Rabu, 2 Mac 2011

3 Cara Mudah Atasi Kesepian..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Selamat pagi semua.. Wah! Hari ini Nurul bangun awal yang teramat.. *excited nak gi driving.. hahaha*

Pukul 6.00 pagi masa orang tengah azan Subuh, terus terbangun. Huhu...

Okey, pagi-pagi ni pulak dah semangat nak post entry. Nie entry yang agak pendek dan padat sebab tengah rushing nak pergi kelas memandu.. *sengih*..

Pagi ini ingat nak kongsi 3 Cara Mudah Atasi Kesepian.. Erm.. Mungkin ada yang dah tahu, tapi Nurul tetap jugak nak post, lagipun ini kan sebahagian dari ilmu kan? Betul3..

1. MEMBELI BELAH...



Kepada sesiapa yang rasa dirinya begitu kesepian terutamanya kaum wanita, pergilah membeli belah untuk mengatasi kesepian yang melanda diri itu. Lagipun, membeli belah ini merupakan jalan paling mudah untuk menghilangkan kesepian. Tambahan lagi waktu ada duit segala yang diinginkan boleh dimiliki.. Tetapi, kalau takde duit, window shopping pun jadilah.. Isk, boleh ke? *thinking*

2. MENGURUNGKAN DIRI SAMBIL LAYAN LAGU...




Kalau yang ini, bukan sahaja dapat mengatasi kesepian, malah boleh mengurangkan tekanan.. Yela, sambil layan lagu boleh melalak sekali. Kira pakej la tu.. Baru hilang tension2 dalam kepala tu. Huhu.. Lagipun, mengurungkan diri dalam bilik sambil melayan lagu-lagu sering digunakan oleh kebanyakan orang masa kini. Perlu diingatkan juga, lagu-lagu juga dapat dijadikan peneman yang paling setia di kala kita rasa sunyi dan sepi.

3. MEMASAK ATAU MENGEMAS RUMAH



Owh, betulkah ini? Tapi, bagi Nurul baik on9 je 24 jam kalau diri dah begitu kesepian. At least, ada yang menemankan kita untuk bersembang. Tak gitu? Tapi, untuk sesetengah orang, memasak atau mengemas rumah boleh mengatasi masalah kesepian yang melanda dirinya itu.. Namun sebenarnya, itu telah menjadi rutin harian dalam hidup tak kira lelaki mahupun wanita...

Setakat ini sahaja untuk entri kali ini. Kesimpulannya, carilah cara yang terbaik untuk mengatasi kesepian yang melanda dalam diri kita. Ingat, Jangan biarkan kesepian melanda diri kita.. Hahahhaha....

Sekian...

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM