Khamis, 14 April 2011

Faedah Penyusuan Bayi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Malam ni ingat nak kongsi sesuatu yang Nurul dapat dari group Maserati Phantom.

Tentang Faedah Penyusuan Bayi.



Jom kita baca 


01.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti. Hal ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema.


02.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang bakteria pembawa penyakit. Walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi.



03.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu.



04.Mencegah dari penyakit rabun malam.



05.Mencegah bayi daripada mendapat alahan.



06.Menggelakkan penyakit taun.



07.Menggelakkan jangkitan telinga.



08.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi perkembangan sistem otak dan saraf. Ia tidak terdapat dalam susu tiruan.



Sekian sahaja ilmu yang dapat saya kongsikan untuk anda semua, mudah-mudahan ilmu yang sikit ini 
mendapat berkat dan sebarkan demi kebaikan bayi-bayi kita.



Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM