Jumaat, 8 Julai 2011

Tertutup Sudah Pintu Hati Ini..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Menulis entry dalam keadaan yang agak emosi jarang Nurul buat. Tapi, hari ni saja-saja nak test market! ^-^
Tapi, takdelah test market sangat sebab benda ni memang Nurul sedang lalui pun. ='(





Kepada si dia yang disayangi,
Mungkin awak tak tahu yang saya begitu menyayangi diri awak walaupun perkenalan kita singkat saja. Cara perkenalan yang bagi saya agak kelakar membuahkan rasa sayang di hati ini. Saya pun tak tahu kenapa begitu cepat saya rasa menyayangi diri awak. Padahal saya ni  seorang yang susah nak sayangkan seseorang. Sebab bagi saya, bila saya sayangkan seseorang, saya akan sayang betul2 dengan sepenuh jiwa dan raga. Mula-mula  saya keraskan hati ini untuk menyayangi diri awk sebab semua orang di sekeliling saya membantah saya untuk bersama dengan awk. Diorang kata awk jahat, suka cakap besar, ego tu terlampau tinggi. Tapi, bagi saya.. awak bukan semua tu. Awak baik je dengan saya walaupun kadang2 awak ni menyakitkan hati. Hehe.. Saya bersabar dengan awk sebab saya sayangkan awak. Tapi, rupanya saya salah. Saya salah menyayangi diri awak. Tapi saya bersyukur sebab sayang saya kat awak tak bercambah lagi besar. Mungkin Allah dah bukak mata saya untuk melihat segala2nya. Kalau sebelum ni, hampir setiap hari kita mesej sampai larut malam, xpun sampai pagi. Namun, sekarang ni dah takde pun mesej dari awak. Langsung takde.. :'( Saya sedih awak. Setiap hari saya tunggu mesej dari awk, call dari awak. Tapi takde.. Saya kecewa awak. Hancur luluh hati saya ni. Lama-kelamaan, saya sedar yang awak dah tak perlukan saya. Saya pasrah... Tapi, satu hari tu, awak ade mesej saya dan  mintak no kawan saya. Saya dah rasa tak sedap hati. Saya pun bagilah no kawan saya tu. Rupa-rupanya, Itulah kali terakhir awk mesej saya. Lepas tu dah takde pape. Kenapa awak???? Kenapa? Entahlah, saya dah menyerah. Saya dah taknak mengharap pada ape2 lagi.. Cukuplah sampai di sini saja. ='(  Walaupun hampir setiap hari kita akan berjumpa, tapi tak sanggup rasanya untuk saya melihat muka awak. Saya akan rasa seolah-olah ditikam oleh pedang. Sakit sangat. Dan untuk pengetahuan awak, saya tahu yang sekarang kawan saya menjadi pengganti . Menemani awak siang dan malam. Tak perlu rasanya awak sorokkan dari saya sebab saya dah tahu semuanya. Everything dear. Kecewa nya saya bila dapat tahu hal yang sebenar. Dan untuk yang terakhirnya, terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup ini walaupun hanya sementara. Saya hargai sangat2 awk.. Dari jauh, saya doakan awak dan dia bahagia untuk selama-lamanya. Dan saya juga harap janganlah lagi mencari saya atau menghubungi saya supaya hati ini tak terluka lagi. Awak adalah lelaki yang terakhir di hati saya. Lepas ni, pintu hati saya dah tertutup untuk semua lelaki termasuklah awak. Andai kata pintu hati ini terbuka,saya harap biarlah lelaki yang berjaya membuka pintu hati ni akan menjadi suami saya suatu hari nanti. InsyaAllah. Saya juga harap dia dapat membahagiakan awak. Sekarang pun saya tahu yang awak dah pun bahagia kan? Baguslah. Gembira saya melihatnya. Semoga awak kekal bersama dengan dia k? Amin...
Semoga dengan luahan hati ni, saya dapat tenangkan diri saya. Untuk awak, jagalah diri ye. Kesihatan pun jangan lupa walau sesibuk mana pun awak. Makan lah jugak walaupun awak tak rasa lapar. Nanti kalau sakit susah pulak. Saya dah takde untuk marah2 awk lagi.. =( Sekian.


Macam mana? Feeling habis tak? Haha.. Inilah yang sedang dilalui oleh Nurul. Eh, yeke? Takdelah sangat. Sikit2 je. Hehe.. Alhamdulillah, Feeling better now.. ^-^

Kepada kawan-kawan semua, hargailah orang yang ada disekeliling kita.. Hehe.. Dan jangan mudah menyayangi seseorang macam yang Nurul buat. Hahaha.

Sekian...

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 ulasan:

budakmangatXD berkata...

nurul....kesiannnye awak....smpay aty dye buat awak cm gitu.....huem...x pe nurul...dun worry yup...allah will stay wif you...huem..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM