Ahad, 3 Julai 2011

Tak Perlulah Sakitkan Hati Ini Lagi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mengupdate blog lagi bila ada kelapangan. Mintak maaf la kalau kebanyakan entry Nurul ni bosan atau tak interesting. Nurul tak banyak masa sangat nak update. Just update mana yang sempat kuar dari otak je. Haha.

Untuk pengetahuan semua, bermula hari Isnin ni, 4 Julai 2011 Nurul akan berpindah kampus ke Bertam untuk menghadiri semua kuliah dan tutorial di sana. Huhu.. Terpaksa bersiap sedia dari segi mental dan fizikal lepas ni.

Ok, berbalik kepada tajuk asal entry kali ni. Nurul nak buat sedikit luahan perasaaan la. Lagipun, tak best la kalau asyik roomate je yang dengar kan? Hehe..

First of all, korang pernah tak sakitkan hati orang tahap sampai orang tu menyampah giler ngan korang? Sebenarnya, salah buat macam tu. Berdosa kalau tak salah Nurul. Correct me if i'm wrong k? ^-^ Tapi, tulah yang Nurul sedang lalui sekarang bila ade seorang hamba Allah ni telah menyakitkan hati Nurul. Sampaikan Nurul rasa tak boleh nak pandang langsung muka dia lepas ni. Yang 2 pun tak boleh jugak an, tapi hati Nurul sakit sangat-sangat bila dia buat macam ni.



Dulu memang Nurul tak pernah terlintas pun akan kenal ngan dia, cakap ngan dia, mesej ngan dia sebab muka dia yang scary tu. Sumpah tak terlintas langsung. Walaupun muka dia sama iras ngan muka Faizal, tapi Faizal sangat baik dari dia, tak pernah nak sakitkan hati orang di sekeliling dia, cakap baik-baik je dan tak cakap besar pun. Dia ngan Faizal ibarat langit ngan bumi. Dia memang tak sempurna, tapi cara dan perangai yang ditonjolkan membuatkan orang sekeliling rasa menyampah dengan dia. Serius, menyampah kalau orang tu memang tak kenal dia. Dia memang seorang yang bajet giler kot..

Pertama kali Nurul boleh 'ter'kenal ngan dia ialah sebab Nurul tersalah hantar mesej kat nombor dia. Nurul ingatkan nombor kawan Nurul yang Nurul tak sempat save tu, rupa-rupanya nombor dia. Pernah lepas tu, dia  mintak tolong Nurul sebelah pagi, then sebelah petangnya dia marah-marah atau tepat sekali dia maki Nurul atas sebab Nurul sendiri pun tak tahu. Nurul memang dah sakit hati terkata dah masa tu. Maklumlah, first time rasanya kena maki teruk macam tu.. Huhu..

Nurul terus tak mesej dia. Malam tu lak dia datang balik cari Nurul. Call Nurul, mesej Nurul. Nurul xnak layan mula2 sebab dah menyampah sangat2 kat dia. Hati dah terguris kot. Tapi, bila roomate pujuk and slow talk ngan Nurul, Nurul pun mengalah la. Nurul pickup phone tu dan cakap la apa2 yang patut ngan dia.. Lepas tu, kitorang kerap mesej. Sampaikan roomate cakap, dah macam pasangan bahagia je. Asyik mesej je. Nurul memang bahagia, tapi dia tak kot. Macam mne nak bahagia mesej ngan Nurul sebabnya dia ada menaruh hati pada sahabat Nurul sendiri dan dalam masa yang sama menaruh harapan kepada yang 'asal'nya.

Nurul bersabar je setiap kali mesej dengan dia. Lama-lama dia dah tak mesej Nurul. Nurul pun dah malas nak layan. Mampos ko lah.. Nurul tahu dia dah ada orang lain nak layan karenah dia, Biar je lah. Yang Nurul tak boleh tahan tu, bila dia selalu sebut perkataan ....... yang menyebabkan Nurul rasa nak penampar je muka dia. Sabar2!

Dan pada hari ini, iaitu baru je berlaku tadi masa Nurul dan sorang kawan Nurul tu mengenakan dia. Dia tiba2 nak jadi emosional terlebih dan nak feeling habis la konon. Tapi, takde nya orang nak melayan karenah dia tu. Oklah.. Dah malas nak cerita panjang2 lagi. Tambah menyakitkan hati lagi adalah.. Masuk kali ni sahaja dah 4 kali hati ni disakiti oleh orang yang sama. Huhu..

Kesimpulannya, bersabarlah dalam apa jua keadaan walaupun masa itu hati kita dah terlalu sakit dek perkara itu.. Apa yang Nurul harapkan dari dia, berubahlah dari sekarang.Walaupun muka tu scary, tapi perangai dan cara pergaulan tu jagalah sikit. Tak payahlah bagi orang sakit hati dengan ko ye..

Akhir sekali,.....

TAK PERLULAH SAKITKAN HATI INI LAGI...

Sekian.. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM