Isnin, 6 Jun 2011

Kita Hanya Merancang, Tuhan Yang Menentukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menaip dalam kelajuan yang semaksima yang mungkin untuk memaklumkan apa yang terjadi baru-baru ni..

Seperti yang sedia maklum, Nurul pernah bagitahu yang Nurul akan memulakan pengajian di Kampus Bertam kan?

Namun ada sesuatu yang telah berlaku dan menyebabkan pengajian kami dipindahkan semula ke Kampus Permatang Pauh.

Hari Rabu minggu lepas Nurul ada maklumkan yang Nurul akan pergi Bertam kan?

Kitaorang memang pergi tapi hanya buat lawatan je. Haha.. Sebab masa tu semuanya berterabur.

Kelas tak tahu kat mana, kemudahan pun masih tak berapa nak lengkap. Lecturer pun masih pening2 lagi dengan keadaan kat sana.

So, lebih kurang pukul 10 hari Rabu hari tu kitaorang kena berkumpul di perpustakaan baru di Kampus Bertam tu untuk berjumpa dengan Rektor Kampus Permatang Pauh.

Dan di situ segalanya terjawab.

Rektor memaklumkan kepada kitaorang yang buat masa ni Kampus Bertam tak boleh nak digunakan sepenuhnya lagi.

So, diharapkan bersabar yer kepada kawan-kawan seperjuangan sekalian.


Sebab Kita Hanya Mampu Merancang, Tuhan Yang Menentukan..


Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM