Tuesday, March 29, 2011

Dah Selesai Semuanya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lamanya rasa tak update blog padahal baru 1 hari. Hahaha,, Sory la kawan-kawan semua. Nurul busy sangat-sangat mengisi segala jenis borang yang ada. 

Letih tu tak la, cuma penat je. Hahaha.. Alhamdulillah.. Nurul dah selesai mengisi borang UPU. Syukur sangat sebab Nurul masih layak untuk apply course yang Nurul nak tu. Semoga Nurul dapat tempat dalam Universiti yang Nurul dah pilih tu walaupun sedar terlampau sedikit orang yang mintak Universiti tu dan course itu.. Huhu..

Kepada kawan-kawan Nurul khususnya kepada para pelajar Lepasan SPM 2010.. Sila cepat-cepat mengemaskini permohonan UPU anda semua. Tarikh tutup dah dekat tu.. Jangan leka dan lalai tau. Nanti tak dapat masuk Universiti pulak.. Huhu..

Sekian sahaja dari Nurul sebab Nurul ada 1 benda lagi nak post tentang kejayaan kawan Nurul memperoleh keputusan yang teramatlah cemerlang! So proud of her! Korang nak tahu ke? Tunggu entri yang seterusnya.. Dan entri itu juga merupakan entri yang terakhir untuk Sekitar Keputusan SPM. Hehehehe.. =)




Muka excited dapat menghabiskan mengisi segala macam borang yang ada! =)

Sekian..


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 comments:

cikkacak said...

; moga kak Nurul dapat U tu . ameen ;]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA