Isnin, 7 Mac 2011

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Ambilan JUN 2011...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Update lagi dalam keadaan yang agak serabut serabai fikiran Nurul ini. Takut nak kena test JPJ esok. Hahaha..

Okey, sebenarnya Nurul nak kongsi sikit maklumat yang Nurul dapat hari ini.

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Ambilan JUN 2011...

Kepada sesiapa yang nak memohon menjadi seorang guru(kepada calon lepasan SPM), bolehlah membuat permohonan pada hari esok, 7 Mac 2011.

Permohonan boleh dibuat di laman web ini..Kementerian Pelajaran Malaysia..

Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu(PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking).

Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja. 

INGAT!! Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak!

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 ulasan:

Cik Jelly Chan berkata...

weh thanks bitaw...:)

AlyaaIBH berkata...

u're welcome! ang nak jadi cikgu ka?? hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM