Selasa, 29 Mac 2011

Anda Memang Hebat Sahabatku! Proud to be Your Friend.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, ini merupakan entri yang terakhir dari Nurul untuk Sekitar Keputusan SPM.


Entri ini dibuat khas untuk 2 orang sahabat Nurul yang berjaya meletakkan diri mereka antara yang cemerlang untuk keputusan SPM 2010 di sekolah masing-masing. Salah seorang daripada mereka merupakan sahabat Nurul di MRSM Kuala Berang. Manakala seorang lagi merupakan sahabat Nurul semasa di bangku sekolah rendah yang menuntut di SMKA Al-Irshad.

Nurul memang respect dengan mereka berdua kerana mendapat keputusan SPM 2010 yang teramatlah cemerlang. Sepanjang Nurul kenal mereka, mereka memanglah seorang sahabat yang baik sangat-sangat. Mereka juga sangatlah humble dengan orang-orang disekeliling mereka. Sangat suka memberi senyuman walaupun terhadap makcik-makcik cleaner. Betapa senangnya orang disekeliling mereka dengan senyuman tersebut. Hehe.. Seriously cakap, sapa-sapa yang bersahabat dengan mereka tidak akan rasa menyesal punyalah. Mereka ni merupakan contoh yang terbaik untuk dijadikan sahabat. Confirm korang takkan buat jahat punya. Diorang ni boleh dikatakan sebagai ustazah la. Sebab diorang ambik aliran Sains Agama.Hehe..

Isk2, Nurul ni dah melalut sangat dah ni. Okey, berbalik kepada cerita asal. Sekarang, Nurul ingin memperkenalkan mereka kepada anda-anda semua.


Ini merupakan sahabat Nurul semasa di MRSM Kuala Berang. Nama dia NurFarihah Binti Muhammad Reza. Sekarang sedang menuntut di UIA Petaling Jaya dalam jurusan Foundation in Science. Bakal doktor ni kawan-kawan.. Hehe.. 

Mesti korang dah tertanya-tanyakan berapa result yang dia dapat.. Tengok gambar kat bawah ni.


credit to Syarafina Sabri

Macam mana? Nampak tak? Dia dapat 11A+ kawan-kawan. Hebat kan dia. Saya bangga dapat kawan macam dia. Dan kalau tak salah saya dia merupakan pelajar terbaik MRSM. TAHNIAH untuk awk Farihah! =)

Sahabat saya yang seterusnya ialah..


Aliaa Shafinas Mohd Don

Dia merupakan bekas pelajar SMKA Al-Irshad. Seperti Farihah, dia juga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 11A+. So proud of u friend! =) Dia memang hebat la wa cakap lu. Daripada UPSR sampailah SPM, memang tak pernah kurang bilangan A dia tu. Like her sister, Ainatul Mardhiah Mohd Don yang dulu memang terkenallah dengan kejayaannya. Nurul tak pastilah kat mana kakak dia study sekarang. Kakak dia dulu siap pernah masuk paper lagi tau. Mesti bangga kan mak bapak dia. Dan, sekarang giliran dia pulak menggembirakan hati mak bapak dia seperti gambar di bawah:


Boleh rujuk SINI

Nurul rasa setakat ini sahaja yang Nurul nak kongsikan dengan korang semua tentang kejayaan 2 orang sahabat Nurul ni..

Akhir kata daripada Nurul,

Anda Memang Hebat Sahabatku! Proud to be Your Friend.. =)

p/s: Semoga kejayaan yang dikecapi oleh sahabatku ini dapat dijadikan contoh untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM.

Sekian.. 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM