Sunday, May 29, 2011

Selamat Sudah Menjadi Mahasiswi UiTM Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, sudah genap seminggu Nurul berada di UiTM Pulau Pinang.

Minggu Destini Siswa(MDS) telah selamat Nurul jalani dengan jayanya.

Pelbagai perkara yang baik dan buruk berlaku sepanjang Nurul menjalani MDS kali ini.

Letih memang tak terkata laa... Dengan mandi sekali sehari je. Memang dahsyat la.

Selain itu, kena jemur bawah panas matahari yang sangat terik dicampur dengan duduk kat atas jalan raya yang panas tu. 

Memang pengalaman betul laaa.. Baru dapat rasa kepanasan yang sebenarnya. Hahaha..

Namun, semua itu adalah untuk mendidik kami semua. mahasiswa baru untuk menjadi lebih berdisiplin dan menepati masa. 

Ribuan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para PMDS sekalian kerana telah menjaga kami dengan sebaiknya walaupun kami semua rasa macam terseksa sepanjang seminggu ni. Haha..

Oklah, rasanya setakat ini sahaja yang Nurul boleh coretkan buat masa ni. Kalau ada kesempatan masa lagi, Nurul akan ceritakan tentang Kolej Kristal yang Nurul duduki sekarang ni.

Semoga bertemu di entry yang seterusnya..

Untuk makluman Nurul akan memulakan kuliah farmasi pada hari esok, Isnin 30 mei 2011..




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA