Wednesday, April 20, 2011

Blogku Musnah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang dijanjikan dalam entry yang lepas, Nurul akan ceritakan serba sedikit tentang apa yang terjadi dengan blog Nurul semalam dan semalam punya hal. Huhu..

Blogku Musnah!


Dan Hatiku Juga Hancur! =(

Untuk makluman semua, sesuatu telah terjadi dengan blog Nurul apabila dengan ketidaksengajaan Nurul telah mengubah template blog ni. Habis semua hilang dan Nurul terpaksa mengubah semula semalaman. Nurul tak tidur semalam kerana mengubah serta mengedit blog ni. Sebab tu lah blog ni nampak lain sikit dan agak huduh. Huhu.. Biarlah. Reda jelah. Benda dah jadi dah pun. Nak buat macam mana.

Sekarang pun Nurul masih dalam proses untuk mengemaskini blog ni supaya lebih tersusun dan kemas supaya senang blogger-blogger semua nak  masuk blog ni. Hehe..

Oleh itu, Nurul ingat nak mintak kerjasama semua blogger yang baca entry ni, tegurlah mana-mana yang tak betul dalam blog ataupun tak sedap mata memandang supaya Nurul dapat ubah apa yang patut. Segala kerjasama yang diberikan Nurul ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA