Thursday, March 17, 2011

Family Day at MayangSari Resort, Dungun Terengganu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Nurul akan cuba menceritakan serba sedikit tentang Family Day yang Nurul pergi hari tu.

Family Day ini diadakan di MayangSari Resort, Dungun Terengganu. Korang tahu ke kat mana? Confirm tak tahu melainkan korang tu orang Dungun.. Hahaha..

Sebenarnya, kalau boleh taknak cerita panjang-panjang, takut orang bosan pulak nak baca kan? Lagipun, tak berapa nak menarik sangat kalau cerita pasal ni kan? Back to the story, Nurul bertolak dari Batu Pahat, Johor pada hari Jumaat malam. Selepas adik balik dari sekolah, terus meneruskan perjalanan ke Terengganu. Memang penat kalau travel malam-malam ini. Sampai kat Kuantan dalam pukul 1.00 pagi. Terpaksa berhenti kat Kuantan sebab abah tak mampu nak meneruskan perjalanan yang mungkin memakan masa lebih 3 jam. Lagipun, Nurul dan adik beradik dah letih sangat-sangat(padahal duduk dalam kereta je.. hahaha)..

Sampai je hotel lepas sembahyang, terus tertidur. Bangun lebih kurang 6.30 pagi. Fuh! Memang kena tahan la mata ni.. Mengantuk lagi kot. Tapi, disebabkan nak meneruskan perjalanan lagi, so TERPAKSA bangun. Huhu.. Pagi tu Nurul dan adik beradik breakfast kat HOTEL.. Best sangat-sangat. Banyak ooo makanan.(isk,macam xbiasa lak dia ni.. hehe..) Okey, korang nak tahu satu perkara tak?

Meh2.. Nak gitau.. Tapi, sebelum tu tengok dulu gambar ni.


Ni lah perkara yang Nurul nak bagitahu. Nurul pakai baju kurung pagi tu for the first time after almost three months.. Hahaha.. Tiba-tiba je rasa macam lain.. Hehe..


Nurul lagi dalam pakaian baju kurung..

Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa Nurul pakai baju kurung pagi tu? Sebenarnya, Nurul nak pergi kahwin kenduri.. Hehe.. Kenduri kahwin la atau kalau kat Terengganu ni, diorang panggil makan gulai. Huhu..
Kenduri kahwin tu sebenarnya kawan mak punya. Orang Felda Rasau 2. Check in masuk MayangSari pukul 2 lebih. Satu bilik dengan kakak dan satu villa dengan mak dan abah.. Hehe.. Adik dapat villa lain tapi last2 datang tidur villa yang sama dengan kitaorang. Hehe. Nak dipendekkan cerita, lepas check in terus kena siapkan diri untuk aktiviti sukaneka. Yahooo.... Menang no 3 kot.. Best gila la... Masa sukaneka tu, kitaorang kena pakai baju free.. Oops! Biasalah kata family day kan.? Hehe..


Nilah baju free... Hahaha..

Malam pulak, ada SUPERB DINNER>!!


Antara makanan yang dihidangkan... Sedap la....


Kek pun ada.. Jangan jeles ye korang.. =)


My sis dengan kawan mak.. Anak-anaknya sangat COMEL..


Main sorok2.. Hehe..Masa ni dah nak balik dah. Kat sana hujan la.... Angin kuat. Ombak bergelora. Nasib baik semuanya selamat semasa aktiviti dijalankan..


My adik yang agak POYO.. Haha... Sorry to say. Dia ni perasan sikit dah sebab kena puji yang dia HANDSOME. wek! 

Okeylah.. Rasanya setakat ni jelah nak cerita. Macam yang Nurul cakap, tak berapa nak best sangat cerita pasal ni. Agak membosankan! Hope korang tak marah... =)

Sekian..


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 comments:

dott said...

menarik :]
singgah sini :]
is following you :]
dottsaja.blogspot.com

Nurul Alyaa said...

thanks.. boleh tinggalkn link kt shoutmix x? =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA