Tuesday, July 19, 2011

Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Waduh2, lama tak update blog ni, padahal sekarang ini duduk kat rumah je. Hahaha.. Sekarang ini, Nurul nak kongsikan sesuatu dengan kawan-kawan Nurul sekalian. Tajuk yang Nurul nak kongsikan kali ini ialah Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung. Rasanya, majoriti wanita yang mendiami bumi Malaysia ini memakai tudung kan. Bukan sahaja di Malaysia, malah ade jugak negara-negara yang wanitanya memakai tudung untuk menutup aurat sejajar dengan perintah Allah iaitu, wanita wajib menutup aurat. Dan seharusnya, wanita yang bertudung ini mempunyai rambut yang terurus dan rapi supaya kelak muhrimnya berasa selesa untuk bersama dengannya. So, tak salah rasanya kalau tajuk ini dikongsikan bersama-sama, kan? ^-^



1. Cuci Teratur
Pastikan anda mencuci rambut secara teratur iaitu selang dua atau tiga kali sehari. Anda disarankan menggunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut yang dimiliki.Selepas rambut dicuci, pastikan rambut dikeringkan sebaik mungkin sebelum mengenakan tudung kerana pemakaian tudung semasa rambut masih basah menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik bahkan boleh menyebabkan masalah pening kepala.

2. Rawatan 'Creambath'
Lakukan rawatan creambath seminggu sekali sebagai langjah membekalkan nutrisi untuk rambut dan pada masa yang sama memastikan kulit kepala kekal sihat. Seperti juga syampu, pilihlah krim yang sesuai dengan jenis rambut.

3. Kekalkan Keharuman
Peliharalah keharuman rambut anda dengan ramuan rempah ratus. Memakai tudung menyebabkan rambut tertutup dan menimbulkan bau yang tidak enak kerana faktor kelembapannya. Oleh itu, rawatlah ia dengan ramuan rempah ratus sebulan sekali agar keharumannya kekal terjaga.

4. Pilih Material Kain Kapas
Untuk menjaga kesihatan rambut, pilihlah tudung daripada material kapas yang baik pengaliran udaranya agar kulit kepala mampu bernafas.

5. Elak Tudung Yang Tebal
Elakkan juga pemakaian tudung yang berlapis-lapis ketika sedang beriadah. Pastikan tudung yang dikenakan tidak lebih daripada empat lapis. Semakin tebal tudung yang dipakai, semakin sukar kulit kepala untuk bernafas.

Rasanya ini je serba sedikit info yang dapat Nurul kongsi dengan kawan-kawan semua. Semoga dengan ini, kawan-kawan dapat menjaga rambut dengan baik. Kepada yang free hair pun, rambut itu penting kan. Kalau tak nanti, kesian kat orang sebelah kita. Hahahaha..

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 comments:

syada said...

terima kasihh bagi tips ni =)
berguna sangat :)

miss nana said...

thx atas tips ni...follow-mollow kamu..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA