Wednesday, March 2, 2011

Si Kidal Mudah Bimbang???

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lamanya rasa tak update blog. Biasanya kalau dah masuk malam macam ini, dah ada 2-3 entri..  Tapi, hari ini busy sikit. Kena tolong beli barang rumah kat Carrefour.

Oops! Kejap-kejap. Hari ini dah masuk bulan Mac kan? Wah! Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah masuk bulan 3 kan? Ini bermakna dah 2 bulan lebih Nurul berada di rumah sambil menanam anggur. Hahaha..

Okey, hari ini Nurul nak bincang sikit tentang tajuk ini.

Si Kidal Mudah Bimbang???


Owh, betulkah statement ini? Katakan TIDAK!! Dah la Nurul ni Si Kidal.. Huhu.. Sedihnya.. 



Jom kita baca kenapa Nurul kata macam ini..

Menurut pengkaji dari Universiti Abertay, Skotlandia, mereka yang sering menggunakan tangan kiri atau kidal ternyata cenderung mudah rasa cemas atau malu dengan apa yang ingin mereka lakukan dan katakan. Dalam kajian yang diterbitkan di dalam jurnal 'Personality and Individual Differences' menemukan bahawa mereka yang kidal lebih cenderung untuk mengawal diri berhadapan dengan situasi baru atau yang di luar kebiasaan. Namun mereka juga cenderung lebih setuju  dengan pernyataan seperti " Saya bimbang kalau buat kesilapan lagi" atau "kritikannya membuatkan saya terasa". Dr. Lynn Wright yang memimpin kajian tersebut mengatakan bahawa hal ini disebabkan adanya perbezaan pada daerah otak antara orang kidal dan orang yang menggunakan tangan kanan. Pada orang kidal, bahagian otak kanannya lebih dominan. Otak kanan inilah yang mengatur emosi-emosi negatif. Jadi bagi yang menggunakan tangan kidal, jangan hairanlah kalau kamu dikatakan mudah bimbang ataupun sangat sensitif kerana ini sebenarnya sifat semulajadi.

Okey, rasa-rasanya macam mana selepas baca ini? Nurul pun takut pulak bila baca. Tapi, Nurul sendiri akui apa yang dikatakan. Nurul memang susah sikit nak menyesuaikan diri di tempat baru. Tambah-tambah Nurul ini jenis yang merantau. Ada sahaja tempat baru yang kena pergi. Tapi, apa-apa pun semuanya dapat dikawal kalau kita berfikiran positif..

Kesimpulannya, setiap apa yang kita lakukan, yang penting ialah MindSet kita. Berfikiran positif dan tetapkan betul-betul apa yang hendak dilakukan..

Sekian...



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 comments:

sembil9n said...

oh..sy tak kidal...tp kdg2 leh je tulis gne tgn kiri...tp xla perfect :D

NuRuL said...

eerm.. oklah 2 kalau tak kidal.. bersyukurlah.. huhu.. =) tpi, ada org ckp kidal ini kreatif! 2 sya sokong.. hahaha.. btw, awk rsa seronok ke bila tlis tngn kiri?? =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA