Khamis, 3 Mac 2011

KHAS UNTUK LELAKI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Update lagi malam ini walaupun tahu tak berapa ramai yang nak baca.. sob3..

Entri ini merupakan entri yang ke-100. Tapi, follower xcukup lagi 100 orang. Nurul akan tunggu siapa yang bertuah untuk menjadi follower ke 100.. Jeng3...

Malam ini ingat nak berkongsi sedikit ilmu yang Nurul terbaca di FB salah seorang cikgu Nurul yang sporting.
Hope entri ini dapat sedikit sebanyak membantu kaum Adam di luar sana.

Entri kali ini 

KHAS UNTUK LELAKI TIDAK KIRA SUAMI ORANG, PAKWE ORANG, TUNANG ORANG, DUDA, ABUT(Ahli Bujang Tua) SAHAJA... 


  • Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia  sedang menangis di dalam hatinya.
  • Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri diam masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  • Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang             (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
  • Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  • Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
  • Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
  • Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
  • Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  • Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, lirik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  • Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
  • Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  • Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
  • Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
  • Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkandia mengenalimu dengan lebih mendalam.
  • Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
  • Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
  • Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!! (sbb lelaki selalu salah mengagak)
  • Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
  • Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
  • Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
  • Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
  • Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
  • Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  • Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
  • Cinta bagi wanita bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
  • Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
  • Senjata wanita adalah airmata!
  • Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
  • Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
  • Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah KEJUJURAN dan KESETIAAN..

Nurul harap kepada kaum Adam yang membaca entri ini, cubalah memahami hati wanita dengan sebaik mungkin. Selami hatinya dan fahamilah masalah yang melanda dirinya. Semua masalah boleh diselesaikan dengan baik dan tak perlulah bergaduh. Kalau dah tak suka, PLEASE!! Terus terang dengannya. Jangan cuba sakiti hatinya kelak. Mungkin kita rasa dengan membiarkannya akan membuatkannya melupakan kita. Tapi, sebenarnya, TIDAK!!


INGAT!!!



... Wanita ibarat rama-rama...

Wanita diibaratkan seperti seekor rama-rama kerana wanita sering dikaitkan dengan kecantikan, begitu juga dengan rama-rama. Sentiasa cantik dipandang oleh semua orang.. Semua wanita ingin kelihatan sempurna di mata kekasih hati. Tapi, janganlah sampai kecantikan diri memakan diri sendiri...

Sekian..



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

7 ulasan:

Mimi Zulkifli berkata...

cikgu mana alyaa??..cikgu tajun ker??

AlyaaIBH berkata...

xlah.. cikgu lelaki la.. hehe.. ckg baru kita.. =)

Tanpa Nama berkata...

ckgu baru?? sape?? sy setuju sangat sal ciri2 wanita yg awk ckp oe..! :)

AlyaaIBH berkata...

xkan xkenal kot.. huhu. cg baru yg msuk thun lpas. xla bru sgt. =)

DiBNyE berkata...

cikgu kimia tu ker

DiBNyE berkata...

cikgu kimia tu ker

AlyaaIBH berkata...

dib, perluke sent 2 kali? huhu..
xlah.. cg geo kot.. gnti cg lina.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM