Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya dan Salam Merdeka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Waduh2, lama rasanya tak update blog. Rindu gile kot kat blog ni. Hehe..

Alhamdulillah, bulan Ramadhan telah pun berjaya kita tempuhi. 

Dan sekarang bulan Syawal datang menjengah. 

Bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia dan hidayah Nya dapat kita semua menyambut bulan Syawal dengan baik.

Seperti tahun2 sebelum ini, Nurul beraya di Pulau Pinang dan Perak. 

Cuma yang bezanya tahun ini Nurul pulang dari jarak yang dekat.

Maksudnya Nurul hanya pulang ke Kampung di Pulau Pinang hanya dari jarak UiTM Pmtg Pauh ke UiTM Bertam. 

Rasanya takdelah jauh sangat. Haha..

Oklah, malas Nurul nak cerita panjang2 tentang life Nurul. Bukannya ada yang nak baca pun. Huhu..

Hari ini dah masuk 2 Syawal dan hari ini jugak Hari Merdeka.

So, Nurul ingin ucapkan kepada semua rakan2 Nurul dan follower Nurul.. 

Selamat Hari Raya dan Salam Merdeka




Semoga lebaran kali ini lebih bermakna buat kita semua dan hayatilah erti merdeka yang sebenarnya. 

Janganlah kita hanya tahu menjerit "Merdeka" tanpa tahu erti di sebalik perkataan itu.

Kita juga perlulah menghargai dan mengenang jasa pemimpin dan pejuang tanah air kita.



Dan juga kita janganlah terlalu gembira dengan kedatangan Syawal ini. Sambutlah Syawal ini dengan seadanya.

Tidak perlu membazir dalam berbelanja dan sebagainya.

Eh2, tiba2 rasa macam pakar nasihat pulak. Haha..

Maaf Nurul pohon andai Nurul ada terlanjur kata dalam melibatkan diri dalam bidang blogging ini.

Sesungguhnya Nurul hanyalah insan yang lemah dan sering melakukan kesilapan. Huhu..

Oklah, rasanya sampai di sini sahaja yang Nurul mampu bermadah.

Kepada semua rakan2 dan follower, jaga diri baik2 ye masa raya ni. 

Jangan main mercun. Kang putus tangan susah pulak. Huhu..

P/s: Tok masuk wad pukul 3 pagi semalam. Harap semua doakan tok Nurul sihat kembali ye. Terima kasih.

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, August 29, 2011

"Mana Mak" Part 2

Sambungan..


Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”




Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,




"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

"Mana Mak" Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hayatilah cerita ini betul-betul.


Cerita ini hanyalah *copy n paste*


Sila  "Sedia tissue sebelum baca……."





Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati
anak-anak Mak.



bersambung....
Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Akhirnya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wah!!! Rasanya baru ja bebas dari penjara yang tiada internet access.. Hahaha..

Alhamdullillah, akhirnya selamat juga Nurul berjumpa dengan family Nurul yang dah hampir sebulan Nurul tak jumpa. Huhu..

Sebenarnya, Nurul tak berapa ada mood nak update blog buat masa ini. Lagipun, Nurul agak sibuk sikit belakangan ini,

Nurul tahu ade beberapa orang yang sedang menantikan entry2 dari Nurul. Daripada comment2 yang Nurul terima setakat ini, Nurul tahu ada yang selalu ziarah blog Nurul ni. Terima kasih Nurul ucapkan kepada semua.

Oklah, nanti Nurul akan update lagi blog ini selagi Nurul mampu. Dari hati yang ikhlas, Nurul ucapkan terima kasih sangat2 sebab korang semua masih support Nurul..


Sekian...


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, August 12, 2011

...Berhenti Blogging...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama rasanya tak update blog tersayang ini. Kali ini Nurul update dalam keadaan yang emosi sedikit.
Hari ini, 12 Ogos 2011 dengan rasminya Nurul mengisytiharkan bahawa Nurul akan

Berhenti Blogging



Tapi, bukanlah berhenti untuk selama-lamanya. Blogging ini dah menjadi salah satu daripada hobi Nurul.

Namun, disebabkan kekangan masa yang dihadapi oleh Nurul dan juga ketiadaan internet access di kolej menyebabkan Nurul kurang mengupdate blog.

Tambahan pula, sekarang ini Nurul tak berapa sihat. Dan yang paling perit ialah apabila musuh UiTM Pulau Pinang makin banyak menyerang dan Nurul telah menjadi salah seorang mangsa itu. Serius sedih.. Huhu..

Nurul mungkin akan aktif balik bila balik Raya nanti. Itu pun tak pasti lagi sebab Nurul kena tumpukan perhatian kepada study. Final exam dah dekat dah. Terlalu hampir. Nurul kena fokus sebab markah test dengan quiz tak berapa nak memberangsangkan. Huhu..

Melalui minggu ini jugak Nurul dah start busy dengan Test yang berderet-deret. Minggu ini pun boleh dikatakan setiap hari ada test dan quiz. Hari Khamis je relax sikit sebab takde ape2 test or quiz. Hari Isnin baru ini ada quiz life science, Selasa pulak Test 2 Pharmaceutic, Rabu pulak Quiz MaT. dan Jumaat ada Speaking Test. Fuh! Memang minggu ini agak memenatkan la.

Tapi, Nurul kena jadi orang yang kuat dan kena tahan semua benda ini. Bukan senang nak bahgai masa sekarang ini memandangkan sekarang ini Nurul belajar di kampus lain dan stay di kolej lain. Seriusly nak cakap, memang letih bila terpaksa ulang alik dari kampus sini ke kampus sana. Tap demi menuntut ilmu, Nurul kuatkan hati. Sampai sekarang, alhamdulillah Nurul dah makin selesa dengan semua benda ini.

Betullah kata orang, alah bisa tegal biasa kan. Oklah, rasanya macam dah terlalu banyak yang dibebelkan Nurul kat sini. Banyak lagi perkara yang nak Nurul lakukan lepas ini. Makanan untuk berbuka puasa pun masih belum beli lagi.

Kepada kawan2 semua, selamat berbuka puasa. Jangan lupa terawih ye. Owh, pagi esok ada Qiamullaill. Hehe..

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, August 6, 2011

Permohonan Program Penajaan Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Waduh2, lama nye rasa tak update blog ni. Dah bersawang rasanya ni. Huhu.. Sekarang ni rasanya hampir setiap hari Nurul sibuk. Sebab tu jarang boleh nak update blog. Ditambah dengan line internet yang sangatlah laju. Dah la laptop pun takde lagi. So, susah sikitlah ye.

Tapi, Nurul akan cuba sehabis baik untuk update blog ni. Nurul sayang blog ni. Nurul rindu nak blogwalking. Gi blog kawan2 yang lain. Rindu sangat2.. Huhu...

Ok2, kali ni Nurul nak sampaikan satu maklumat untuk kawan2 semua even korang dah tahu. Hehe..

Permohonan Program Penajaan Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2011

Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) menawarkan biasiswa untuk pelajar-pelajar yang sedang menuntut di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dan yang telah mendapat surat tawaran.

Tawaran permohonan ini dibuka melalui 1 Ogos 2011 hingga 7 Ogos 2011. Kepada pelajar2 yang berkelayakan, anda disarankan untuk memohon. Cewah, macam skema gila je ayat ni. Haha..

So, kesimpulannya... Mohon lah ye kepada anda yang layak terutamanya yang ambik kos yang memerlukan banyak duit untuk beli buku. [macam Nurul ni.. =( ]

Rasanya sampai di sini sahaja entry kali ni. Esok sambung entry lain pulak.. Sekarang dah lewat malam.. Hehe..

Sekian.. ^-^

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan Untuk Semua..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malas rasanya tangan ini nak menaip entry. Haha..

Tapi, demi memikirkan yang blog ni merupakan perkara yang Nurul sayang sangat2, so taip la jugak.

Ye la, nak taip msej takde orang nak sayang. Huhu.. Belum rezeki namanya tu kan? ^^

Oklah, kali ini entry ini bertajuk.

Salam Ramadhan Untuk Semua.


Memandangkan malam ni dah masuk 1 Ramadhan, so sesuai rasanya ucapan ini dibuat untuk korang semua.. 

Jangan lupa puasa esok ye kawan2 semua. 

Jangan berani tinggal langsung taw terutamanya kaum Adam semua.. =)

Kaum Hawa takpe, diberi pengecualian untuk certain2 time.. Hehe..

Erm.. Puasa tahun ni rasa cam tak meriah sangat la.

Sebab masuk tahun ni dah banyak tahun dah tak dapat puasa dengan family. 

Huargh!!! Sedihnya.. Huhu..

Sabar jelah. Yg paling tak bestnya, puasa kali ni kena pandai2 cari makan sendiri. Hukhuk..

Serius tak best! Tambah2 sejak jadi nomad ni. Dari kampus Pmtg Pauh ke kampus Bertam?

Sangat letih kot. Kalau hari2 biasa pun, dah nak pengsan rasa. Kalau bulan puasa tak tahulah. Huhu..

Kawan2 semua, doakan Nurul dapat menempuh bulan puasa ini dengan hati yang tabah k?

Sayang korang semua. 

Oklah, semoga berjumpa lagi di lain entry.

Salam sayang dari Nurul untuk semua.. 

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM