinilah tempatnya.. =)

Kalau nak ikutkan memanglah penat. Yelah, bukannya senang nak menemuramah pesakit-pesakit ini. Kalau yang senang nak beri kerjasama, mudahlah kerja kami. Erm.. Tak semua yang boleh beri kerjasama. Ada tu yang berlagak sombong terus. Siap main halau-halau lagi. Sadis taw buat macam tu. Bukannya takleh bagitahu cara baik-baik. Kami pun manusia jugak. Ada hati dan perasaan. Sabar jelah. 

Alyaa ni kalau nak diikutkan memang dah malas nak pergi. Tapi mengenangkan lecturer Alyaa ni baik dan memikirkan kat rumah takdak apa nak buat, so tolonglah jugak. Atleast, dapat pahala kan? Hehe.. 

Oklah kawan-kawan, rasanya sampai sini dulu Alyaa nak cerita. Lagipun dah kena tidur dah ni. Esok nak pergi Hospital lagi. Nak kutip pengalaman sebanyak yang boleh selain menambahkan pengetahuan. =)

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, October 23, 2011

Tahniah Yasmin Hani & Sha'arin Razali

Assalamualaikum semua.

Tahniah Alyaa ucapkan kepada pasangan pengantin baru iaitu Yasmin Hani & Sha'arin Razali yang telah selamat dinikahkan pada 21.10.2011.

Sorry la baru buat entry ni sebabnya Alyaa pun baru je tahu. Tapi, taksalah kan kalau nak kongsi jugak berita gembira ni dengan kawan-kawan semua. Manalah tahu masih ada je lagi yang taktahu tentang berita gembira ini. Kan3? Hehe..

Oklah, jom kita tengok gambar-gambar sempena akad nikah pasangan ni. Seriusly cakap semua gambar2 ni nampak cantik. Yelah, pasangan ni pun sama cantik sama padan. So, tak heranlah kalau gambar pun cantik kan. Hehe..

Pasangan pengantin baru. =)

Sesi pembatalan air sembahyang
Amin~~ Selamat diijabkabulkan.. 

Untuk gambar yang selebihnya, boleh rujuk di sini entry SINI

Sumber gambar: OHBULAN!

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

...A Fact #2...

Assalamualaikum semua..

How are you today? Hope all of you are in pink of health. <sorry. just like secondary student.> So, today I want to share a picture about Guy Fact and Girl Fact. Actually this one goes to couple who are in love crazily.. Hehe..

Why this tittle ...A Fact #2...? Haha.. Because it continue from this entry.. ...A Fact...


#from FB#

*sorry if my English not very well. I just need time to improve it. Thank you. =) *

Sekian..


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tahniah Terengganu! ^-^

Assalamualaikum semua.

Berjumpa lagi kita dalam entry pada malam hari ni. Ok, sebenarnya Alyaa nak cerita sedikit la tentang perlawanan bola yang berlangsung pada malam ni. Kalau tak salah Alyaa perlawanan ini diadakan di Stadium Tuanku Mizan Zainal Abidin. <kalau xsalah la.. hehe..>. So, malam ni team yang lawan bola adalah Terengganu dan Selangor.

Wah, memang terbaiklah pasukan bola Terengganu main. Haha. Oops! Sorry la to pasukan Selangor. Tapi, walaupun kalah, korang kalah dengan bermaruah k. At least, 1 gol berjaya jugak dijaringkan. Mungkin kali ni rezeki lebih berpihak kepada Terengganu. Dengan agregat 4-1, Terengganu telah melayakkan diri ke peringkat akhir Piala Malaysia. Agak2nya Terengganu agak bertemu pasukan mana ye?

Oh, btw mesti ada yang pelik kenapa Alyaa sokong Terengganu? Kan3? Erm.. Sebenarnya Alyaa pernah belajar kat sana lebih kurang 3 tahun lebih. So, tak salah rasanya nak menyokong negeri di mana banyak pengalaman dan pengetahuan yang Alyaa dapat sepanjang di sana. Walaupun sekarang ni Alyaa sudah pun berada di negeri asal iaitu Pulau Pinang, tapi segala kenangan sepanjang Alyaa berada di negeri Terengganu akan tetap terpahat manis di minda Alyaa. Dan di Terengganu jugaklah Alyaa banyak mencipta kejayaan-kejayaan yang tidak disangka.

Oklah, malas nak ulas banyak-banyak tentang perlawanan malam tadi. Apa-apa pun, Terengganu memang hebat lah main malam tadi. Dahsyat sungguh! Alyaa tengok ramai betul penyokong pasukan Terengganu tadi. <erm.. tibe2 teringat nak pergi sana.. huhu...>. Alyaa doakan semoga pasukan Terengganu terus cemerlang pada peringkat akhir ni. Buat yang terbaik untuk negeri Terengganu..


#copygoogle#


Akhir kata, <haha.. dah macam penutup karangan.. oops! hehe..>

PETEH GANU PETEH!! =)
Sekian..  






Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, October 22, 2011

Grammar English. =)

Assalamualaikum semua.. =)

Sekarang ni enjoy dulu ye dialog kat bawah ni. Dialog ni Alyaa jumpa kat Group FB. Buat masa sekarang ni Alyaa sibuk nak blogwalking dekat blog2 kawan blogger yg lain. Hehe..

Suami: Ayang, abang nak kahwin lain boleh?
.
Isteri: Boleh, tapi syaratnya kena belajar grammar English dulu.
.
Suami: Errr... Aaaa, Ok2.
.
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural", kan?
.
Suami : Betul...
.
Isteri : One car sebagai singular, two cars pula sebagai plural. Apa bezanya?
.
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural tu kan?
.
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang...
.
Suami : Macam mana pula boleh sama?
.
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?
.
Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.. Hehe..





Sekian..


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Kebaikan Air Mata..

Assalamualaikum semua..

Nampaknya hari pun dah nak masuk petang kan? Harini Alyaa nak kongsikan sesuatu dengan kawan-kawan semua. Artikel ni Alyaa jumpa masa tengah on9 kat FB. Hehe. Tajuk artikel ni ialah..

Kebaikan Air Mata






Seperti yang kita tahu, wanita adalah antara yang paling banyak mengeluarkan air mata. Tak kiralah sebab sedih ke ataupun sebab terlampau gembira. Hal ni disebabkan wanita mempunyai hati yang lembut dan cepat terasa apabila disentuh walaupun sedikit. Hehe.. Korang semua pun mesti pernah menangis kan? Tipulah kalau korang takpernah menangis dan keluarkan air mata korang sepanjang korang hidup kan? Haha..

Sekarang ini jom kita tengok kebaikan air mata yang kita selalu keluarkan tuu.. Hehe..

1. Membantu penglihatan


Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata 


dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.





2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata 


terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-


bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang 


mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.


3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat 



kembali. Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna 


dalam mengawal sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata. 




4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa 



air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu 


menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.




5. Mengurangi stress
Bagaimana menangis mengurangi stres? Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu 


endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap stress, air mata juga membantu 


melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi. 


6. Mengenal erti sosial

Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dalam 



masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan teman-temannya atau 


seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.




7. Melegakan perasaan

Semua orang ingin merasa demikian. Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, 



namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan 


jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.





Sekian.




Nota kaki:


Menangislah banyak2 untuk melegakan segala yang terbuku di fikiran dan minda kita. =)





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Faculty of Pharmacy Health Campaign 2011

Assalamualaikum semua.

Ok, we meet again for the third entry today. Yeah, actually this want is really important. I just think that don't want to post about it. But, seems it related to my course field, so i need to post it even it's already late to make peolpe know about this.

So, direct to the point. Faculty of Pharmacy Health Carnival 2011 also known as "Karnival Jom Sihat" is an event organized by the Society of Pharmacy Students UiTM (SOPHYS). The main objective is to promote and increase awareness on healthy lifestyle.


Many activities are organized to fulfill this mission such as health carnival, health related forum, games, run for charity, blood donation, health check up, lompat tali un..tuk jantung and many more. And also many great prizes are available to all participants. Not to forget special appearance of Malaysian favorite cartoon characters, Upin & Ipin!!


So come join us on 22 October at Faculty of Pharmacy UiTM Puncak Alam in Health Carnival 2011 from 8 am to 5 pm. 
JOM SIHAT!!!!

Event organised:

For more information, visit here

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

...A Fact...

Assalamualaikum semua..

Update again. Yeay!! I just want to post a picture about a fact. Haha. Have fun k? 

Smile... =)


#found at FB#

Sekian.. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tunaikan Janji..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ok, harini dah pun 21 Oktober 2011. Nampaknya Alyaa dah lambat sehari untuk post entry tentang janji Alyaa dalam entry ini. Tapi, Alyaa tetap tunaikan janji kan? Cuma lambat sehari je. Hehe.. Okla tu kan? Haha.. Alyaa mintak maaf sangat-sangat. Atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan, so sekarang ni baru Alyaa ada masa untuk update entry. Sorry k kawan-kawan.

Erm.. Sekarang macam mana? Korang semua ada nampak apa2 perubahan tak? Kalau tak nampak tu, tak tahulah nak kata. Btw, Alyaa tahu sekarang ni mungkin ramai lagi yang taktahu tentang perubahan yang berlaku. Alyaa pun kena pelan2 sesuaikan diri. Bukan nye senang kan.

Sekarang ni pun Alyaa masih busy lagi untuk buat blogwalking. Yela, Alyaa kena la maklumkan dekat kawan-kawan blogger yang lain. Walaupun Alyaa ni takdelah famous mana, tapi at least kena la ade orang sedar yang Alyaa ni pun blogger jugak. Haha.. Buat masa ini, baru beberapa orang yang Alyaa kenal je yang dah tahu Alyaa tukar URL. Ramai yang tanya jugak kenapa. Tapi rasanya belum masanya lagi untuk Alyaa dedahkan kenapa Alyaa tukar URL. Hehe..

Oklah, Alyaa pun dah malas nak taip entry ni sebenarnya. Haha.. Takpe2, lepas ni Alyaa akan post banyak lagi entry. Haha.. Sebabnya, Alyaa akan ada sebulan lagi kat rumah. Huhu.. Lambat lagiiii la.. Hehe.. Nanti masuk sem pun Alyaa akan update juga cuma akan jarang-jarang la. Takbest3.. Huargh!!!

Sekarang ni aim Alyaa buat masa ni adalah nak post 3,4 entry dalam sehari. InsyaAllah, segala yang Alyaa postkan harapnya dapat memberi manfaat untuk semua. Amin..

Semoga bertemu lagi di lain entry. Daaa~~



Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, October 20, 2011

Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sorry baru ley update sikit untuk hari ini. 

Hanya atas satu sebab..


BUSY!
Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, October 18, 2011

Perubahan URL Blog [Chubby Itu Comel]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini 18 Oktober 2011. Lagi dua hari genap 20 Oktober 2011. Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa Nurul tiba2 je boleh nak sebut pasal tarikh2 ni kan. Oklah, sekarang Nurul nak bagitahu follower2 Nurul sekalian dan juga silent reader(eh, ade ke? haha) blog Nurul ni yang Nurul akan buat sedikit perubahan dan penyesuaian dekat blog ni. Lagipun, kalau ada la yang perasan, dah ada sedikit perubahan kan? Itupun kalau korang semua perasan lah kan. Haha..



Entry kali ini mungkin pendek sahaja kerana entry ini pun untuk makluman semua sahaja. Nurul harap korang semua take note lah pasal ni k. Takut nanti korang semua tercari-cari lak blog Nurul ni. Haha, ok fine! Perasan jap. Hehe.

Mungkin ada juga yang tertanya-tanya kenapa Nurul nak tukar URL blog la, apa la. Erm.. Sebenarnya, Nurul ada sebab Nurul sendiri. Buat masa ni, Nurul tak akan bagitahu lagi sebab musabab tu. Tapi, mana tahu kan nanti satu hari Nurul rajin pulak nak bukak mulut untuk cerita hal yang sebenar kan. Huhu.. Nurul tahu akibat dan kesan sekiranya Nurul tukar URL blog ni. Tapi, daripada tangguh2 lagi, better tukar sekarang. Lagipun, Nurul ingat nak tambahkan lagi bilangan follower. So, bila guna URL yang mudah dan ringkas, senang sikit nak promote kan? Haha..

Dan lepasni jugak maybe Nurul dah tak guna panggilan Nurul dalam entry2 yang Nurul akan postkan. Nurul akan lebih prefer dengan nama Alyaa. =) Lagipun, ramai kawan2 Nurul tertanya2 kenapa guna Nurul dalam blog? Kenapa takguna je Alyaa? Huhu.. So, lepas ni dah takde dah yang tanya. Haha.. Senang kerja.

Erm.. Lagi satu kan... Tibe2 terlepas kat fikiran. Rasanya macam tak best je blog kalau takde bloglist. Kan3? Haha. So, insyaAllah, Nurul akan buat satu bloglist lepas ni. Itu pun kalau ada orang nak join. Kalau tak, Nurul akan pick up secara random je daripada senarai2 follower Nurul. Huhu..

Oopps! Rasanya macam dah terlebih panjang pulak entry kalini kan. Oklah tu, bukan senang sekarang ni Nurul nak buat entry panjang2. Susah ooo..  Haha.. Nurul harap semoga dengan perubahan yang Nurul akan buat ni akan dapat diterima baik oleh semua orang. Doakan Nurul dapat menyiapkan segala-galanya dengan baik, okey?

Semoga bertemu di lain entry.

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, October 16, 2011

Perginya Seorang Insan Yang Dikasihi, Dirindui dan Disayangi. ='(

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mood dalam entry kalini agak sedih dan pilu. Untuk makluman semua, Nurul baru sahaja kehilangan seorang insan yang sangat nurul rindu saat dan ketika ini. Perginya beliau kerana telah dijemput oleh Allah S.W.T. Sedih dan sebak masih terasa di hati ini. Pemergian arwah ke rahmatullah memang tidak diduga pada awalnya namun hati seorang anak tetap kuat menyatakan yang arwah akan pergi meninggalkan kami semua.

Lebih kurang pukul 12.25 tengah hari, 15.10. 2011, arwah tok(nenek) telah pergi meninggalkan kami semua di alam fana ini. Tok telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Parit Buntar. Sedih bertandang di hati sebab arwah tok tak sempat nak tengok kami semua saat-saat akhir arwah. Hari sebelumnya iaitu hari Jumaat, semua keluarga telah berkumpul di hospital untuk menziarah  tok. Masa tu, tok nampak sedang enak tidur selepas diberi makan ubat. Sayu rasa hati melihat keadaan tok yang nampak tak bermaya, lemah dan susut tubuh badannya. Kami semua ternanti-nanti tok bukak mata masa tu. Tapi, tok taklarat nak bukak mata. Tok tidur je. Masa tu, Nurul dah takberapa sedap hati. Tapi, Nurul tak sampaikan pada mak dan abah sebab taknak mak dan abah risau dan khuatir.

Nurul sekeluarga pulang ke rumah setelah waktu melawat di hospital tamat. Awalnya kami sekeluarga ingin menetap di kampung,tetapi atas sebab2 tertentu, jadi terpaksa pulang. Lagipun, kampung dengan rumah Nurul tak jauh mana. Perjalanan memakan masa 1 jam setengah saja. Malam tu, menurut kata mak, abah takdapat tidur lena kerana asyik memikirkan keadaan tok. Abah mengaji saja pada sepanjang malam tu. Sememangnya naluri abah sebagai seorang anak lelaki sulung takdapat disangkal lagi.

Pagi Sabtu tu, abah pulang dulu ke kampung untuk melihat keadaan tok. Tapi, siapa sangka kali itu adalah kali terakhir abah melihat tok. melihat tok bertarung dengan nyawa di saat-saat akhir. Dan xsiapa juga menduga, ziarah kami semua pada hari Jumaat itu adalah ziarah kami yang terakhir.. =( Abah yang berada di hospital saat itu sempat mengajar arwah kalimah La Illahaillaallah sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Masa arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir, Nurul, mak dan adik beradik masih lagi dalam perjalanan pulang ke Perak. Masa sampai disana, jenazah telah sampai dari hospital. Segala urusan diselesaikan secepat mungkin oleh pihak2 yang terlibat. Selepas jenazah dimandikan dan dikafankan, kami satu keluarga diminta untuk berkumpul disisi arwah. Ciuman dan dakapan kali terakhir diberikan oleh kami untuk arwah.

Nurul masih ingat saat Nurul mencium dahi arwah masa tu. Sayu sangat. Air mata mengalir tanpa dipinta. Sedihnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Namun, Nurul redha atas pemergian arwah tok. Mungkin dah sampai waktunya. Lagipun, arwah tok dah cukup terseksa dengan sakit-sakit yang ada. Kesian arwah tok..

Nurul berdoa supaya arwah tok ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah.  Semoga tok dapat berjumpa di wan di syurga sana. Nurul juga berdoa supaya arwah tok tenang disana. Amin.


#google#

#sorry kalau entry terlampau panjang#

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, October 15, 2011

Kisah Budak Penjual Kuih

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kekeringan idea untuk mengupdate sebab baru balik dari kampung.

So, enjoy this one! ^^


Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawab saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.“Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?”Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu.Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.“Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.“Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.“Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.“Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!” Kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.“Abang nak beli semua ke?” Dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.“RM25 saja bang.”Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
Sekian. ^^ 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, October 13, 2011

Kembali Aktif Selagi Mampu. =)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, masuk hari ni dah hampir seminggu lebih Nurul bercuti dan berada di rumah. 

Buat masa ini, setiap hari ade je benda nak dilakukan.

SO, so far takdelah nak rasa boring sangat. Hehe..

Korang semua macam mana? Ok tak? Sihat? 

Seriusly cakap, Nurul rindu sangat dengan korang semua. Rindu nak blogwalking, komen2 dekat post orang. 

Serius rindu. Tapi, insyaAllah dalam masa sebulan lebih ni, Nurul akan manfaatkan sepenuhnya masa yang ada untuk bermanja dengan blog kesayangan ni. Hehe..

So, kepada korang semua yang terbaca entry ni, janganlah malu, jangan segan untuk follow Nurul. Nurul takpaksa korang. Follow lah kalau rasa ikhlas k? Huhu.

Nurul akan kembali aktif selagi Nurul mampu. Mungkin dalam 1 hari hanya 1 entry sahaja Nurul akan post. Tapi, ikut kelapangan waktu yang ada. Yelah, sekarang macam dah sibuk sikit. Hehe.

Oklah, rasanya setakat ini jelah yang Nurul nak update. Sebab Nurul nak menjalankan aktiviti blogwalking ke semua blog yang pernah meninggalkan link kat blog Nurul ni.. 


#google#


Thanks kat korang sebab still follow blog ini. Semoga berjumpa lagi.. ^^

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, October 12, 2011

Bila Kitaa...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Renung-renungkan dan selamat beramal.. =)

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI .


Bila jadi baik, ORANG MELUAT .

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM .

Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI, NAK KIAMAT KOT? . ."

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA .

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN .

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS .

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR .

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR' .

Bila kita pakai 'dedah sana-sini' , ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free .

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH ?! . ."

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK? . ."

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?". .

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?" . .

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. ingat pesanan ini : Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita. bukan pandangan manusia. .

#copy paste#



Sekian.. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

It's Wednesday! ^^



Be patient if things that we hope comes true, doesn't happen...

Allah always know the BEST! ^^

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nurul baru nak join Wordless Wednesday ni.. Hehe...


Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM