Tuesday, June 28, 2011

Dah Terlambat!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Update, update dan update lagi.. Hahaha..

Sekarang ni menunggu masa untuk azan Maghrib.

Lepas azan Maghrib nanti, banyak perkara yang akan dilakukan..

Okey, kali ni nak cerita apa yang berlaku hari ini.

Hari ini Nurul ada test 1 untuk pharmaceutics punya subject.

Sangat la senang smpai rasanya nak hantar cepat je kertas tu. Huhu..

Nurul stresss sangat2 hari ini. Then, mak call..

Mak dengan kakak bagi nasihat la supaya cool dlu.

Lgpn, subject ni mmg tak pernah belajar dari dulu lagi kan. So, buat slow2.

Erm.. Tapi, ade je kawan-kawan Nurul boleh jawab. Tapi Nurul tak boleh!!!!!! =(

Sedih sangat2 bila kenangkn jawab soalan tadi. Xtahu lah Nurul boleh score bape. Sedih2..

Tapi, takpelah. Dah takde rezeki an nak buat cmne.. Redha jelah..

Ok, Nurul ade lagi benda nak cerita ni.

Hari Ahad hari tu Nurul attend satu program nama PPKP(LDK).

Mase LDK tu, best sangat2 walaupun lama giler program tu.

Dari 8.30 pagi sampai 6 petang.. Huhu..

Dalam LDK tu, Nurul ade kenal seorang budak lelaki. Nama dia Faiz. Dia budak Kejuruteraan Awam.

Dia baik, peramah. Kitorang cakap mcm dah lama kenal.. Hehe.. Padahal, bru je kenal. Haha.

Pas2, semalam merangkap hari Isnin, Nurul boleh pulak terjumpa dia. Tapi, dia yang tegur Nurul.

Dia panggil nama Nurul kuat giler. Malu rasa ngan budak2 awam yang lain. Hehe..

Tiba2 lak rasa rindu ngan dia. Nurul suka cakap ngan dia.

Banyak benda yg kitaorg cakap hari tu.. Hahaha..

Oklah.. Dah nak maghrib. Nak pergi library jap pas ni..

Sekian...

p/s: Thanks yg sudi follow Nurul yer! ^-^

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, June 24, 2011

Minggu Yang Sibuk Sebagai Seorang Mahasiswa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni memang betul2 rasa lama sangat tak update blog. Huhu.

Ye la, boleh dikatakan hampir setiap hari sibuk dengan kelas, tutorial, assignment lagi.. Erm..

Buat masa ni, inilah rutin harian Nurul sebagai seorang Mahasiswi Fakulti Farmasi.

Memang sangat2 sibuk kalau jadi student farmasi ni, banyak benda kena belajaq, kena hafal lgi.. Huhu..

Sememangnya sangat menguji kesabaran Nurul.. ^-^

Ok, sekarang Nurul nak cerita sikit tentang apa yang dah berlaku pada minggu ni dan akan datang nanti.

Bermula dengan hari sabtu dan ahad lepas, yang mana Nurul mengalami demam yang agak teruk.

Seharian hanya berbaring atas katil tanpa melakukan apa-apa kerja kcuali solat lah.. =-=

Then, Nurul dikejutkan dengan berita bahawa Hari Isnin keesokannya, akan ada test 1 untuk Life Science.

Memang semput sangat rasa, sebabnya memang tak ready langsung. Orang sakitlah katakan. =="

Dan dengan perasaan yang sangat serabut, Nurul stay up sampai pukul 3 pagi untuk belajar Life Science saja.  Hehe..

So, masa subject PHC 112 hari Isnin tu, madam bagi lecture dulu then baru ada test.

Test 1 utk PHC 112 pada hari itu sangat-sangat senang sampaikan rasa taknak hantar kertas jawapan tu.


Klau korang nak tahu, soalan PHC 112 semuanya subjektif! Memang senang pun. =(


Lastly, masa hantar tu, muka memang pasrah habis la. Redha je semuanya. Haha..


Ok, habis pasal test yang menyerabutkan kepala tu. Hehe..

Nak tahu lagi?

Minggu ni jugak lah suatu peristiwa buruk telah berlaku pada Nurul... Sangat menyakitkan hati dan marah!

Selain itu, minggu ni jugak Nurul dan budak-budak farmasi yang lain dimaklumkan bahawa kami semua akan berpindah kampus ke Bertam pada 1 Julai 2011..

Arghhhhh!! Satu lagi tekanan menimpa diri. Berpindah ke Bertam, bermakna tiada lagi senda gurau dengan roomate dan juga housemate.

Itu juga bermakna masa rehat kitaorang sangat-sangat lah PACK! Huhu..

Bas dari UiTM Permatang Pauh akan ke Kampus Bertam pada pukul 7.45 pagi paling lewat. Ini bermakna kalau kelas pukul 8.00 pagi, kena bertolak dari sini pukul 7.15 pagi. Huhu..


Sangat-sangat best bila hampir tiap-tiap hari selama 5 hari berturut-turut kena bangun awal dari orang lain...

Dan hanya akan balik ke Kampus Permatang Pauh pada pukul 5.00 petang sahaja. Huhuhu....

Rasanya sampai kat sini dululah Nurul cerita..

Sebab memandangkan hari ni hari Jumaat, so banyak perkara yang boleh dilakukan seperti:

Membasuh dan menjemur baju

Mengemas bilik dan almari

Menyiapkan segala homework dan assignment!

Study untuk Test2 dan Quiz2 yang terdekat...

dan banyak lagi.... Hehe..


Semoga bertemu di entri yang seterusnya. Mohon ampun kalau Nurul jarang update sebab kat sini susah sikit nak masuk blog. Kalau facebook macam senang la jugak! ^-^


Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, June 12, 2011

Keriangan dalam Kesedihan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makin hari diri ini makin sibuk. Sangat-sangatlah sibuk dengan pelbagai perkara.

Dengan assignmentnya lagi, homework lagi. Pas tu dengan koko yang menyakitkan hati tu.. Huhu..

Tapi, mula-mula je rasa serabut. Lama-kelamaan dan setelah hampir 3 minggu lebih menjadi student UiTM Pulau Pinang ni, semuanya dah berjalan lancar. 

Cuma, kadang-kadang tu adalah beberapa masalah yang melanda diri ini.

Tapi, Nurul akan cuba pastikan masalah itu tidak menganggu fokus utama Nurul datang ke sini.

Nurul dah tetapkan yang terbaik untuk diri ini Demi membahagiakan dan membanggakan kedua-dua ibu bapa Nurul yang disayangi.

InsyaAllah, semoga semuanya berjalan lancar.

Kepada followers Nurul yang masih setia, terima kasih Nurul ucapkan kerana masih megikuti blog ni.


Kepada yang dah unfollow, takpelah. Nurul tak kisah. Mungkin korang bosankan?

Ye lah, Nurul dah jarang update blog. 

Kalau update pun pendek2 je, dah tu entry memang bosan kan?

Nurul mintak maaf sangat2. Sekarang ni memang susah sikit nak on9.

Nurul pulak tak bawak lagi laptop. Susah, macam tak best je nak pinjam laptop roomate selalu semata2 nak on9. Huhu..

Lagi satu, sekarang ni quiz dan test dah nak dekat giler. So, kena banyak kejar..

Erm.. Oklah. Petang ni ada group discussion pulak. Nak siapkan diri utk present assignment.

Semoga semuanya berjalan lancar. Amin..

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, June 11, 2011

Assignment yang banyak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama rasanya tak update blog ni.

Sibuk sangat la katakan. Hahahaha.

Assignment terlalu banyak. Homework lagi laa.. Tak terkata...

Itulah akibat dan kesan yang perlu diambil bila dah jadi budak farmasi ni. Padan dengan muka. Huhu..

Subject untuk semester ni ada 7 kesemuanya. Ada yang susah dan ada yang senang.

Takutnya rasa sebab minggu depan ada test dengan quiz.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar.Amin..

Sorry semua sebab tak dapat nak update lama-lama memandangkan sekarang ni tengah guna laptop kawan. 

Laptop sendiri tak bawak lagi la.. Malas lagi... Hehe..

Sekian..

 Korang rasa macam bersalah tak kalau rampas hak orang lain? ^-^


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, June 6, 2011

Kita Hanya Merancang, Tuhan Yang Menentukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menaip dalam kelajuan yang semaksima yang mungkin untuk memaklumkan apa yang terjadi baru-baru ni..

Seperti yang sedia maklum, Nurul pernah bagitahu yang Nurul akan memulakan pengajian di Kampus Bertam kan?

Namun ada sesuatu yang telah berlaku dan menyebabkan pengajian kami dipindahkan semula ke Kampus Permatang Pauh.

Hari Rabu minggu lepas Nurul ada maklumkan yang Nurul akan pergi Bertam kan?

Kitaorang memang pergi tapi hanya buat lawatan je. Haha.. Sebab masa tu semuanya berterabur.

Kelas tak tahu kat mana, kemudahan pun masih tak berapa nak lengkap. Lecturer pun masih pening2 lagi dengan keadaan kat sana.

So, lebih kurang pukul 10 hari Rabu hari tu kitaorang kena berkumpul di perpustakaan baru di Kampus Bertam tu untuk berjumpa dengan Rektor Kampus Permatang Pauh.

Dan di situ segalanya terjawab.

Rektor memaklumkan kepada kitaorang yang buat masa ni Kampus Bertam tak boleh nak digunakan sepenuhnya lagi.

So, diharapkan bersabar yer kepada kawan-kawan seperjuangan sekalian.


Sebab Kita Hanya Mampu Merancang, Tuhan Yang Menentukan..


Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM